Buku kecil ini membawa banyak kenangan kepasa Semutandme sewaktu berada di sekolah rendah sekitar tahun 1976 .Buku novel tulisan Ahmad Murad Nasaruddin ini adalah buku cerita pertama di baca setelah mulai pandai membaca dengan agak lancar.Semutandme menghabiskan bacaan novel ini semasa waktu senggang dalam masa seminggu.Novel ini dipinjam dari pusatsumber sekolah pada waktu itu dikenali dengan nama"KHUTUBKHANAH SEKOLAH ".
Novel ini ditulis sekitar tahun 1946 dan merupakan pemenang pertama Peraduan Mengarang Cerita anjuran Jabatan Penerangan Tanah Melayu.Cetakan pertama pada tahun 1946 dan cetakan ketujuh pada 1967 tahun kelahiran Semutandme.
Buku ini telah lama di cari dan akhirnya setelah bersabar dan bernasib baik pada bulan September 2011 ,Semutandme terjumpa buku nostalgia ini terselit diantara buku-buku novel keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka di Toko Buku Wan Arrifin Di Dungun.Alhamdullilah Semutand me terus membelinya sebagai koleksi peribadi.
Secara ringkas novelkecil ini berceritakan kisah seorang pemuda yang bernama Yazid Ahmad seorang pemuda dari Perak semasa tahun-tahun pendudukan Tentera Jepun di Tanah Melayu antara tahun perang dunia kedua.Yazid menjadi korban tentera Jepun
Ambo Menulis bukan Kerana Nama Dan Semuk menjadi inspirasi Ambo Kerana Sifatnya Yang Hampir Sama dengan manusia.Berkomunikasi,Berkelompok,Gigih,Rajin,Kuat Bekerja ,Bergotong-royong,Taat dan Cakna pada Komuniti Nya.Marilah teladani sifat kaum Semuk.Kita semua ada memiliki Ciri-ciri yang mulia ini.Kita dan Semuk adalah Hamba NYA.
Showing posts with label kenangan 70an-80an. Show all posts
Showing posts with label kenangan 70an-80an. Show all posts
Friday, October 21, 2011
Pencarian Semutandme selama 34 tahun berhasil....
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Barisan Belakang R-L:Hanapi,Zurpan,Amir Amri,Taufik,Nor Azah,Apiah,Normaziah,Mariani,Zulemran,Azhar,Tn Anuar &Zamzan. Barisan Ke-2:Halinah,Azizah,Siti Norazimah,Noraini,Suyaidah,Norhasni,Rokiah,Nazlina,Rohani,Zainura,Izliyati,Norlaily,Rose. Barisan ke-3:Norian,Azizah,Zainun,Norlida,Norzila,Hasnah,Cikgu Ali,Zubaidah,Rohana,Asmat,Nonie,Norasikin&Tizihan. Barisan Depan Duduk:Aminuddin,NorKamal Azmi,Adnan,Semutandme,Wan Roslan,M Jihadi,W Zakhiruddin & Tn Azmi. PS:Nama-nama ini diingati oleh Pn Nonie Alias yang bermastautin di Pahang. Semutandme berada di barisan hadapan no4 dari kanan. Gambar ini di ambil pada tahun 1976 semasa semutandme berada di dalam darjah 3M di SKKK 1.Kami semua kebanyakan terpisah selepas memasuki sekolah menengah dan dengan kemudahan yang ada kami berhubung semula sebahagiannya.Ada diantaranya tidak dapat dikesan dimana berada lagi.Mungkin membawa nasib masing-masing diseluruh Malaysia atau mungkin juga ketempat-tempat lain.Gambar ini ehsan dari simpanan salah seorang dari kami iaitu saudara Zulemran.Setakat tarikh catatan ini di tulis semutandme berjaya berhubung dengan seramai 24 orang dari 46 kesemuanya dalam gambar di atas. | . |
Labels:
kenangan 70an-80an
Location:
Terengganu, Malaysia
Friday, January 28, 2011
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (79)
![]() |
| DyB Control Room 98. |
Penceritaan Dari Ambo Dan Semuk Lagii...
Permainan di padang semasa kanak-kanak dan awal remaja ..
Main Hoki.
Kami amat kreatif dalam mencari kelainan dalam permainan semusim ,Hoki adalah permainan semasa ketiadaan bola sepak . Ambo nak beli sebiji,bola getah pun kena tunggu berbulan-bulan buat tabung kutipan untuk beli bola sebiji.Sementara itu kami akan beralih kepada permainan hoki kampung.Pertama sekali kami mencari pelepah pokok nibung yang banyak tumbuh disekitar kampung,pelepah nibung yang kering itu di buang daun dan batang pelepah tadi secara asalnya menyerupai batang hoki pada pandangan mata kami..Upih nibung di buang juga tinggal pangkal dan batang nya .Bahagian ini Ambo dan kawan-kawan jadikan stick Hoki,bola di gunakan adalah bola tennis ,Ambo dan kawan-kawan panggil bola kaduk.Permainan hoki kampung ini memeriahkan suasana petang di padang tanah rang.
Main Gurah atau Guli
Guli masa Ambo kanak-kanak dulu ada sebesar ukur lilit duit siling 50 sen ,diperbuat dari dalam bentuk yang agak berat.Sebiji harganya 15-25 sen saja.Guli ini berbeza dari guli yang ada sekarang(marble),Guli ini Ambo panggil Guli mata kucing kerana warna yang pelbagai terdapat dalamnya,Guli ini di jadikan permainan selambuk dan permainan congkak.Berbalik kepadapermainan buah gurah tadi .Kami akan buat satu lobang seluas tumit kaki,kerana lubang tempat gurah masuk pun di gali dengan cara menunjal tanah dengan mengunakan tumit kaki sahaja.Permainan ini dimainkan semusim jugak
Bola Padang
Permainan ini amat popular dan dimainkan sepanjang tahun,bermain bola dalam hujan mencurah-curah pun jadi jugak ,sambil bermain bola dengan main hujan sekaligus.Kami biasanya mengadakan perlawanan antara kampung apabila hujung minggu seperti petang jumaata atau hari sabtu.Pemain tidak di benarkan memakai kasut semuanya berkaki ayam ,kadangkala memakai kain pelikat dengan cara bercawat kotei.Orang Kelantan tahu bagaimana nak bercawat kotei..Haa...
Tiang gol di buat dari batang buluh dan palang dari buluh juga.
Lompat Tinggi
Acara sampingan yang di reka dan ditiru dari acara sukan di sekolah adalah Lompat tinggi.Pole di buat dari kayu 2'x 2' dan di pasang paku untuk penanda aras keringgian ,palang di pebuat dari kayu bulat yang di ambil dari semak dan huran sekitar kampung.Permainan inijuga menjadi salah satu permainan semasa kanak-kanak dahulu.
Monday, January 24, 2011
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (74)
Kenange Maso Mudo Belio sekitar 80an duluh..di Kg Pulong...
Ambo selongkar Album lama yang dah dilupakan sekian lama ,banyak yang rosak dari yang elok ...Gambar pun dah Blurr dan kelabu color nya. Gambar ini di snap pada hari Bekwoh bawa balik menantu ...ipar perempuan isteri Abang Hadi sekitar tahun 1985 dahulu.
Dalam Gambar tu Ambo ,anak dua pupu,sepupu dan anak sepupu masa ini semua pupu datang bagi meraikan hari buat makan atau Bekwoh bagi kenduri khawin..Mereka semua adalah teman sepermainan semasa zaman kanak-kanak Ambo.
Masa ini perempuan style tudung jarang lagi semua main pakai skaf yang hujung nya di ikat di belakang tengkuk,...Zaman Ramlah Ram tengoh duduk sohor atau terkenal...Baru lepas menang Bintang RTM..
Gambar ning satu-satunya yang mengumpulkan Ambo adik -beradik dan Arwah Ayah yang masih dapat diselamatkan dari total damage dari album lamo Ambo hok tesembunyi dari pandangan sekian lama..
Adik Bungsu dalam pelukan Ambo masa ni baru berumur 7tahun sekarang dah berjirah ke Sabah kerana kawin dengan orang Sabah 2 tahun yang lalu...Yang lain tu dah beranak pinak dahh...
Abe abo tu Guru di Pasir Mas,Mae paling berjaya dalam bisness sendiri selepas grad dari UUM dan Yasin sebagai Pensyarah selepas grad dari UTM.Ambo sore jah jadi kuli dari mudo pah koo looning,nok buat guano rezeki ,Alhamdullilah syukur kepada Allah s.w.t dari keluarga yang tak dok gapo sekaro dah senang sikiik kerana semangat juang adik-beradik dalam menuntut ilmu pelajaran...
Haaa Gambar ni molek sikit dari yang diatas ....Kenangan bersama adik beradik semasa dahulu sebelum masing-masing membesar bagai johan dan membawa keluarga sendiri kini...The Picture May Fade But Beautiful Sweet Memories Last LOnger...
Ps: Bila Ambo tengok Pic ni baru sedar terlalu cepat masa berlalu ....Sekarang dah ada anak remaja dahhh...

Tuesday, January 18, 2011
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (71)
| Pelakon : Heroin Zeenat Aman,Amjad Khan ,Vinod Kanna dan Amjad Khan filem tahun 1980. |
Kenangan pertama kali menonton wayang cerita Hindustan dalam tahun80an ,Ambo bukanlah peminat wayang sebenarnya tetapi Ambo ada kenangan dengan panggung wayang kampung (panggung Cokkoh) dimana wayang gambar datang di tayangkan ke kampung-kampung pada zaman itu.
Filemnya yang Ambo masih ingat , pertamakali melihat wayang gambar adalah filem Hindustani (Qurbani) dalam tahun 1980.
Kebetulan ia ada di adakan di Pasar Basah Kubang Kerian@kedai ikan.
Kisahnya begini , Rumah Arwah ayah Ambo dulu dikampung, terdapat sebuah rumah sewa yang di sewa oleh 2 pasang kelamin yang datang dari negeri Pattani,Thailand(alek siam@orang alik barat) .Ambo maso tuh dalam tingkatan satu dan baik dengan mereka. Pada hari itu semasa balik dari sekolah petang dan melalui rumah sewa mereka ,Kak Joh dan Kak Noh telah mempelawa saya menemani mereka untuk menonton wayang di pasar Kubang kerian cerita best kata mereka, filem Qurbani. bercorak muzikal.
Selepas magrib seperti yang dijanjikan Ambo pergi bersama mereka, selalunya Ambo pergi mengaji Quran di madrasah tapi pada malam ini Ambo ponteng kerana teruja mahu menonton wayang buat pertamakali dalam hidup...
Panggung wayang chokkoh ini di adakan di kawasan lapang didalam kawasan pasar dimana sekeliling kawasan panggung di tabiri dengan kain guni yang menghalang pandangan mata.
Ambo masuk dengan bayaran 50 sen tiket dan Kak Joh dan Kak Noh masing-masing $1.50 seorang,Tiket Ambo dia orang belanja. kami duduk di atas tong ikan kayu yang disusun dari awal oleh penganjur.
Pemancar wayang berada di bahagian belakang dan di pancar ke kain pemidang berwarna putih(kelir wayang) di hadapan,Ambo menikmati wayang pertama dengan penuh kuysuk sampai tammat tayangan...
PS: Kenangan Panggung Wayang Ckokkoh yang sekarang tiada lagi,....kerana peredaran zaman dan kemajuan teknologi semasa filem sudah boleh dilihat di ruang tamu masing-masing melalui Big screen tv dan home theatre set ...Menonton wayang dalam rumah .
Monday, January 10, 2011
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (68)
Penceritaan Ambo dan Semuk lagii...
Hari ini rasa nak bercerita tentang binatang yang menjadi permainan zaman kanak-kanak dulu dalam tahun-tahun70an. Serangga haiwan yang paling rapat dalam kehidupan dimasa kanak-kanak.
Tangkap Pepatung@Buting beliong@Tuyuk@Sibur-sibur.
Tangkap Pepatung atau Sibur-sibur
Buting beliong di tangkap dengan menggunakan alat tangkapan khas tang di reka sendiri.Caranya mudah sahaja ambil sebatang lidi kelapa kemudian di cucuk kepada batang ubikayu yang sebesar kelingking lidi tadi di bentuk menjadi melengkung separa bulat sepetri bentuk reket badminton dan ambil pula sarang labah-labah biasanya sarang laba Lutong yang mempunyai daya melekat yang agak kuat.Pergi di tepi pagar belakang rumah di sekitar tanaman pokok nenas ,sebab buting beliong atau Sibur-sibur suka hinggap di hujung daun nenas.Tekap perlahan-lahan di bahagian sayap dengan sendiri ia akan melekat di perangkap tadi.Jadi boleh lah bermain Catch and Relese Binatang Buting Beliong tadi.
Tangkap Kumbang dan Kabor Nyior
Kumbang ini biasa dijadikan permainan dizaman kanak-kanak,Kumbang Belang akan ditangkap di pokok kelapa yang sudah di tebang dan telah diambil umbut.Tinggalan bahagian umbut itu menjadi tarikan bagi Kabor Nyior untuk datang berkerumun memakan jus dari tinggalan umbut yang telah masam tersebut.Kumbang ini akan di ikat benang di bahagian kaki dan di biarkan terbang sambil berpusing-pusing mengelilingi mengikut panjang tali benang tersebut.
Hari ini rasa nak bercerita tentang binatang yang menjadi permainan zaman kanak-kanak dulu dalam tahun-tahun70an. Serangga haiwan yang paling rapat dalam kehidupan dimasa kanak-kanak.
Tangkap Pepatung@Buting beliong@Tuyuk@Sibur-sibur.
![]() |
| Sibur-sibur atau Pepatung. |
Buting beliong di tangkap dengan menggunakan alat tangkapan khas tang di reka sendiri.Caranya mudah sahaja ambil sebatang lidi kelapa kemudian di cucuk kepada batang ubikayu yang sebesar kelingking lidi tadi di bentuk menjadi melengkung separa bulat sepetri bentuk reket badminton dan ambil pula sarang labah-labah biasanya sarang laba Lutong yang mempunyai daya melekat yang agak kuat.Pergi di tepi pagar belakang rumah di sekitar tanaman pokok nenas ,sebab buting beliong atau Sibur-sibur suka hinggap di hujung daun nenas.Tekap perlahan-lahan di bahagian sayap dengan sendiri ia akan melekat di perangkap tadi.Jadi boleh lah bermain Catch and Relese Binatang Buting Beliong tadi.
Tangkap Kumbang dan Kabor Nyior
![]() |
| Kumbang Belang @Kabor Nyior |
Kumbang Tanduk
![]() |
| Kumbang Tanduk@Kabor Tanduk |
Kumbang ini di tangkap di batang kayu dan juga di batang pokok pisang didalam kebun.Kumbang ini di ambil dijadikan serangga peliharaan dengan memasukkan kumbang ini kedalam bekas atau balang kaca Nascafe dan di tutup muka lobang dengan kain dan di lilit dengan getah urat (getah pengikat).Serangga ini di beri makan unbut pucuk nenas atau umbut pucuk tebu.Di pelihara sehinga berminggu-minggu dalam bilik tidur atau biletak diatas meja membaca di bilik bacaan.
Semut Hitam
Semut ini ditangkap dari dalam lubang disekitar keliling halaman rumah.Pucuk kemucuk digunakan untuk mengail semut ini dari dalam lubang sarangnya.hujung lembut pucuk kemucuk tadi menjadi tarikan semut hitam dan menggigit dengan kuat dan ia senang di tarik keluar dari lubang nya.Semut ini akan di buang sesunggut dan di lepaskan dan akan bergomol sesama sendiri(bergusti).Permainan ini adalah permainan sampingan menghilangkan masa luang sahaja bukan menjadi hobi.
PS:Kumbang lilin mentadak mentadu dan belalang juga dijadikan permainan masa kanak-kanak dahulu.

Tuesday, December 28, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (75)
| REcycle Logo |
Barangan Kitar Semula.
Kisah kitar semula berkait rapat dengan kisah masa kanak-kanak dahulu masa di kampung.Kebiasaannya pada hujung minggu sekali dalam sebulan ada penbeli barangan kitar semula datang dari rumah ke rumah .Kebiasaanya lelaki india yang berbasikal unta dengan karung guni dari jerami jut di bahagian belakang basikal.Lelaki ini akan singgah dari rumah ke rumah di kampung dulu untuk membeli barangan kitar semula.
Ambo masih ingat lagi barangan yang laku di beli adalah botol kosong(botol jernih harga murah tapi botol kicap yang berwarna harga sikit mahal),tudung periuk dan periuk bocor dari bahan timah juga laku.Selipar getah lama juga di beli pada waktu itu.Kita panggil india pembeli barang kitar semula dengan gelaran Keling Beli Botol. Tiap -tiap kali penjualan semula barangan lusoh atau kitar semula Ambo dapat lah duit poket dalam 50sen hingga tiga amas duit.($1.50).
Botol=Jebur
Bocong air= termos
Balang kaca = motol
PS: Kitar semula cara tahun 70an dulu.Barangan seperti botol kosong dan barangan logam di kutip dan di simpan di belakang rumah sebelum di jual kepada pembeli botol.Duit itu sebagai Pocket money bagi kami.
Friday, December 24, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (68)
![]() |
| Beras Lembut, |
Ada padi jadi ,ada beras lekas..itulah perpatah melayu dahulu.
Padi menjadi beras.proses yang menarik dan unik dalam masyarakat Melayu dahulu.Dengan kudrat dan semangat bergotong royong kehidupan di kampung masa itu terlalu nostalgia dan penuh keindahan tersimpan dalam kenangan.
Padi yang tersimpan dalam gedung atau rumah padi akan dikeluarkan untuk di proses menjadi beras.Proses ini bermula dari menjemur padi di halaman atau padang untuk dikeringkan.padi itu di lembahkan di atas bidang tikar mengkuang atau belulang lembu.Proses menjemur padi dilakukan pada waktu musim panasdi bawah cahaya matahari terik.Padi ini perlu di tunggu dan dijaga biasanya kaum ibu dan kanak-kanak akan mengambil bahagia bergilir-gilir
Proses seterusnya padi yang kering akan di pisahkan dari tangkai dengan proses mengirik padi dilakukan pada waktu malam di bawah bangsal,ia juga dilakukan secara berkumpulan oleh kaum ibu.Semasa proses mengirik padi ini mereka mengambil peluang bercerita dan berkongsi pengalaman dan bercerita pasal kehidupan dan kisah peribadi yang boleh dikongsi.Tangkai padi tadi diasingkan dari biji padi.Tangkai padi ini di panggil Romang padi yang berguna sebagai pengalas tempat ayam bertelur di dalam sangkak ayam.
Biji padi akan di simpan didalam kotak khas di bawah rumah masing-masing kemudian nya.
Padi dari kotak simpanan ini akan di bawakeluar lagi untuk proses menanginkan padi bagi mengasingkan antara sampah ,padi hampa dari padi yang berisi padi bernas.Proses ini dilakukan oleh kaum ibu di padang sewaktu musim berangin.Nyiru dari buluh di gunakan bagi menanginkan biji padi,
Setelah padi yang bernas di kumpul ,padi ini akan di bawa ke bangsal untuk melalui proses menumbuk padi bagi memecahkan kulit dan selaput biji padi untuk ditukar menjadi biji beras
Proses menumbuk padi juga dilakukan pada waktu malam di bawah bangsal menunbuk padi.Alatan yang digunakan adalah lesung dan antan penumbuk.Bila lesung dan antan bertikah keluaar lah bunyi yang mengasyikkan dan terlalu nostalgia untuk di kenang .Proses ini berlarutan sehingga ke larut malam.
Padi sekarang sudah ditukar menjadi beras .
Proses seterusnya sebelum beras boleh di tanak atau di masak adalah proses menampi beras bagi mengasingkan antara beras dan antah padi.Nyiru atau badang di gunakan dalam proses ini.Ia dilakukan di rumah masing-masing sebelum memasak .
Beras yang di dapati di dimpan dalam bekas beras di panggil Genak Beras atau Tempayan Beras.
Sukatan lama bagi padi ata beras : 4 cupak bersamaan 1 gantang beras.
Proses menjadikan beras dari proses menanam melalui pelbagai peringkat dan masa .Dari itu masyarakat Melayu amat menghargai beras dan melambangkan padi sebagai semangat padi.
PS: Proses yan memakan masa tenaga dan merumitkan ini menyebabkan beras dan padi di hormati dan di nilai tinggi dalam masyarakat Melayu dahulu.Jikalau anak-anak memakan nasi dan tertumpah ibu mereka akan berkata "Ambil balik nasi tumpah itu jikalau tidak nasi akan menangis".
Wednesday, December 22, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (67)
![]() |
| Biji Havea Brasilinsis |
Benih getah dibawa masuk ke Malaya oleh penjajah British pada awal abad ke 20 W.R.Ridley.tumbuhan pendatang dari hutan Brazil ini kemudian menjadi satu komoditi penting kepada Malaya.Sehingga pada satu ketika negara kita adalah pengekspot getah paling utama di dunia.
Kenangan Ambo dan Semuk dengan pokok getah dan sejarah menoreh getah di zaman kanak-kanak dahulu.
Ambo adalah pengikut setia Mak semasa cuti sekolah ke kebun untuk membantu dalam proses mengutip susu getah,sekerap getah dan getah beku.Pada masa itu dalam tahun-tahun 70an Ambo dalam darjah 5 hingga tingkatan 2 .Mak Ambo menoreh getah secara pawah dari Pak chu Awang Tunggal.Hasil jualan akan di bahagi 2:3.Kebun getah nya terletak dalam dua buah kebun seluas 2 ekar.
Persiapan yang biasa dilakukan sebelum pergi menoreh adalah mengasah mata pisau menoreh pada belah malam sebelum Mak masuk tidur.Pada pagi keesokan hari dalam pukul 6 pagi .Mak akan pergi dahulu untuk memulakan kerja-kerja menoreh batang getah.Ambo akan menyusul kemudian selepas sarapan dan tugasan rutin dirumah.Dalam pukul 9 lebih Ambo akan ke kebun getah untuk persediaan mengutip susu getah yang sedia menitik dalan masa 3-4 jam bagi memenuhi tempurung tadahan susu getah.Bekas tadahan susu masa itu Ambi masih ingat lagi banyak di gunakan tempurung kelapa yang sudah dikukur isinya bahagian yang tiada bermata.Dengan berbekal kan sebiji baldi di jinjing Ambo ahan penghadap satu persatu batang getah untuk mengutip susu dari bekas tempurung tadi, Setelah penuh satu baldi tadi Ambo akan menyatukan susu itu kedalam baldi yang lebih besar.Musuh utama dalam kebun getah adalah pacat dan nyamuk .pemangsa yang menghisap darah secara haram.Alah bisa tegal biasa ....
Dalam pukul 12 tengah hari semua susu getah siap di kumpulkan dan di bawa ke bangsal mesin getah pada masa itu Mak menumpang guna mesin kepunyaan Hj Tahir.Hj Tahir adalah pemilik stesen minyak tunggal di Kubang Kerian pada masa itu.dalan tahun70an,kawan sepenorehan Mak Ambo bernama Mek Joh..
Pada peringkai ini susu getah tadi ditapis dahulu untuk membuang habuk kasar seperti daun dan kulit batang getah bekas dari torehan.Penapis yang di gunakan Ambo masih ingat sangat Klasik sekali iaitu dari Romang padi atau tangkai padi yang telah di ambil bijinya semasa proses mengirik padi,Tangkai padi itu pula digunakan sebagai alat yang boleh menapis susu getah.Romang padi itu juga boleh digunakan sebagai tempat ayam bertelur didalam sangkak buluh sewaktu itu.
Ok... sambung lagi susu yang sudah di tapis di sukat dan di masukkan kedalam takungan membeku susu.Sejens acid digunakan untuk mempercepatkan proses membeku susu getah yang di namakan Cuka Getah atau Boric Acid.Cuka getah yang dibeli itu mesti di cairkan dahulu dengan mencampurkan dengan air biasa. acid ini amat merbahaya jika dalam keadaan likat atau dalam molar yang tinggi.Boleh mencederakan jika terkena secara terus.Cuka getah Chap Ayam yang selalu Mok Ambo beli.Susu getah tadi di biarkan membeku dalam masa 1-2jam,pada masa itu Mak Ambo akan balik semula kerumah untuk memasak dan persiapan makan tengahari dengan ala kadar sahaja.Selepas zohor kami kembali lagi ke bangsal mesin getah untuk proses Memesin getah sudah beku tadi kepada getah keping pula.
Penyediaan sebelum di mesin getah yang sudah beku tadi di buang kandungan air nya dan dibentuk supaya senang memasukkan ke dalam Roller mesin getah.Proses ini menggunakan kaki dan diikuti menekan dengan tangan.Proses mengunakan kaki adalah secara pijak. Getah beku tadi di letakkan diatas pelantar ,Proses memetek (menekan dengan telapak tangan) getah tadi menyusul.Teknik yang digunakan seperti Teknik menekan dada semasa CPR pertolongan cemas dalam First Aid.Bayangkan sendiri ...
Proses seterusnya getah yang disediakan tadi akan di masukkan kepada roller licin atau Flat Surface Roller.Disini roller akan di kawal atau di adjust dengan menggunakan sistem manual clamp.Wheel di pusing dengan kudrat tangan .Biasanya Ambo lah yang menjadi prime mover untuk mesin manual ini.Proses seterusnya getah yang sudah nipis itu di masukkan pula kepada mesin kedua iaitu mesin buat bunga atau mesin jalur.Roller kali ini ada mempunyai jalur yang membentuk pada permukaan kepingan getah .
Setelah siap getah tadi dijemur di hidaian dari batang buluh.Getah ini akan siap untuk di jual setalah kering ,biasanya Mok Ambo akan menjual getah ini sekali dalam seminggu.
Peraih getah di kampun Ambo masa itu adalah Pok San Pok Getah yang memiliki gudang getah di pekan Kubang Kerian .Masa itu gudang getah nya terletak betul-betul pinggir di bulatan jalan utama di tengah pekan.
Pok San akan datang dengan basikal unta yang memiliki Carrier(gerei basikal) besar di belakang.Masa itu penimbang yang digunakan dalam timbangan kati lagi .Tinbangan manual yang di panggil dacing penimbang kati.Ukuran British 16 tahil bersamaan 1 kati.Harga sekati getah bersamaan 80 sen sahaja.
Timbang kayu ata dacing ini masih ada di musium barangkali...
Dalam semnggu Mok Ambo dapat lah dalam 20- 25 rial duit,itu pong campur sekali dengan jual sekerap dan getah beku(Pok getah) .Duit sekerap menjadi milik penoreh ,tuan hanya mengambil bahagian jualan getah keping sahaja.Tiga bahagian milik penoreh dan 2 bahagian milik tuan punya kebun.Masa itu juga Mak Ambo akan bagi sedikit upah .Dengan duit itulah Mok Ambo membantu Arwah Ayah dalam perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anak di tahun 70an dahulu.
PS: Jasa mi Ibu terlalu tinggi ,tidak akan terbalas sampai akhir hayat... Susu mu setitik pun tak mampu Ambo balas ....Kasih Ibu sepanjang hayat Kasih saudara masa berada.EEEh betul ke..
Bau duit dari bekas pok getah terlalu wangi untuk dikenang kerana Pok getah lah Ambo boleh jadi seperti hari ini.Alhamdullilah syukur dan terima kasih Mak.
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (66)
![]() |
| Jenama Warrior terkenal semasa dalam tahun 80an di sekolah menengah. Sejenis lagi jenama Panda semuanya produk kasut sekolah Hui Li China. |
Penceritaan pasal kegilaan atau minat semasa sekolah di tahun70an dan 80an dulu.
Dalan tahun 1973-1979 adalah zaman kanak-kanak disekolah rendah,banyak benda yang di minati pada masa itu .Bola sepak adalah sukan yang paling terkenal di zaman saya di sekolah rendah.Selari dengan zaman kegemilangan bolasepak di tanah air.Era 70an dan awal 80an adalah zaman emas pasukan bolasepak Malaysia di persada antara bangsa di Asia pada amnya dan di Asia Tenggara terutamanya.
Setiap hari permainan yang di mainkan di sekolah mesti perlawanan bolasepak pada masa sessi Pelajaran Jasmani dan juga bila tiba waktu rehat. Pada waktu rehat yang mengambil masa dalam 45minit-1 jam pun kami masih boleh bermain bola.Kadang-kadang perlawanan di antara dua kelas boleh dilangsungkan dalam masa yang suntuk itu.Begitulah bila bola telah menjadi sukan no 1.Kasut sekolah pada masa itu kami beli kasut getah berjenama Bowling yang mempunyai Stud getah di tapaknya.Kasut ini sebiji macam kasut bola kulit yang digunakan oleh orang lebih dewasa semasa bermain bola.Warnanya putih dan tahan dari menyerap kotoran dan senang di cuci kerana getah itu tidak menyerap kotoran.
Tinju dengan jenama Ali...Ali..Ali..
Pada zaman itu juga sukan yang yang amat ditunggu oleh orangramai adalah perlawanan Tinju.Sukan tinju amat terkenal dan menjadi ikutan peminat di Malaysia pada ketika era peninju terkenal dari Amerika yang berugama Islam iaitu Muhammah Ali.Saya masih ingat dalan tahun 1978 kalau tidak silap satu perlawanan tinju melibathan Muhammad Ali berlangsung.Masa itu ia berlaku pada waktu pagi semasa sessi persekolahan kami.Sekolah kami dengan kebenaran Guru Besar pada ketika itu En Ibrahim Awang telah membenarkan perlawanan langsung itu di tonton bersama di dewan sekolah secara beramai-ramai.
![]() |
| Ali was a fenomena all around the world in 70tees. |
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (65)
Penceritaan kali ini pasal Baroh,Bendang,sawahpermatang,sungai,kubang,parit,selut,pacat,lintah,padang,alor,paya,lecah,becak,selut sa"ei ,segan dan segalanya pasal tanah dan air seagkatan dengan suasana di suatu masa dan ketika dahulu.
Apa ada pada nama...
Apa ada pada Baroh,sawah ,permatang.
Sebut pasal sawah dan bendang dalam kotak fikiran adalah tempat yang berair dan berselut lembik ,disitu keringat pesawah dan petani tertumpah berbakti kepada sawah dan ladang..
Sawah dan bendang tempat pesawah menanam padi. Kerbau dan lembu menjadi nadi sebagai haiwan pembajaktanah dan sawah.Bila musim padi sudah tamat ia menjadi tempat haiwan meragut rumput untuk makan seharian ,diatas batas dan permatang.
Bila padi sudah dituai di situ tempat kanak-kanak bermain layang-layang dan wau.Berlari berkejar menangkap pepatung dan belalang.Tanah sawah bertukar menjadi tanah rang bila air kering dan tanah menjadi kontang.
Apa ada pada kubang dan paya.
Kubang tempat kerbau berguling bermain selut dan lumpur,merebah kan tubuh berguling menyejukkan badan.
Kubang juga tempat kami mencari anak ikan,menggunakan cara menimba mengeringkan air dan menangkap ikan yang ada menggunakan tangan dan serkap buluh.Ikan keli dan haruan banyak disitu.
Apa ada pada sungai dan parit.
Sungai menjadi sumber air dan tempat mencari dan menangkap ikan menggunakan pukat,jala,mencari anak terbul,sepat ,puyu dan ikan selat.Menahan lukah dan perangkap di gunakan juga untuk ikan yang banyak didalan anak sungai.
Parit dan alor tempat mengail umpan cacing untuk menangkap anak keli haruan dan puyu.Joran dari batang buluh digunakan pada waktu itu.
Rumput di kayang= padang ragut yang sudah di tanda milik.
Tanah kor= tanah yang keras dan kering
Tanah rang= padang yang lama tidak diusahakan.
Lecoh= Tanah berair dan berselut di pertengahan jalan kampung.
Alatan Menangkap ikan dulu
Kail= pancing
Tauk= Alatan menangkap ikan di sungai atau paya
Lampong = Alatan menangkap ikan
Jerakap= Alatan tangan untuk peperangkap ikan
Lukah= Alatan menangkap ikan yang dipasang di aliran anak sungai
Bubu= Alatan menangkap ikan secara perangkap di letakkan di dalam sungai di isi umpan di dalam
Bitto = Perangkap ketam.
Apa ada pada nama...
![]() |
| Gallor dengan Tractor |

Tuesday, December 21, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (63)
![]() |
| Kuba Dok Gallo |
![]() |
| Petani sedang menyisir bendang dinamakan Gerrak |
Petikan lagu Dikir dari Arwah Mat yeh Anok Singo yang popular dalam tahun 70an dulu.Tentang penanam padi .
Gallo patoh nanggar....
Gerrak patoh denin...
Begini lah nasib
Buat kijo pero diri
Siae gii naboor
Bawok benih padii...
Pada masa dulu pesawah padi menanam padi berat hanya sekali dalam setahun ,kerana mendapat bekalan air dari hujan semata-mata.Pesawah tradisional menggunaka alatan dan teknik tradisi untuk menanam padi masa itu mungkin Lembaga Padi Dan Beras Negara tidak aktif lagi.
Proses penanaman padi pada masa itu yang Ambo masih ingat.
![]() |
| Mengalih anak benih atau nyabbut anak benih Lintah amat banyak di baruh padi.bahan penghalang lintah adalah cuka dan abu. |
1.Penyediaan tapak semaian benih anak padi dinamakan Nabbor benih padi
2.Bila anak benih padi tumbuh setinggi paras lutut ,sedia untuk di ubah ke bendang.
Proses menyabut anak padi(Nyabbut) dari tapak semaian bermula.Satu ikatan anak benih padi yang sudah di cabut di ikat dengan tali dari batang pokok Bemban .Satu ikatan anak benih padi di panggil satu Utting
3.Bendang atau baruh di sediakan dengan proses di panggil Galllor(membajak) dan diikuti dengan proses menyisir tanah memlumatkan lagi tanah bendang yang berair tersebut di panggil Gerrak.
Kebiaaan Kerbau (Kuba) di gunakan dalam proses membajak sawah ini. Tuan Kerbau mengunakan bahasa isyarat dan seutas batang ranting kayu sebagai membedal badan kerbau semasa proses membajak di lakukan
di panggil Kayu Pemiyat.Alatan tradisi untuk membajak dinamakan Batang Nolok,Nanggal ,Gerrak sisir.
Bahasa isyarat yang Ambo masih ingat lagi seperti: Bunyinya macam ini lebihkurang.
Chaar - Supaya kerbau bergerak ke hadapan
Nooo- Supaya Kerbau berhenti.
Juuuu- Bila Kerbau berhenti semasa menarik Batang Nolok atau Gerrak sisir itu.
4.Proses seterusnya di panggil menanam benih padi di tapak penanaman atau bendang padi.Proses ini dinamakan Cheddung anak padi.
![]() |
| Petani sedang Menanam anak padi di bendang.Topi yang dipakai dikenali sebagai Terendok. |
6.Anak padi di tanam dalam barisan tang menganjur mengikut apak sawah.
Anak benih padi itu di biarkan hidup dengan sendiri dan ditabur baja bakar dari campuran najis haiwan dan sampah sarap.
Jikalau ada anak padi yang mati atau kekuningan daunnya proses mengganti dengan anak benih baru di panggil Menyulat anak padi.
Anak padi tadi mula mengeluarkan tanda-tabda berbuah setelah batang nya menjadi sedikit gemuk yang di panggil Buting Padi.
PS: Kalau anak dara yang memiliki betis yang cantik dan menarik di namakan Betis Buting Padi..
Padi yang berbuah akan masak selepas dari 4-5 bulan menunggu.
![]() |
| Oranr-orangan untuk menakutkan musuh buah padi yang masak iaitu burung ciak padi dan pipit hitam. |
Proses seterusnya dinamakan proses menuai padi atau musim mengetam padi.Sejenis alat tradisi yang digunakan untuk memetik padi masak di namakan Keteman Padi. Padi yang dari tangkai ini di ikat dengan batang padi kering segenggam-segenggan di panggil Segemmal padi yang siap dituai.
Padi yang siap dituai itu disimpan sementara diatas tempat pengangkut tradisi yang dipanggil Kandaran.Padi itu kemudian di simpan didalan gedung dipanggil Rumah Padi atau Baloh Padi.
Satu cara lagi yang diperkenalkan adalah proses menuai dengan memotong batang padi dengan menggunakan sabit padi dan padi tersebut di hempas dengan tangan kedalan petak atau tong kayu dinamakam proses Memukul.
| Pondok di tengah sawah di panggil Dangar Tali dari orang orangan akan di tarik dari tempat ini. |
Empangan kecil dan sementara ini dibuat semasa mengalirkan sawah sahaja,
Padi menguning disawah petani riang gembira menunggu hasil keringat di tuai.
Ps: Musuh padi waktu itu semasa kecil adalah siput gondang.Bila padi nak masak binatang kumbang di panggil Kessing.Bila padi masak tikus dan burung .
![]() |
kessing padi. |
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (62)
Semangat Padi
Padi Ringan dan Padi Berat
Padi Bukit dan padi huma
Nyanyian padi; Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.
Tanaman padi sawah secara tradisional pada tahun70an dahulu yang Ambo pernah mengalaminya sendiri semasa Emak menjadi penanam padi sementara di Kubang Kerian di sekitar tahun 1973- 1979.
Pengalaman ini Ambo kutip semasa dari zaman kanak-kanak lagi,kerana membesar dikalangan anak kampung.
Era Padi Huma atau Padi Tuggal atau Padi Bukit
Era Penanaman Padi Huma atau Padi tuggal di Kampung Ambo pada sekitar tahun awal 70an dahulu.
Secara ringkas Ambo bercarita apa yang masih Ambo ingat lagi tentang padi tuggal atau padi huma.
Orang kampung masa itu akan menggunakan sebatang kayu panjang tinggi berdiri dewasa sebagai pembuat lubang .Benih padi sebanyak 4-5 biji di taruh atau di tanam didalam lubanga itu.Padi jenis huma ini tidak memerlukan air yang banyak sekadar dari air hujan sudah mencukuseingat pi untuk padi ini tumbuh sehingga berbuah.
Padi tuggal atau padi huma di tanam dan tiada proses anak semai atau alih tapak di perlukan ,padi itu akan
tumbuh dan membesar sehingga mengeluarkan hasil setelah masak.
Hasil padi itu dituai secara manual atau cara ketaman tangan.mereka menggunakan sejenis alat yang di namakan Ketaman Padi .Padi tadi di ikat berserta dengan tangkai nya sekali di panggil Se gemmal padi atau secengkak tangan orang dewasa.
PS: tanaman padi secara tuggal ini berakhir dan tidak lagi diamalkan selepas tahun -tahun awal 1970 an
pangalaman Padi Huma ini Ambo ingat semasa Ambo berumur dalam 7-8 tahun umur selepas itu tiada lagi Ambo tengok penanaman padi secara ini.Pada ketika itu jagung juga di tanam secara puggal atau tuggal.

Sunday, December 19, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (55)
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (54)
Subscribe to:
Posts (Atom)