Showing posts with label kisah insan biasa. Show all posts
Showing posts with label kisah insan biasa. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Gi Ngail Udang di Sungai Kelantan.


Mengail udang
                                                  Nag dan Hil-mann menunggu di tebing



Pada cuti penggal persekolahan 2013 ,anak mengikut Ambo pergi memancing di pinggir tebing Sungai Kelantan. Berbekalkan anak udang putih yang dan sedikit cacing nipah (opor-opor) berwarna merah yang di beli di kedai pancing ,kami memancing udang di Sungai Kelantan.Air sedang berolak pasang dan amat sesuai untuk memancing udang.
Hari itu suasana amat baik dan tidak begitu panas.Air nya warna " bulu kera" dan tidak terlalu sejuk.Setelah mendapat port yang sesuai ,kami mula melabuh kan umpan di bawah sebatang pokok ara yang sedang berbuah lebat dan ada yang masak dengan warna kemerahan.
Setelah beberapa ketika joran mula bergerak -gerak menghenjut ,joran udang melentok dengan tali pun menegang ,setelah dijulang sedikit saya mula memusing pengayuh sebentar kemudia kelihatan lah sepit biru dengan janggut di permukaan air sungai yang berolak-olak kecil.

Hasil pancingan ditepi tebing.
Hari itu rezeki amat baik Ambo dan anak dapat dalam lebih dari sekilo udang galah yang bersaiz kecil dan besar yang bersepit biru dan tak bersepit .
                                           Selepas tiada lagi sambutan dari udang di port bawah pokok kayu ara saya beralih ke sebuah rakit pula. Joran di atur dan menunggu sambutan dari si sepit biru.

                                                         NA-G dengan ikan duri .
Alhamdullilah selama 4 jam menunggu sungai dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari ,kami dapat lah lebih kurang sekilo lebih sepit biru dan yang sang bertelur untuk di bawa balik.
                                                 Saiz 2 jari yang galak menarik umpan.

Tuesday, October 30, 2012

semut and me

Roda kehidupan-Berputar melalui masa (Cycle of Life)

Dulu masa kecil ku
Terlalu banyak angan khayal ku
Tentang kehidupan
bILA DEWASA NANTI INGIN
sebuah kehidupan yang sempurna

Sedangkan aku masih lagi berfikir dan menghitung untuk kesempurnaan sebuah kehidupan
Setelah dewasa ...


Dalam melengkapi kehidupan ini
Ratu impian
Engkau suri yang hadir tanpa diduga
Senyum lirik mu
Damai seluruh rasa.
Isteri kau hadir jua
Bersama mencipta bahagia



Benih cinta yang tersempuh
Menzuriatkan pengharapan
Anak kau adalah permata
Pelengkap angan
Bukan sekadar kesempurnaan


Lengkap lah kehidupan dan angan
Semasa kanak-kanak ku
Dalam kesederhanaan
Dengan sebuah perkhawinan
Bahagia dipinta dan di doakan
Kepada MU Tuhan


Monday, October 29, 2012

Gi Ngail dan santai

Pancing,bendang,sungai ,paya ,selut ,lumpur,kuala dan laut sedah sebati dengan hidup Semut and me semenjak dari alam kanak-kanak sehingga sekarang.
Memang aku anak kampung yang sudah terbiasa dengan hanyir ikan paya ,sungai dan bendang.
 
                                                               galah di sungai Kerteh...  

Setelah begitu lama meng"muzium" joran pancing tahun ini aku mula menyelongkar balik stor kecil dirumah untuk memulakan kembali aktiviti kegemaran aku itu.Bak perpatah aku "dimana jatuhnya umpan jika tak ke lubuk".... Tahun ini aku mulai mengilai memancing udang galah setelah puas bermain dengan ikan saiz mega di lautan luas...Dengan memancing aku dapat mengneutralize kekusutan minda dengan menyalurkan melai tali pancing ke dasar lautan atau kedasar lubuk...Aktiviti dalam gambar diatas selepas menghadiri kursus di Kerteh pada 16-17/10/2012 lalu.

Friday, January 28, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk(78)

Penceritaan masa di PKB 86-88

Bersama rakan seperjuangan semasa di PKB sekitar pertengahan tahun 80an dahulu di Pasir Mas(Bunut Susu) meningalkan nostalgia pahit manis debagai pelajar..
Disitu Ambo banyak belajar dan bergaul dengan teman-teman seangkatan . Pengajian di PKB hanya memakan masa 2 tahun setengah sahaja tetapi penuh dengan kenangan manis bersama rakan serumah sewa dan penduduk sekitar yang amat peramah dan baik..Semasa di Bunut Susu pergaulan kami dengan penduduk sekitar amat rapat dan mereka semua peramah dan senang untuk membantu .
Kg Hutan Chengal.Kg Manir,Bechah dan Kg Kayu Tinggi tempat Ambo bergaul ..
Masa itu 86 dahulu PKB hanyalah kampus sementara di Manir,yang menempatkan sekitar 1000 pelajar pelbagai jurusan seperti Perdagangan,Kejuruteraan Am dan Kejuruteraan Eletrik.
Pada awal 88 -89 PKB dipindah kan ke kampus tetap di PangKal Kalong Ketereh.

Thursday, January 27, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (77)

Lambir WaterFall,Miri

Semasa berada di Miri selama 2bulan pada tahun1991 ,Ambo sempat juga menjengah beberapa tempat di daerah Miri,Ambo masih ingat lagi semasa menginap di Piasau Inn.Ambo ke Miri kerana dihantar untuk lawatan sambil belajar di Miri Crude Oil Terminal masa itu dengan Shell Sarawak.
Kesempatan semasa hari cuti Ambo dengan Manap,Azman dan rakan Juti melawat ke Lambir Water Fall,Gua Niah dan perkampungan Melayu di Ulu Sungai Marudi.
Ambo masih ingat semasa memudik ke hulu sungai menaiki feri laju ,terdapat begitu banyak sekali balak-balar yang di apungkan di dalam sungai dan di tunda ke kilang kayu.Feri tersebut mengelak di celah -celah laluan kayu balak dengan laju...

Kenange First time naik Belon ke Sarawak, Ambo meme budok kapong senggoti dok pernoh naik Belon,tengok di atah langit ragin lah maso duk lalu kuk atas kepala maso kapung dulu sebagai penanda time bersiap nok kesekolah petang semasa di Kubang Kerian dalam tahun80an dulu.Biasanya kapal terbang berangkat dari pengkalan Chepa Airport dan lalu betul-betul atas perabung rumah pada pukul 1145 pagi.Dengan penanda kapal terbang lalu setiap hari Ambo akan bersiap mandi dan prepare nok ke sekolah petang ...Jam dinding takdok..
Balik semula pasal belon Ambo naik di Subang Airport dan transit di Senai dan Kucing Airport untuk domestic exchange flight ke Miri...

Ps: Masih ingat lagi Durian Sarawak berisi merah terang dan Buah Ambangan seperti buah bacang di Mlaysia Barat ..sempat Ambo jamah semasa di Kg Melayu Kuala Marudi.

Wednesday, January 26, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (76)

Kata Orang Tua-tua Bergambar tiga orang putus hubungan akhirnya....Tapi itu adalah anggapan walaupun betru-betul terjadi ia adalah takdir..
Jame duduk ngaji di Poly 86-88. Ambo tigo ore ning seperti Three Stooges gi mana bertiga-tiga sokkmo.
Razali dari Ketereh,Azani dari Kg Dangar dan Ambo duduk dale sooo kelas Ja86.Masaa ni tengoh duduk ikuk ere saing di Poly ...Kami sangat rapat dan selalu belajar bersama-sama .Kami berpisah selepas tamat pengajian dalam tahun 88 dan ditakdirkan tidak bersua mukalagi selepas itu,bawa haluan diri masing-masing..

Kawan serumah sewa yang pernah makan sepinggang baik senggoti Mazlan Draman Bk Marak(Padang Mokkan),Dio masuk Polis sebagai Inspektor Pelatih ,last sekali pergi jumpa dia semasa dia posting sebagai Inspektor di Balai polis Rawang dalam tahun 1992/93 .Lepas itu dok jupojupo muka lagi sampai hari ini..Dengar berita dari kawan yang mengenali dia ,dia dah jadi Ketua Balai di sekita Selangor...Masa duduk sekali di rumah sewa Abe Roni di Hutan Chengal dulu dia dan Ambo lah yang jadi tukang masak nasi dan lauk masa tinggal serumah.Hok lain -lain Azman proton ,Nazri Putih,Bahari Bt Panau,Azmi Dabong,Mat Saupi aka Dino,Kimi Bacok,Mohamad Jerat,Zul Comel T Merah,Zaki Tok Uban(dia masuk TLDM).
Semua kawan-kawan serumah sewa di situ hilang ghaib bertaburan tak tahu gi kemana doh ..Didoa kan masih sihat dan berbahagia sentiasa dengan kehidupan masing-masing...
Masa lawatan di Stesen Janakuasa Letrik Sultan Ismail Paka 1997,Saing se kelas dan se aliran Jabatan Makenikal Am di Poly PKB...Lan Bk Marak,Azmi Dabong,Harun peringat,bahari Bt Panau,Che Hassin Pasir Mas,Khalim,Zul K Kerian,Pok Nik Man Tujuh,Che Ruzi Macang,Ambo,Azizi tendung,Din Kuda Besut,Aiza P Cndong dan Mr x....Dale rama-rama 2 ore dok ingak namo dio...

Tuesday, January 25, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (76)

Penceritaan Lagiii Dari Semut and me...

Ambo dan saing hok ning banyok kenange jugok nih, Saing masa tengoh mudo-mudo di Kebang Kerian ,masa ning maing ikuk belako blumbo muto,krobek injin dan pah ko Kuantan gi ikuk saing belumbo muto Cup Prix... Ambo denge dio banyok simpan kenange zame tengoh lobey tenggoh duk gallok ..
Laa ni dio dah berubah dan ambo pung dah lupo perangai dulu-dulu ,...
Dio dah buko bengkel welding sediri di kampung pero anok bini juruh baik dan Ambo pung doh ado anok remaja ..Mungkin pengalaman yang di lalui masa dahulu boleh membantu Ambo dalam memantau anok-anok pulok,kerana pengalaman itu bukan semuanya tidak berguna jika kita tahu untuk memanipulasikan kearah yang baik pula dan di guna balik untuk penjagaan anok pulok.Orang tuo tuo kato Sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya...Pengalaman tidak boleh dibeli ia mesti dilalui sendiri..
Pernah satu ketika dahulu Ambo dan saing sobat tengh gilo duk jala dan ngail ikan ,abik taliair,muko kualadan sungai Ambo kutip derat tangkap ikan...gi pagi kelik ghorik..
Ambo kalu tempah grill rumoh ,kuk mano-mano pung gi cari dio untuk buat grill,pasang awning dan repair semula hok rosak ...Duluh maso rumoh pertamo di PC dio jugok yang buat grilll, dan pasang awning dan grill di Apartment Ambo di Pelangi Mall pung Ambo tempah denge dio jugok,What Friend Are For....

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (75)

Penceritaan Bersambung Lagiii Wehhh.....

Langkawi 1993
First Time Ambo Gi Langkawi Dale tahun 1993,Maso tuh pado mulonyo gi Kuala lumpur jah hajat turun dari rumoh.... Ambo naik Bas male di Stesen Bas Kota Bharu pukul 2030Hrs sorang diri Ambo...Pagi lepah Subuh sapa di Stesen Bas Hentian Putera,Ambo gi mari situ sapa pukul 0700Hrs .Rancange tak dok dale palo otok ,Nok pegi mano sining KL ning buke jenih Ambo derat bandar besar gini..
Ambo Ambik keputuse ,on the spot Ambik teksi sebutir suroh derebar hantar Ambo ko stesen keretoapi..
Sapa situ dale sejam kemudian Ambo nenggung lagi nok go utaro ko nok turun ke selatan....Gi ke kaunter Ambo mitok beli tiket ko utaro, tiket tu KL-Seberang Perai jah...Ambo ambik.
Lebih kureng pukul 1030 Hrs Ambo naik kereta api ke utaro no planning...Naik jah duluh nya apa lah tuuu...
Fires time naik kereto api KL-Seberang Prai...Duduk dale gerobok sambil tengok keluar tingkap rel lekok-lekok cona perang keretaapi berhenti di Seberang Prai...Ambo turun dan merayau -rayau tok tahu mano nok pegi ,maklumlah first time sampai sining sorang diri pulok...Planning takdok lasung nok sampai kemari.
Ambo ambik sebuah bilik hotel  budget dan merehatkan diri di Seberang Prai untuk malam itu.
Sebelum tudur Ambo rancang nok ke Langkawi pada esok pagi,...Tiduuur kerana keletihan.
Pagi keesokan hari Ambo ambil bas ke Perlis dan sampai disana tengahhari ,terus ke Kuala Perlis dan pergi ke jetty untuk ke Pulau Langkawi.Ambo dae duduk sano dale 5 hari sutuk pising pulau Langkawi ,maso tuh Water World tak dok lagih dan Cabel Car di sano pung dok buak lagih .Suasana sibuk tertumpu di pekan Kuah sajoo..Permadangan pantai yang cantik dan suasana kampung masih jelas belum lagi begitu terusik banyak...


PS: Perjalanan Ambo selalu berseorangan bila pergi jauh ,semasa Bujang dahulu...

Wednesday, January 12, 2011

Semut dan Ambo

Mek dan Ayoh Ambo di Hari pertunangan Cucu  yang ke....lupa nombor dah ramai sangat!
Serangkap lagu lama dendangan dulu


Ayah dan ibu....Ayah dan ibu....
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari  Aaaaa...
Ayah dan ibu mestilah dihormati...Aaaaa..


Friday, December 10, 2010

ambo dan semuk


Hilang kisoh timbul cerito,seore budok hok suko saing.
Ambo raso teringak ko saing baik ambo maso duduk kapong dulu,saing denga dio pagi petang siang dan male.
Maso  umor 18-22 tahun time ni adalah zame ambo kuat senggoti bersaing.Saing hok rapat sunggoh adalah sepupu Ambo Semea Pok Busu,Mahaza Tok Wan Dolloh,Mija Cikgu Aziz, Pendi Pak Chu Kadir,Arwah Imi Che Tok,Zulkipli Pok Pot,Nasir Pok Wel,Sedi Pok Pa,Saidi Mak Tik,Ayeh Pok Soh Tukang Guting,Sekkedi dan Latih Pok Mae.
Perikak Adik pulok seperti Azman Pok Baka,Peli Mok Noh Buje,Che Gani,Mamat  Yunan ,Mat Lan Sarjan Rosid,,Zulaimi,Mat Nor Kotib,Idi Asan Pok Kara,Ja DO dan rama lagi lah.

Lokasi Utama tempat berkumpul adalah di atah wokah di sipang jalan ke Pasir Jelatang di BT 41/2.
Puok2 Ambo ni baso naka buduk-budok jah.Tepak Ambo dok lepak selalu nyo atah gerei bawoh pokok Jambu Nawar depan rumoh Latih Pok Mae.mane hok dok raghlik gak main carrom,dam aji,main daun terok
seperi jerami dan susun daun RACE.
Kalu belah petang main bola padang di Taman Sri Aman rapak ko Bang Ngorik baru nok sudoh.
Male pulok tubik lagi duk gelewak di tembbok ibu jalan Pasir Putih tuu la ,ngayap rato sapa ko Depan Istano Lepak dakat Kolam Air Macut.
Musim Rajo pujo Umo gak penuh laa depan istano ore tubik tengok api.Lapu lik lak dan kawasan istano penuh pena denge ore kapong pakak tubik tengok Api dan pitu gerebang.
Puok Ambo nii jale kaki rama-rama dae sape ko Lundang duk bile ko pitu geebang.

PS:Kenangan ini Amat Manis dan Sukar dilupakan Ambo,Kalu balik tengok semula tempat Ambo duk saing dulu terasa sayu dan kenangan itu kembali segar semula.Saing dulu telah ramai berpisah dan bawa diri masing-masing setelah mempunyai kehidupan sendiri.Ya Allah Aku mohon Satu Hari Nanti Kami akan Ditemukan Semula dalan Satu Majlis Yang diberkati Mu Ya Allah,Walaupun itu tidak mungkin akan terjadi semula...


Ambo nukil kan Sajak Khas Buat Saing-Saing Rodong.

Saing ROdong

Dulu maso duk main atah wokah
Kito tak ingak raso berpisoh
Mugo maso tu dunio kito bersaing pagi petang
Tok napok muko sorang raso kurang
Looning bilo maso raso duk soorang
Teringak semula kisoh mulo
Saing rodong tengoh gagoh
Rapak senghitti serupo jenelo keno selok
Maso dok rioh main aji
Tok teringak lasong maso sunyi
Gege gegok nok rutoh gerei-gerei
Pakak hinggok pakak kube
Tock tengok muko sari tock leh nok duduk
Mugo bersaing senggoti-nggoti
Siang male pagi pete huje ribok
Kerano saing ambo relo tubik jengok
Rokok sebate gilir putin
Samo ado samo diraso,mu sikik aku sikik pakakblako
Saing ambo hok dulu-dulu
Pah kemano habih demo
Hile ghaib tock napok bate hidong doh
Bilo maso ambo lalu ikuk wokah tepak mulo
Hati sayu sedih pilu teringak ko kesoh hok dulu-dulu
Kalu bulih putar maso
Nok jupo semula serupo mulo duk dikir raghallik tok ingak gapo
Lupo sedih lupo semoo
Maso tu thock ingak maso kito jadi tuo
Bawok diri bawok keluargo
Saing hok mulo tingga semoo
Hati ambo bertepik teringak ko demo-demo
Pah kemano habih tok denga kaba berito
Hile lenyak mace nyo tele ko gerredoo
Mung saing mitok maah sebanyok maso
Kalu kito takdir tock jupo pah sokmoo
Doa ambo segenap maso takdir Allah jupo lah kito
Bertanyo kaba ghoyat bari biar bulih tengok sediri
Muko saing berseri-seri
Pengubat rindu pelenyap sepi
Ambo menanti sekian hari

Maran prapu
Ogt Kerteh
11 dec 2010.

Wednesday, December 8, 2010

semut and me- minat dan kegilaan Ambo


Ambo dan semuk minat banyak perkara.
1. Membaca semua jenis buku,majalah,artikel dan makalah.
2.Masa lapang minat:
  1.mengail
  2. tanam pokok
 3. menulis.
3.Tanaman Bonsai
4.Kumpul Batu dan permata
5.Melihat keindahan Alamsemulajadi
6.Menulis sajak peribadi
7.Berfikir tentang kehidupan kini dan masa lalu.

ambo dan semuk- minat nggail

DiSatu Petang Yang Damai Di Sungai Kerteh Bersama Anak-Anak Ambo.
Abe Long di Sungai Kerteh
Menggail atau merembat atau Memancing adalah aktviti masa lapang bersama anak2 semasa waktu santai Ambo.

Masa Bersama anak memancing di Sungai Kerteh.
Ambo menjadikan aktiviti memancing dengan anak-anak sebagai hobi di masa senggang dan waktu lapang.

tunggu ikan makan umpan  macam tunggu buah yang tak nak gugur...
PS: Anak Ambo adalah Segala-gala nya.

Tuesday, November 30, 2010

semut dan ambo

Ambo Dan Dio
Peristiwa Bersejarah Dalam Hidup Ambo ,Salin kulit  dan bulih Anok.

06091995

Zame lobey ,laghro ,berderat koksir, bersaing ,jale ikut turun tok kenal maso ,balik denge dok samo banyok, sampai maso ado tarikh penamak dio...telajak perahu boleh diundur talajak orang balik kepangkal jalan semula.
Bilo lepah tarih keramat 691995.Ambo sah di ijabkabulkan pado male Ithnin pukol 0915 Hrs di Jale Gajoh Mati.Dengan disaksikan oleh 4 saksi dan wakil wali Tok Imen.
maskhawin $3000 denge hantaran attah par Lepah di perdengarkan Taklik Ambo sah jadi Tok Laki orang doh.weh...
Tanggungan sediri atah batu jemalo patik , kalu takut pado tanggung jawab tok soh jadi orang laki jadi pondan abih cerito. Ambo khawin kerana nok ado zuriat sediri dan nok jaddi ore doh ..
Kepado saing rodong, mok Ayoh adik kakok ambo keno bawok diri dulu hok lamo hok baru tochk Ambo lupo .Semoo dok Ado dale kenange dan ingate Ambo semo-semo.

 1996- Duyong
Mulo nyewo rumoh  di Taman Kurnia Jaya ,pengkalan Chepa dae dale 2 tahun dan dapat Anok Sulong Lelaki lahir di Pusat Rawatan AnNisa tepi pejabat Pos Koghto Bhaghru. Khalid putera sulong.

1997- Dulang
Beli rumoh sediri di Taman Mesra Pt 600 Pengkalan Chepa dok sanoo bulih 3 lagii anok lelaki jogok'
Fadzli no 2 branok di HUSM Kk dok dale ICU dale 2 minggu maso Ambo dok Dulang 1998 .Hok ni Ambo dok sambut sediri lepah 13 hari baru Ambo balik dari laut.

1999-Bekok C

Bulih Anok ketigo Lelaki jugok Hilman, lahir di Pusat Rawatan AnNisa KB.

2004- Bekok C


Bulih lagi sore Anok lelaki jugokkk Najiy Izdihar branok di Pusat Rawatan AnNisa KB.Peristiwa berlaku sehari selepas kelahiran Najiy adalah kemalangan yang hampir meragut nyawa Nik Wan ipar yang sulong beloh isteri. Dio keno renjatan arus letrik voltan tinggi maso buat servicing di Dabong, High Voltage Transmission Line masuk KBMC dale 2 bule setengoh .Alhamdullilah recover hanya tiggal parut yang .berbekas.Pindoh mari dok Kemamen umoe dio 8 bule, dari Pengkalan Chepa gi ko Kg Fikri ,Geliga .Ambo tukar di Ksb sebagai MSG

2005 KsB

2006
 Pindah lagi ke Kg Bharu ,Kerteh kerana bertukar kerja di OGT pulok.

2007
ARwah Ayoh Pok Soh Pok Long pulang ke rahmatullah .dua hari lepah rayo poso.disipan di Kubur Tok Kenali. Semoga Rohnya di cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 mukmin yang soleh. Amiin
Peristiwa lagi 2hari selepas kematian Ayah ,sorang2nya kakak perempuan(KakSapiah @ Kak Yam) pergi menurut ayah pulang ke Rahmatullah dikebumikan di PerkuburanKg  Paya di Demit. Dalam masa seminggu Ambo dan ahli keluarga kehilangan orang tersayang 2 0rang berturut2.

2008 OGT


Last Boy check in ,di Hospital Kemaman ,Bako terengganu Gatti Ayoh dio .Ambo lahir  Besut dan dio lahir diKemaman ore kato Ambo bukko Negeri dio Nutup Negeri ..Kalu mari dari Kelatte lah,Mulo2 tepoh Besut dulu ngelah dene Kemame .
Cukup doh  bakalih  buleh Laki blakko nih..Hok puae pade tengguk Anok Sedaro ..jah tak dok rezeki bahagie Anok puae.
Jual Rumoh di Pc dan upgrade beli Kondo di Pelangi Kondominiun Jalan Post office Lamo, Padang Kelumpang atau Padang Bank Atau Padang Merdeka ,kot Bharu.Buat maso looni tok duduk sepenuh dan buat sewa harian ,Hok mano nok sewo buleh lah talipon ko Ambo dan semuk di talian mudoh angkat 019-9264979, Untuk sebarang pertanyaan dan booking...

2010

Abang paling sulong kembali ke Rahmatullah, abang Satar meninggalkan 4 anak lelaki dan 2 anak perempuan kembar.Mereka semua dah berumah tangga kecuali yang bongsu Ptn Kelantan (Ado) Chek Mat.Arah sikebumikan  perkuburan di Langgar Kota Bharu.



Ps: Sedar tok sedar Ambo doh jadi ore tuo  ko 5 putero .The warrior in the making...Islam Agamaku dan Alquran adalah kitab ku...Nabi Muhammad  adalah Nabi ku..

Ambo dan semuk.

Monday, November 29, 2010

semut dan ambo

TC di Kuantan 1993.

Penceritaan Ambo Maso Tengoh Laghro @ Daroh Mudo.

1991-2004 Kubang Kerian.

Pasal Moto


Setelah keluar dari rumah kali pertama pada 1983 dalam tempoh itu Ambo jarang 2 tinggal di KK untuk tempoh yang lama.Adolah dale tempoh lebih kurang 9 tahun make maso remaja Ambo. Setelah mendapat kerja di offshore .Masa dua minggu ambo balik ke KK tinggal bersama Mek dan Arwah Ayah semula.
Kerja dah ada hidup semakin senang sedikit dari dulu , Dah jadi perangai manusia , bila agak selesa mula banyak lah aktiviti dan planning , saing makin ramai dan mula tak lekat nok duduk ...
Dalam tempoh inilah banyak pengalaman pahit manis dalan berkawan dan perjalanan semakin luas dan jauh.
Kawan kappong ramai dan kawan tempat kerja pun banyok jugok.
Mulo2 pakai muto Yamaha Sport 100 s dok puah hati beli pulok Kawasaki Kips 150 cc baru buleh gi derat jauh lagi.
Pesen Ambo jenih suko cubo bedo  baru,hok dok pernoh buat lagi .Pengalame Ambo gi Rumoh Abe Hadi di Bukit Payong denge muto cup Yamaha 100. Ambo try doh dari KK sapa ke Bukit Payong Terengganu. Sapa kerang tange2 buat pege ko endal muto, punggong tok soh dok tanyo lah serebang abih kaki2 nok bulih sapa sano. Turun pagi di rumah KK sapa dok sapa lepah ore bang isyak.Berapa puluh kali bereti dan berehat tok dae nok kiro. Sapa Rumoh dia Abe Ambo tanyo Weh mung marghi denge muto nih, bakpo dok naik bas ? Ambo dok jawab tapi senggeh yah...

Maso pakai moto Kawasaki pulok  Ambo raung pata timor dan paling jauh gi sapa Bandar Naro(Narathiwat) alik Siam. Ambo bawok saing Ambo Kapok Api (nama di FB). Masuk kok Alik Bandar Golok raund terus sapai Bandar Narathiwat .
TP5103
Kenange bersama Aq-uddin atah moto di Kg Pulong 
Tragedi Di Kg Telaga , Kuala Berang
: Masa paka Moto ning pernah berlanggar di Kg Telaga dekat Kuala Berang masa nok gi ke Terengganu berseorangan , mengelak dari Trailer mapuh parking tengoh2 jalan .Ambo tercampak jatuh dalam pokok Mengkuang tepijalan ,Pada pagi Hari Jumaat . Perjalanan Dari Kb- Kt.kerana  gugup terus keluarkan Gudang Garam Hitan dan cucuh selaluh ,tangan dan badan tengah duk luko berlecher2. Penduduk kampung hantar gi ke pusat kesihatan Kuala Berang untuk Rawatan. Tq Kg Telaga yag baik

.Minat Dengar Laggu maso Tenggoh dok Jiwo dengan bekas tunang Zerizan .(1992-1994)

 Masa nih lah nyo mari minak ko dengar lagu2 dale kasset  dan Cd.Mace2 jenih lagu Ambo beli wat dengar sedar tok sedar doh penuh dale 3-4 kotok carton bersaiz sederhana kalu bilang 2ado dale 300 keping lebih weh...
Dari Rock, Heavy Metal , Pop and Dence, Techno Dence, Raggea, Malayu Pop ,Melayu Asli ,Dikir Barat, English Classic.Instrumental music dan macam2 ado  .Layan maso jiwo dan belom tido malam.
Set Hi Fi Ambo beli maso tuh Cassate Deck : Panasonic.  CD dan Vcd Player : Pioneer Amplifier : Harman Kardon Equalizer : Yamaha Receiver : Nad dan Bookshelf Speaker : Mission Mark 11. Maso tuh duit tenggoh Ado ikut nok....buleh ..., bendo nok bendo jadi. Kijo Offshore dgn Carigali Keeeen.

Ps: Pengalaman banyak lagi kalu nok ghroyat ,Ambo tulih semula pulok tentang gi ronda Malaya secara single.

Saturday, November 27, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (39)

Big Family Muhamed Abdullah :Sons& Daughters, Sons in Law and Daughters in Law minus Arwah Siti Aminah Sulaiman.
Down to Memory Lane.

Ambo Nok Ghoyat Lagi kisoh Alek Mertua Ambo.


Tok Ayoh Mat asal dari Jalan Gajah Mati , Kota Bharu.

Dari Salleh dari Abdullah.(belah Jate)
Dari Abd kadir dari Hj Yaakub Dari Fatimah (belah Puae)
Fatimah Hj Yaakub Khawin dengan Abdullah Salleh dapat dua anak iaitu Tok Ayah (Muhamed Abdullah) dan Rogayah Abdullah.

Tok Mek Siti Aminah.
Arwah Sulaiman Khawin dengan Mok Nab ada dua Anak :
1.Siti Aminah binti Sulaiman (Arwah Mok Mertua)
2.Hamzah Bin Sulaiman (Adik Tok Mek di Pintu Geng)
Ada adik dari Emak  lain iaitu  Chik Moh Kubang Kerian(hok kiro jodoh Ambo dengan ore puae Ambo Roshidah Mohamed) dan Pok Su Halim di Wakaf Merah Tendung.

Mohamed Abdullah Khawin Dengan Siti Aminah Sulaiman Ada 10 anak.
1.Azizah Mohamed. + Nik Wan
2.Kamaruddin Mohamed.+ Mek Tie
3.Hasnah mohamed.+ Wan Nor Adib Wan Salleh.
4..Rusli Mohamed.+ Mek Su
5. Azlan mohamed.+ Chik Na
6. Roshidah Mohamed.+ Ambo
7.Zulkifli Mohamed.+ Zuzilawati Zainal Abidin
8.Azura Mohamed.+ Khairul Hisham Hasan
9. Rohaizat Mohamed.+ Lisa
10. Amy Rohaiza  Mohamed.+ Pok Jam

Inilah secara ringkas nya pewaris belah Tok Tua Ambo Mohamed Abdullah.


PS: Ambo khawin pada 09 Nov 1985 .Pada pukul 2100Hrs malam Isnin.

Friday, November 26, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (36)

CPP- Duyong B Platform pandangan dari Gas Compressor Module.
Duyong Field 1993-1997. Radio Sailor Address : Charlie PaPa PaPa...
Gas Platform.
Setelah bertugas di FSO selama lebih kurang 2 tahun Ambo dan Azman di hantar bertugas di Pelantar Duyong pada tahun 1993. Pelantar ini adalah platform Petronas Carigali yang pertama di majukan di Laut Cina Selatan milik penuh Petronas.Platform Duyong adalah Sebuah  komplek pengeluaran (central processing  platform) bagi medan gas yang membekalkan gas asli ke Ogt di Kerteh melalui Sotong Collector Platform. Gas asli di salurkan melalui pipeline di dasar laut ke terminal gas. Gas itu di meter (sukat) sebelum dijual kepada PGB(Petronas Gas Berhad) dan kemudian diproses untuk penguraian C1 ,C2 C3 dan C4 kemudian ia disalurkan ke seluruh Semenanjung Malaysia ,Singapura dan naik keutara sampai ke Kedah.Penyaluran ini dibawah PGU (Peninsular Gas Utilization).Segamat Penting dalam pemetaan penyaluran gas di Malaysia. Sebagai tempat pembahagian penyaluran gas keutara dan keselatan dari pipiline dari Kerteh.
 Ambo bertugas di remote platform termasuk Sotong Collector (Rccp) kira -kira setengah jam penerbangan dari Duyong B (mother platform). Hasil sampingan dari pengeluaran Gas ialah cecair Condensate.
Bertugas di sini selama 5 tahun lebih kurang Ambo bertukar lagi ke Pelantar Dulang.

Kawan baik Ambo Arwah  Bunyamin Sulaiman (meninggal akibat kemalangan kereta di Kg Labuhan Kerteh 2007) turut  bertukar kesana.

Ambo dan Arwah pernah round satu Malaya dengan Kereta pertama milik Ambo Charade Aura 1.0 DR6867.
Azman sudah resign pada tahun 1996.

Dulang B Platform (1997-2001)

DL-B
Ambo bertugas di Dulang -Oil Platform.
Intregrated Central Processing Platform. bagi pengeluaran Minyak Mentah.Platfom ini menghasilkan Waxy Crude.(Minyak mentah yang mempunyai sifat berlilin)
.Kembali semula ke Lapangan Minyak Dulang setelah berbakti di Duyong selama lebih kurang 5 tahun.Pelantar Dulang memakan masa kurang dari satu jam penerbangan dari Lapangan Terbang Kerteh.Kenangan indah di sini Ambo mulai mengilai aktiviti memancing. Woi.. banyok sungguh ikan di sekitar laut ini weh... dari mencuba terus menjadikan ia hobi.Aktuviti ini Ambo teruskan sehingga kini. Pengalaman lain disini yang Ambo dapat ialah pengendalian Water Injection Module,Gas injection dan Gas Lift operation, berkesempatan belajar tentang WireLine operation,Well Work over dan Well Cleaning dan banyak lagi teknologi industri Petroleum. Drilling Rig seperti Teknik Berkat pernah mengadakan operasi Well WorkOver di Dulang B,A,D dan C.





Bekok C 2002-2004
Gas and Oil Producing Platform.
Dipindah lagi ke lapangan minyak PM-9 .Take over dari Esso inc. Ambo di tugaskan ke Bekok C.Ambo disana selama 2 tahun setengah dan sedar tak sedar dah lebih dari 15  tahun Ambo menjadi Manusia Amfibia.Ambo mengambil keputusan untuk beralih angin ke pula berkerja di darat.Anok dah ada 4 orang ,Weeh bilo.. cepat sungguh production... Anak  makin membesar dan perlu perhatian lebih, dunia makin mencabar kehidupan kini tidak sama seperti zaman Ambo lalui semasa kanak-kanak dahulu di Kg Pulong.
Ambo ditukarkan ke Kemaman Supply Base sebagai Material Support Group pula di sana.

Kenangan Bekok C 2002-2004



PS:  Kg Geliga Darat dan Pantai Chendor dalam Kenangan....tinggal di sana selama 1 tahun saja.

Kemaman Supply Base 2004.
Carigali Ware House to cater offshore and onshore materials support.

Ambo bertukar ke darat pada bulan March 2004 dan lapor diri di KSB bersama rakan Hamid Zakaria.
Bertugas tak sampai setahun disitu peluang datang lagi Ambo kembali ke bahagian Peninsular Malaysia Operation (PMO)semula dengan bertukar lagi ke OGT.


Kerteh Onshore  Control  Centre(KOCC)


Onshore Gas Terminal - Kerteh. 2005- 2999.... kalu tak pencen dan operasi ada lagi..Haaa.
Gas Terminal to meter gas sales to Gpp and processing plant on shore.

Ambo dan Semuk
OGT Kerteh.
0700 Hrs.

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (35)

Dulang B Dalam kenangan 1997-2002

Perjalanan Masa
Pengalaman sepanjang 20 tahun (1990- 2010).

Dua Dekat masa berlalu pantas meninggalkan Ambo dari  zaman remaja ke alam dewasa dan mrnghampiri kepada persaraan .
Dua puluh tahun yang penuh kenangan,kisah suka dan duka, pengalaman manis,pahit getir pejuangan dalam mengetuai keluarga sendiri dan membesarkan anak-anak. Huh... masa terlalu pantas .

!990-1991
Perjalanan Ambo ceritakan kali ini adalah Pengalaman di awal karier Ambo sebagai salah seorang pekerja syarikat multinasional Petronas.Ambo diterima masuk kedalam organisasi terbesar dan terkukuh di Malaysia bermula dari pelatih di Institute Of Petroleum Nasianal Berhad (Petronas) di Batu Rakit,Kuala Terengganu.-Instep.
Kemudian selepas berjaya selama setahun di INSTEP ,kumpulan Ambo seramai 32 orang di hantar menjalani latihan sambil kerja di lokasi terpilih .Ambo dihantar ke Platform Bekok A pada masa itu masih lagi dibawah kendalian EPMI Inc.Buat pertama kali Ambo menjadi warga pelaut (Offshore man).



Lapangan Terbang Kertih



Ambo pertama kali merasai menaiki helikopter (Choper)dalam  hidup pada tahun 1991 dan perjalanan dari Lapangan Terbang Kerteh ke Bekok A mengambil masa selama lebih kurang 1jam 30 mimit penerbangan.
Setelah berada di pelantar Bekok A selama 6 bulan ,Ambo dan Azman Amran terpilih untuk memeruskan latihan ke Miri Sarawak di Miri Crude Oli Terminal di  Lutong, Kuala Baram.Ambo pertama kali  dapat pengalaman maaklum lah Ambo orang kampung.Gembira sangat dapat menaiki kapal terbang untuk ke Miri. Bermula dari Subang ke Kucing melalui Senai dan sampai ke Lapangan Terbang Miri.Semasa di Miri Ambo sempat melawat telaga minyak pertama di Malaysia iaitu Grand Old Lady.Telaga minyak pertama di Malaysia
di carigali oleh SHELL pada tahun1910.Bermulalah sejarah industri petroleum di Malaysia.
Petronas ditubuhkan pada tahun 1974.
Ambo dan Azman menginap di Piasau Inn dan  semasa berada disana.Ambo sempat juga melawat Lambir Warter Fall dan sebuah perkampungan Melayu dihulu sungai Marudi.Bangunan tertinggi di bandar Miri pada waktu itu yang Ambo lihat  ialah Wisma Pelita.Ambo sempat juga mengunjungi pekan sehari disana meninjau suasana  orang tempatan keluar untuk berniaga.
Ambo dan  Azman  Amran.Ambo merasai kehidupan di Sarawak selama lebih kurang 2 bulan sahaja. Semasa Ambo berada di Miri berita yang tidak mungkin Ambo lupa adalah tentang kejatuhan Kerajaan BN di Kelantan ketangan PAS dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Platform Bekok A Dalam Kenangan-1991.Platform pertama yang membuka kisah kehidupan Ambo di offshore.
Individu dari ESSO personal yang Ambo masih ingat namanya ialah Arwah Kamaruzamam(berlanggar motor kuasa tinggi),Mr Lai Kee Ming (Supv),Abraham Zen (Plat. Supt) P Ramli .Che Wan Ros dan Sabri(Tech)POk Yusof Air Lanas (Chef)
Selepas kembali dari Miri Ambo dan Azman dihantar lagi ke Singapura untuk belayar dengan kapal pengangkut minyak mentah ( Tanker ship) Pernas Duyung.Ambo buat pertama kali menjejaki kaki di Singapura daan masih lagi ingat masa check in di Marina Seafarer Club. Ambo terlalu darat orang kata...
Perlayaran pertama Ambo (maiden voyage) dari pelabuhan Jurong ke perairan Kerteh Terengganu menganbil masa selama lebih kurang 18 jam pelayaran.Kapal tangki  berlabuh di Kertih boyage mooring dan kerja2 pemindahan minyak mentah dari TCOT(Terengganu Crude Oil Terminal) melalui SBM(single boyage Mooring )
ke kapal berlangsung selama beberapa jam lamanya.Kemudiab kembali belayar ke Port Dickson ,Negeri Sembilan   menghantar pukal  ke Shell Refinary Port Dickson.Pelayaran Ambo dengan kapal Pernas Duyong sebanyak dua kali pelayaran sahaja.Package kedua pula dari TCOT ke Penapisan Minyak ESSO di salah sebuah pulau kecil di Singapura.

Rakan lain semasa di Miri adalah Manap Abd Rahman (Melaka)- pencen pada tahun 2009.
Azman B Amran resign Petronas pada tahun awal 1996.
Ambo masih lagi setia  dengan Petronas sehingga penceritaan ini di tulis.

Grand Old lady di Kuala Baram
Ps: 1991 adalah pembuka mata Ambo ke dunia yang lebih jauh walaupu tidak lah sejauh mana pung !
Ambo menulis semasa bertugas malam di Onshore Gas Terminal Kerteh (OGT)
 0300 pagi  @ 26 Nov 2010.


Era Pekerjaan
1991 -1993  Floating Storage Offshore(FSO) di Dulang Field.
FSo- Puteri Dulang Dalam Kenangan
Ambo mula bekerja pada 01 June 1991 bermula di FSO( Floating Storage Offshore) bersama rakan Ambo saudara Azman Amran. Mendapat gaji pertama dalam Petronas pada bulan September 1991.Confirm Ambo sebagai Warga Petronas...Floating Storage mendapat bekalan minyak mentah dari Dulang B sebelum dijual kepada kapal tangki minyak mentah melalui proses Tandem Mooring Offloading.


PS:Bermula episod penghidupan amfibia Ambo 2 minggu di Laut Cina Selatan(Laut) dan 2 minggu di Kota Bharu.(Darat).
 Captain Gargiolo (Nino).Italian dan seorang lagi Captain Olsen (Denmark) sebagai Master di Fso.
 Mr  George dari England sebagai Chef Mate adalah foreigner expatriate semasa Ambo dan Semuk di sana.

Tuesday, November 23, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (33)

isteri tercinta
Penceritaan Tentang Kisah Ambo dan Semuk

Sebagai insan biasa perasaan ingin mencintai dan disayangi sudah menjadi lumrah bagi manusia..Pengkisahan cinta manusia yang hebat menjadi lagenda didalam kehidupan masyarakat didunia yang mungkin dikisahkan secara bertulis dan pencerita dari generasi ke generasi.Contoh kisah percintaan hebat karangan Williams Shakespear - Romeo and Juliet,Bagi masyarakat timur tengah Laila dan Majnun,bagi masyarakat melayu seperti Uda dan Dara.Paling terkenal sekali kasihnya Shah Jahan kepada Mumtaz Jahan dengan terbinanya sebuah monument 7 benda ajaib dunia sebagai ingatan kasih baginda terhadap permaisuri tercinta iaitu Taj Mahal di India.
Pengajaran dan pengalaman dalam hidup memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita..Kisah Ambo dan Semuk tidak lah sehebat kisah2 lagenda tersebut.Kerana percintaan dan kasihsayang adalah sebahagian dari perjalanan hidup Ambo ia tetap menjadi kenangan peribadi yang amat berharga.
Ambo sebenarnya telah menklasifikasikan wanita atau perempuan adalah agenda yang ke-169 dalam dairi kehidupan semasa remaja.Pada zaman remaja Ambo tak pernah mengenal Apa Ada Pada Cinta,menjalani kehidupan seharian dengan aktiviti yang jarang melibatkan perempuan.Orang Kelantan kata Tock Bereghi Gewe...Ambo pun bukan jenis playboy atau Mat Romeo.
Tetapi dalam tidak melibatkan diri dengan wanita atau ore tinno ,perasaan jatuh cinta pada pandangan pertama berlaku semasa Ambo berumur dalam lingkungan 22 tahun .Entah macam mana satu hari itu semasa Ambo sedang melepak (hanging around) di atas wokah ,tempat berkumpul semasa remaja pada waktu santai.
Mata Ambo terpandang seorang gadis yang masih dalam berpakaian sekolah (menengah laa) ,Weh Comel Nyoo Budok Tinoo Ning Hati Ambo automatik bergetar dan berdenyut kencang bilo sidia berpaling ke arah Ambo. Hati Ambo berkenan sungguh ke dio kerana ada Something Special About Her.Pertemuan itu berlalu begitu sahaja sehingga beberapa lama ,Dia dengan kisah nya Ambo dengan kisah Ambo.
Ambo mula berkerja pada umur awal 24 tahun.  Kisah ini di imbau kembali.Sidia masa itu masih dibangku persekolahan Sweet 17 lahhh...Sidialah yang paling cantik dalam dunia bagi Ambo.
Dalam tempoh berselang itu Ambo adalah bersua muka dengan gadis idaman Ambo itu masa itu masih lagi sebagai Secret Admire Ambo.Pengubat rinduuu katakan,kerana Ambo sering jugak pergi kerumahnya kerana rumah sidia pada kebetulan sebuah kedai kopi.Sambil menyelam sambil minum Air...tapi Ambo
Sambil minum Air sambil menyelam perasaan cinta..Hee
Nok jadi ko kisoh pada satu hari yang entah dari mana ilham dan keberanian timbul dalam diri Ambo .Ambo memberitahu Emak sidia yang Ambo berkenan benar dengan anak gadis beliau,orang kata ooght senapah .
Sidia masih tidak tahu menahu lagi ,entah kan sudi entahkan tidak atau Ambo bertepuk sebelah tange saja,bagi Ambo itu risiko kemudian ...
Selepas itu Ambo dan Sidia boleh dikatakan rapat dan sering bertemu dan Ambo hanyut dalam alam yang begitu indah dan syadu,Sidia melayan Ambo dengan baik. Emak dan Ayah beliau juga orang yang baik yang pernah Ambo kenali.Perpatah Melayu pernah bermadah Langit tidak selalu cerah dan mendung tidak semestinya hujan.Percintaan Ambo pada pandang pertama putus ditengah jalan setelah Sidia berhijrah ke kota untuk menuntut ilmu disalah satu universiti di Kuala Lumpur.Rupanya Hujan ditengah hari.
Mungkin benar Pipit sama pipit biar Enggang sama Enggang. Perhubungan kami putus dan impian cinta pertama tidak kesampaian jua.Pengalaman ini adalah sebagai pengajaran dan pedoman dalam hidup Ambo.Ambo nekad tidak akan mencari cinta lagi cukup lah yang pertama dan terakhir.Ambo kembali single, sehingga lah Ayah dan Mok ambo jadi kalut dan sering menjodoh kan pilihan mereka kepada Ambo ,tapi hati Ambo tertutup untuk bercinta buat masa itu.Sehinggalah Ambo sampai seru pada umur 28tahun. Ambo dijodohkan dengan isteri Ambo sekarang ,bercinta selepas khawin lebih bermakna dan berbeza nikmatnya..Belum cuba belum tahuu.Perkhawinan ini biar kekal sehingga akhir hayat dan ambo dikurniakan zuriat dari isteri tercinta Roshidah Mohamed pilihan ore tuo Ambo campor Ambo pon kene jugok ke dio.
 Tarikh Perkhawinan Ambo : 06 Nov 1995 @ 2100 Hrs di Lorong  Gajah Mati KB.

PS : sidia (Zerizan) juga sudah memiliki keluarga sendiri ,semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Slm. Ambo nok mintak maaf lambat bls. Kisah awak tu sungguh menyentuh hati ambo dr apa yg awak tulis tu sbnrnya apa yg ambo faham perasaan awak masa tu sbnrnya pd ambo taklah begitu kuat. Dr ape yg awak luahkan "bercinta lps ...." tp itu adalah hak awak. Loni ambo mengakui cintailah org yg cinta pd kita. Tp itu sudah terlambat utk ambo.
Tiada perasaan dendam kepada nya kerana darinya Ambo belajar kenal erti cinta dan hati wanita,pengajaran dan pengalaman mendewasakan Ambo,

Wednesday, November 3, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (7)

                                                                        Pic: Sunset.
Perceritaan bersabambung lagi.

salsilah keluarga ambo: Sebelah Ayah.

Datuk : Sulong Bin Merah  Ali Bin Merah(tok sedara)  Mat Bin Merah(Tok sedara)
   Anak :                            Anak:                                  Anak:
1. Daud                            1. Mek Hawa                      1. Mok su limoh
2.Dollah                           2. Mek yam                         2. Pok Chik Mat.
3.Yusoff                           3. Hamid
4. Husain
5.Mek Wok
6. Mek Salamah
7. Nik Moh
8. Nik Yam
 Dari ayah ambo kami ada seramai 9 adik beradik.
1. Satar
2. Mek Sepiah
3.zainal abidin
4. Apandi
5. Abd Hadi
6. Ambo sediri
7. Yasin
8. Othman
9. Mohd Nor Kamil

Dari belah Mek ambo di Pasir Putih.
 Mek: Siti Hindun Bt Awang
Adik beradik belah mek ambo
1. Mok Su Melah.
2. Pok Mudo Fatah
3. Pak Chu Lie
4. Mok Chik Ani
5.Mok Long Kiah.


Arwah Ayah berasal dari Kubang Kerian.
Mek Ambo berasal dari Kg. Dalam Kemuting, Pasir Putih
Semutandme dilahirkan pada 1967 di Kg. Jabi, Besut.