Lambir WaterFall,Miri
Semasa berada di Miri selama 2bulan pada tahun1991 ,Ambo sempat juga menjengah beberapa tempat di daerah Miri,Ambo masih ingat lagi semasa menginap di Piasau Inn.Ambo ke Miri kerana dihantar untuk lawatan sambil belajar di Miri Crude Oil Terminal masa itu dengan Shell Sarawak.
Kesempatan semasa hari cuti Ambo dengan Manap,Azman dan rakan Juti melawat ke Lambir Water Fall,Gua Niah dan perkampungan Melayu di Ulu Sungai Marudi.
Ambo masih ingat semasa memudik ke hulu sungai menaiki feri laju ,terdapat begitu banyak sekali balak-balar yang di apungkan di dalam sungai dan di tunda ke kilang kayu.Feri tersebut mengelak di celah -celah laluan kayu balak dengan laju...
Kenange First time naik Belon ke Sarawak, Ambo meme budok kapong senggoti dok pernoh naik Belon,tengok di atah langit ragin lah maso duk lalu kuk atas kepala maso kapung dulu sebagai penanda time bersiap nok kesekolah petang semasa di Kubang Kerian dalam tahun80an dulu.Biasanya kapal terbang berangkat dari pengkalan Chepa Airport dan lalu betul-betul atas perabung rumah pada pukul 1145 pagi.Dengan penanda kapal terbang lalu setiap hari Ambo akan bersiap mandi dan prepare nok ke sekolah petang ...Jam dinding takdok..
Balik semula pasal belon Ambo naik di Subang Airport dan transit di Senai dan Kucing Airport untuk domestic exchange flight ke Miri...
Ps: Masih ingat lagi Durian Sarawak berisi merah terang dan Buah Ambangan seperti buah bacang di Mlaysia Barat ..sempat Ambo jamah semasa di Kg Melayu Kuala Marudi.
No comments:
Post a Comment