Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Puisi Koleksi Peribadi





SAJAK HANTU-HANTU di kotaraya. (AKU HANYA INGIN BERSAJAK)

Sajak ku nyanyian hanturaya
Berkumandang berdengung melungkup berpuaka
Bersajak aku pusaka budaya
Bahasa ku asing - dibandar raya
Negara ku merdeka 
Bangsaku semakin lupa syair,gurindam,langgam dan pantun 
Bangsa ku sudah lupa segala...
Dipejabat,dipasar raya, dan juga lebuh raya
Puaka masuk kampung dan balairaya
Mengusik menggangu seluruh jagat manusia
Bangsa ku semakin lupa warisan budaya
Tinggalan luput dimamah masa.
Tidak terbela...
Aaah...dunia pun makin tua
Nyanyuk dan pelupa pula.
Hampakkohong berulat bergerunyut
Dunia manusia dan hanturaya semua bawa petaka
Bangsa ku hilang warisan 
Joget,makyong,wayang kulit menora
Semuanya mati menjadi puaka.


Senjata Fakir
kerteh.terengganu
101111@0200Hrs.

Koleksi Puisi Peribadi















LUAHAN RASA

Malam bukan hiba ada jua,
Penenang harapan sentiasa ada..
jika hati terbuka.
Duhai penyair gundah,
Luruh jiwaku melayari rentetan mu.
aku rasa dihimpit pilu.
pun jua rasa bersalah...
disepanjang kita melayari bahtera.
aku bukan teman mu yang berjasa
namun wahai penyair gundah...
dikaulah nahkoda teraju yang akan sampai...
kepulau impian kekal padu,
itulah janjiku,walaupun kau tidak percaya.
kerana kaulah penyair sejati
bertaut berpegang utuh pada yang satu.
Oh Tuhanku...
Pohon ringankanlah bebanan nahkoda agungku.
berilah dia keadilan dan kesianilah dia...
deritanya sudah berlalu,
Aku jua pesalahnya...

nukilan dari isteri tercinta: 



10 Dec 2011
Jalan Gajah Mati
Kota Bharu
Kelantan

Wednesday, November 20, 2013









                                                               Saing Rodong


Dulu maso dok main atah wokah
kito tok ingak raso berpisoh
mugo maso tu dunio kito bersaing pagi petang
tok napok muko sorang raso kurang
looning bilo maso raso dok ssorang
teringak semula kisoh mulo
saing rodong tengoh gagoh
rapak senggoti serupo kuku denge isi
 maso dok rioh main aji
tok teringak lasong maso sunyi
gege gegok nok rutoh gerei-gerei
pakak hinggok pakak kobe
tok tenggok muko sari tok leh nok duduk
mugo bersaing senggoti-ngoti
siang male pagi pete huje ribok
kerano saing ambo relo tubik jengok
rokok sebate gilir putin
samo ado samo diraso,mu sikik aku sikik pakak belako
Saing Ambo hok dulu -dulu
pah kemano habih demo
hilang ghaib tok napok bate hidong doh
bilo maso ambo lalu ikuk wokah tepak mulo
hati sayu sedih pilu teringak ko kisoh hok dulu-dulu
kalu bulih putar maso
nok jupo semula seropo mulo duk dikir raghalik tok ingak gapo
lupo sedih lupo semuo
maso tu tok ingak satu maso kito jadi tuo
bawok diri bawok keluargo
saing hok mulo tinggal  semooo
hati ambo bertepik teringak ko demo-demo
pah kemano habih takdo denga berito
hile lenyak mace keno telan ko gerrdo..
mung saing ambo mitok maah sebanyok maso 
kalu kito takdir tok jupo pah sokmooo
doa ambo segenap maso takdir Allah jupo lah kito
bertanyo kaba ghoyat bari biar bulih tengok sediri
muko saing berseri-seri
pengubat rindu pelenyap sepi
Ambo menanti sekian hari.

Senjata Fakir
Ogt Kerteh
11 dec 2010. 







Kota Bharu Kota Kedamaian

Permai damai mempersona hati
Menjadi kecintaan abadi tulus dan suci
Kasih dan sayang penuh melimpah
Ketenangan di kota ini memeluk rasa
Sungai yang mengalir deras menghanyut mimpi
Menabur seluruh bakti kepada keringat petani  Yang Gigih membenih harapan yang berbunga
Sungai ini megah meluncur biduk ke kuala
Di dada perkasa mu kota tercinta
Rakyat tunduk bersujud tanda bersyukur
Penuhi sejarah yang  gemilang dan terbilang
Menghimpun seluruh ingatan dari tinta semangat pahlawan
Kota gemalai  mejadi tempat ilmuan dan ulamak pejuang
Menabur bakti  menyampaikan kalam
Berkat dan keramah terus merayap keseluruh alir darah dan nadi kami
Kecintaan kepada ilmu dan sayang kasih kepada Ulamak bistari
Kota kami kota penuh keberkatan dari masa silam
Rakyat menghirup udara yang mengalirkan semangat darah perjuangan
Membentuk peribadi dengan kasih dan sayang
Allah lindungi dan peliharalah Raja dan pemimpinan  kesayangan
Memimpin kami dan kota ini mencari redha Illahi
Kami memjunjung sepenuh hati sepenuh  kudrat dan semangat
Seluruh negeri rakyat mendapat manfaat
Kerana kota ini kota kami
Penyambung generasi ke generasi yang rela berbakti
Pertahankan kesinambungan pimpinan Ulul Amri.
Demi kota kesayangan semua ,kami rela berkorban nyawa
Sejarah akan tertulis semula membuktikan kegemilangan
Kesucian dan keagungan ISLAM kembali terjulang
Kerana Kami semua adalah penyambung warisan gemilang


Kota ini kota kedamaian
Kota kami kota persahabatan
Kota ini kota warisan
Kota kami terus gemilang...
Kerana kami semua adalah pejuang kedamaian...



Senjata Fakir
Maahad Muhammadi Kota Bharu
2 jan 2011.


Wednesday, October 30, 2013


Koleksi Sajak Peribadi.




Puisi Laut


Dibawah biru air
Sekumpulan sang duyung
Berhimpun meratapi 
Derita seorang insan


Gelora laut ada surutnya
Menghimpun seluruh warga pelaut
Didasar jurang pentas benua
Mencari kehidupan


Elang putih berpusing-pusing
Menongkah angin Empat puluh
Membawa butiran hujan
Membasahi layar merempuh gelombang
Tiga beradik
Menghimpun kematian di muka kuala


Senjata Fakir
Kerteh
27 Jan 2011
0315Hrs.


Koleksi Puisi Peribadi






Sepasang Kasut Koyak


Sepasang kasut
Yang telah koyak
terlalu  banyak jasa dan berkorban
Mengutip segenap debu ,memijak kerikil -kerikil tajam
sebuah kehidupan
mengharungi perjalanan yang jauh
meredah  denai-denai dan 
batas-batas perjuangan
menyimpan kesan yang dalam
Aku simpan di dalam rak-rak pengalaman
Didalam bilik kehidupan



Senjata Fakir
Cangkat Raja Chulan
Kuala Lumpur
9 Feb 2011. 

Monday, October 28, 2013


Puisi Koleksi Peribadi




Pewaris
Narathiwwat 1(Wilayah Nara)
Seumor  hidup Aku
Pernah  bertandang di halaman 
Teluk Bukit Di Kok Tal
Bersama Arwah Ayah dan Emak
Menziarahi ibu dan bapa saudara
Gemullah Mek Wok dan Pak Chu Husin
Setelah berpuluh tahun berlalu
Sekarang teringat kembali
Bendang Nyior 
Stesen Keretapi Sungai Padi
Mandi di Air Terjun Tok Ding
Bertapa  erat dan kuat
Persaudaraan amat rapat
Dengan keluarga di alik Barat ( Empat Wilayah)

Pewaris II

Sejarah silam terlalu kejam

Telah memisahkan  sempadan
Saudara mara kami telah hilang
perjuangan maruah dan tanah pusaka nenek moyang
Tetapi sayang  bumi kami yang malang
Menuju suram 
Perjuangan tidak pernah kesampaian
Melenyapkan sebuah kerajaan 
Pattani Darul salam.
Kami tidak akan lupa sejarah silam
Kerana kami generasi dan pewarisnya.

Senjata Fakir
Kerteh
Panalex
4 Rabiul Awal 1432H.

PS: Kepada pewaris Assyahid Tuan Guru Haji Sulong Pattani ,dia dan rakan-rakan telah ditangkap dan dibunuh dan di buang mayatnya berhampiran Pulau Tikus.Sultan Kerajaan Pattani Darusallam terakhir Sultan Abdul Kadir Kamaruddin mangkat di Kota Bharu dan Pewaris nya Putera Tengku Mahamud Mahyiddin putera sultan Pattani terakhir dan rakan seperjuangan Tuan Guru Haji Sulong .

Puisi Koleksi Peribadi.



Aku  Dan Kehidupan


Mengharungi samudera kehidupan
Kemanusiaan dan duniawi
Aku telah pun dengar
Apa yang patut
Aku dengar
Aku telah melihat
Apa yang patut
Aku lihat
telah sampai masanya kini
Aku bertafakur menghitung
Kesilapan dan kekesalan
Sungguh kerdil aku menanggung bebannya.




Senjata Fakir
Pelangi Mall Kondominium
Kota Bharu.
11 March 2011. 
Puisi Koleksi Peribadi




Ingatan Peristiwa tlah Berlalu


Ingatan – ingatan kecil
mengalun gelombang hayat
berombak beralun terdampar
Musim silih berganti
Menghimpun ingatan dan peristiwa
Pancawarna nostalgia
Dipulau ditengah lautan hari
Yang tidak pernah terdaya
Aku berenang  mengapai pantai indah itu
Memutihlah kenangan memecah buih-buih rindu
Sesekali diwaktu begini
Menitis jua air mata jernih dan sepi
Dalam ingatan yang berpilin
Sehingga esok datang menjelang



Senjata Fakir..
Kerteh
30 March 2011
@00:30 Hrs. 

Saturday, October 26, 2013


Puisi Koleksi Peribadi.


Layang-Layang Perkhawinan

Carilah buluh yang kuat jenisnya
Untuk di buat kerangka
Sebuah layang-layang perkhawinan
Raut dengan sempurna
Ukur biar tepat
Tulang belakang mesti teguh
Timbanglah bilah sayapnya
Biar seimbang
Kiri dan kanan
Berhati-hati lah semasa
Mengikat bilah menjadi kerangka
Sebuah layang-layang perkhawinan
Sempurnakanlah sebuah  layang-layang mu
engkau menampal
Sebidang kertas yang berwarna-warni
biar elok dimata
Ukirlah corak dari bunga-bunga yang kembang
Baunya biar harum
Bina teraju biar molek
Jangan biar sengget
Talinya dari benang yang teguh
Angin dipadang amat kencang
Dan biar anak-anak mu 
Menjadi si pelayarnya
Ajarlah mereka tentang
Api,Air,tanah dan angin
Supaya layang-layang perkhawinan
Dapat bertahan dalam ributhujan 
Layang-layang perkhawinan
Adalah cantuman dua jiwa
Laila dan Majnun.
Teguhlah bermain angin
Sehingga akhir hayatnya.




Senjata Fakir
Pelangi Kondominium
Jalan Post Office Lama
Kota Bharu
5 Rabiul Akhir 1432H.


Puisi



Sajak Sempena Hari lahir 18.11.67 Dari 1 tahun sehingga aku mati nanti...

Tubuh ini

Tubuh ini dari ibuku
tubuh ini dari ayahku
tubuh ini dari nenek-nenek ku
tubuh ini dari moyang-moyang ku
warisan berzaman
mengalir darah melayu
tanah molek tanah bertuah
bercambah menjadi aku
dahan ku budi
teras ku pekerti
akar ku melayu
hasil buah ku menjadi
inilah tubuh ku

dari benih melayu
yang bajanya dari darah dan keringat pahlawan
tubuh ku yang asalnya dari tanah yang setiawan.

Koleksi sajak ini Aku tujukan kepada diri sendiri.

Senjata Fakir
kg pulong
kk.



Puisi Senjata Fakir....



Angin merdeka


dibawah rimbunan suatu taman
menghirup bayu angin merdeka
iramanya berlagu hangat
bumi ini nan bertuah
aku anak-anak merdeka  
sememangnya  ku bebas

tapi kenapa minda dan jiwa masih diberkas
dibawah rimbunan taman ini
ku dengar siulan angin yang tetap merdeka.



Senjata Fakir
pelangi kondominium
18 nov 2010.