Buku kecil ini membawa banyak kenangan kepasa Semutandme sewaktu berada di sekolah rendah sekitar tahun 1976 .Buku novel tulisan Ahmad Murad Nasaruddin ini adalah buku cerita pertama di baca setelah mulai pandai membaca dengan agak lancar.Semutandme menghabiskan bacaan novel ini semasa waktu senggang dalam masa seminggu.Novel ini dipinjam dari pusatsumber sekolah pada waktu itu dikenali dengan nama"KHUTUBKHANAH SEKOLAH ".
Novel ini ditulis sekitar tahun 1946 dan merupakan pemenang pertama Peraduan Mengarang Cerita anjuran Jabatan Penerangan Tanah Melayu.Cetakan pertama pada tahun 1946 dan cetakan ketujuh pada 1967 tahun kelahiran Semutandme.
Buku ini telah lama di cari dan akhirnya setelah bersabar dan bernasib baik pada bulan September 2011 ,Semutandme terjumpa buku nostalgia ini terselit diantara buku-buku novel keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka di Toko Buku Wan Arrifin Di Dungun.Alhamdullilah Semutand me terus membelinya sebagai koleksi peribadi.
Secara ringkas novelkecil ini berceritakan kisah seorang pemuda yang bernama Yazid Ahmad seorang pemuda dari Perak semasa tahun-tahun pendudukan Tentera Jepun di Tanah Melayu antara tahun perang dunia kedua.Yazid menjadi korban tentera Jepun
No comments:
Post a Comment