Ambo Menulis bukan Kerana Nama Dan Semuk menjadi inspirasi Ambo Kerana Sifatnya Yang Hampir Sama dengan manusia.Berkomunikasi,Berkelompok,Gigih,Rajin,Kuat Bekerja ,Bergotong-royong,Taat dan Cakna pada Komuniti Nya.Marilah teladani sifat kaum Semuk.Kita semua ada memiliki Ciri-ciri yang mulia ini.Kita dan Semuk adalah Hamba NYA.
Showing posts with label Flora. Show all posts
Showing posts with label Flora. Show all posts
Saturday, December 25, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (69)
Penceritaan Lagi Dari Ambo dan Semuk
Pencinta Bunga-bungaan.
Minat dengan bunga kerana menghargai keindahan alam dan tumbuhan semenjak dari alam persekolahan lagi.
Ambo semasa dalam tingkatan 1-3 semasa di sekolah Aneka(sek. menengah) dulu pernah memiliki taman mini yang di tanam sendiri dilaman rumah semasa di kampung.Bunga yang Ambo ingat yang di tanam adalah bunga daisy,bunga matahari,bunga jepun ,pokok setawar,lidaah jin dan pokok lidah buaya dan pelbagai pokok yang berbunga dengan pelbagai warna,pokok bunga ini Ambo jaga dan siram setiap sebelum ke sekolah pada waktu petang.
Arwah Ayah juga suka menanam pokok di sekitar halaman rumah pada ketika itu pokok yang dia tanam seperti pokok Podi,Bunga Raya,Bunga Melur,Bunga Raya ,bunga kertas dan bunga cempaka.Arwah Ayah amat perihatin dengan kebersihan kawasan sekitar rumah dan laman.Boleh dikatakan saban hujung minggu dan selepas pulang dari kerja Arwah ayah akan mencuci membuang rumput rampai,sampah di disekitar rumah.Pada masa itu laman rumah kami sentiasa di jaga oleh Arwah Ayah.
Arwah Ayah amat suka pada laman yang bersih dan kemas tiada sampah sarap bertaburan ,dia sendiri akan menyapu di laman jika hari hujung minggu sebelum ke kedai kopi kegemaran beliau di pekan Kubang Kerian.
Dia juga mengadakan peparitan di sekeliling rumah dan sentiasa membersihkan parit dari sampah dan rumpai yang tumbuh sehingga di bawah rumah pun beliau ambil chakna dengan membersihkan kawasan itu dari sampah-sampah sarap.Kerana dahulu kami rumah kampung yang bertiang tinggi jadi di kawasan bawah rumah tempat sampah berkumpul.
Ambo masih ingat dengan jelas Awrah Ayah suka membakar sampah sarap di tempat khas pembakaran sampah di belakang rumah pada waktu hampir maghrib dan sebelum mandi .Beliau sangat perihatin dengan kesihatan dan kebersihan didalam dan luar rumah.
Ps: Arwah Ayah sangat suka memberi kata-kata nasihat dan pandangan mengenai kepentingan kebersihan dan lama yang kemas dan menarik.
Monday, December 20, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (60)
Penceritaan kali ini: Ambo dan semut bercerita tentang Kulat atau Cendawan
Masa di kampung dahulu kulat yang boleh dimakan dan amat popular adalah kulat sisir,kulat pusu dan kulat telinga kera.Kulat lain yang boleh di makan seperti kulat susu harimau,kulat padang dan kulat butang.
Kulat atau cendawan adalah sejenis tumbuhan yang hidup dari pendebungaan sporanya
Kulat ini pada kebiasaan tumbuh di atas batang pokok mati atau reput di pinggir kampung.
Kulat Pusu
Kulat pusu biasanya tumbuh di atas busut atau pusu kebiasaanya pada musim lembab iaitu pada bulan banjir atau selepas banjir .Kulat ini akan tumbuh di atas pusu yang sama pada setiap tahun.kebiaaan nya kulat ini hadir hanya sekali dalam setahun.tempat yang tumbuh itu kadangkala unsangkerreble pula.Kulat ini sedap jikalau di gulai lemak cili padi atau di goreng ....jangan terkejut dengan bentukkulat ini juga mengancam...pandangan kaum hawa...
Kulat Sisir@Cendawan Kukur
Kulat Sisir biasanya tumbuh dengan banyak dan sepanjang masa di atas batang pokok yang tumbang dan mereput.Kulat ini saiz nya kecil sahaja tetapi jumlahnya tumbuh dengan amat banyak sekali di batan-batang pokok getar tumbang dan mereput.pada kebiasaanya Emak Ambo dan Ambo selalu kutip kulat ini semasa menunggu susu gerat memenuhi tempurung semasa menoreh dahulu waktu kanak-kanak.Ambo selalu mengikut emak pergi kekebun getah pada waktu cuti sekolah untuk menolong emak mengutip susu getah dan sekerap getah,Kulat sisir sedap di sayur lemak cili padi dan juga dibuat gorengan untuk menjadi hidangan semasa makan nasi.Di ratah sahaja pung sedap jugak..bila di goreng.Ore kelatte kata nggatoh sajo.
Kulat Susu Harimau
Kata cerita dongeng kampung Ambo kulat ini tumbuh dari susu harimau yang menitik selepas menyusu anaknya. Tapi Ambo hairan kamung Ambo dahulu mana ada harimau melintas pung...
Satu lagi kulat yang boleh dimakan ialah kulat telinga kera,kulat butang ,kulat tiram dan kulat padang.
Kulat tak boleh di makan sepetri kulat beracun dan tumbuh dari tempat yang kotor.
PS: Kulat Malam senang dijumpai masa Ambo budak-budak dahulu kebiasaan nya tumbuh di pangkal batang pokok kelapa.Kulat ini Glow In The Dark ,kerana menyimpan cahaya yang di suluh dengan lampu suluh,kulat ini boleh mengeluarkan cahaya seaakan florosent light.Sekarang ini susah sungguh nak berjumpa dengan kulat malam ini.Ia dersinar seaakan kunang-kunang di waktu malam...Kenangan di kampung dahulu semasa kanak-kanak sungguh mengasyikkan...

Wednesday, December 8, 2010
ambo dan semuk-minat pada pokok
![]() |
| Langkawi Bonsei the oldest in Malaysia. |
Seni Bonsei
Seperti yang telah diketahui seni bonsai ini bermula di negara Cina 2000 tahun dulu dan Jepun beribu tahun lampau.Perkataan Bonsai pertama kali di guna dalam Dinasti Chin yan membawa maksud pokok yang ditanam didalam dulang atau bekas yang kecil.
Bonsei sebenarnya melatih seseorang tentang kesabaran dan ketelitian dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian,disamping dapat menenangkan fikiran dengan kesenian hidup ini.
Kalau di sini terdapat banyak jenis pokok yang sesuai di jadikan pokok bonsai ,kebiasanna nya terdapat dipinggir hutan atau sekitar kawasan pantai.
Jenis-jenis yang biasa dijadikan pokok bonsai ialah pokok Beruas, pokok Jeliti,pokok Senai,pokok limau rawit,pokok churang atap ,pokok bunga kertas,pokok belongan,mentigi laut,pokok asam jawa dan pokok berbatang keras yang lain.Sebenar nya semua jenis pokok boleh di bentuk menjadi seni bonsai bergantung kepada kesungghan dan kemahuan diri peminat sendiri.Kesenian dan imaginasi boleh di luahkan keatas sebatang pokok yang masih hidup dan mampu bertahan sehingga beratus tahun jikalai penjagaan dan selenggaraselia yang betul telah di buat.
Bonsai terdapat juga dalam bentuk miniature bonsai.
Saturday, December 4, 2010
semut and me
![]() |
| pokok sarang semut. |
Pokok sarang semut adalah sejenis pokok herba yang terdapat tumbuh di Papua (Irian Barat indonesia).
Myrmecodia adalah keluarga tumbuhan sarang semut yang banyak terdapat tumbuh di Asia tenggara.Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang tumbuh menumpang di dahan dan batang pokok lain.Namun begitu ia bukanlah pokok parasit seperti pokok dedalu,pokok ini hanya menumpang sama seperti tumbuhan lumut dan algea.
![]() |
| keretan rentas batang pokok sarang semut. \ |
| Philidris : Sejenis semut yang mendiami didalam batang pokok semut |
demam dan kesakian yang ringan,pendarahan,hidung berdarah,saki jantung,tumor dan gout.Pokok ni juga kaya dengan anti-oksida baik untuk stamina dan tenaga dalaman.
![]() |
| batang pokok sarang semut |
PS: sumber tumbuhan papua.(myrmecrodia pendans - pokok semut).
Thursday, November 25, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (31)
![]() |
| Bunga Melur atau Jasmine |
Kenali Bunga-Bungaan Kampung
Rumah Melayu tidak akan lari dari tanaman bunga hiasan di sekitar halaman rumah. Bunga sudah menjadi identiti bagi rumah Melayu. Bunga yang menjadi pilihan zaman dahulu adalah bunga yang mengeluarkan wangian bila mekar dan kembang.
Bunga ini juga akan di jadikan penghias sanggul bagi kaum perempuan. Penggunaan bunga dalam majlis rasmi adalah satu kemestian dalam tradisi masyarakat Melayu.Majlis perkhawinan dan pernikahan bagi masyarakat Melayu banyak menggunakan bungaan sebagai penghias rumah dan pelamin pengantin.Bunga juga di hias di atas dulang hantaran pertunangan dan perkhawinan bagi masyarakat Melayu.
Bunga Tanjung
Warna keputihan danberaiz kecil tetapi mengeluakan bau yang harum dan kuat.Bila ia matang dan mekar akan gugur dari tangkainya. Kaum perempuan akan mengutip bunga yag gugur tadi disulam pada tali atau benang dari urat batang pokok pisang.Bunga yang dicucuk secara panjang di lilit pada sanggul untuk hiasan dan wangian bagi kaum perempuan.
![]() |
| Bunga Tanjung Dan Buahnya. |
Sejenis lagi pokok bunga yang ditanam di pinggir perigi di halaman rumah Melayu tradisi dahulu.Bunga ini juga berbau harum bila mekar dan berkembang.
![]() |
| Bunga Kenanga Cina |
Bunga Kenanga cina kebiasaannya ditanam dihadapan laman rumah.
![]() |
| Bunga Kenanga Hutan |
Bunga Cempaka.
Terdapat dua jenis bunga cempaka yang biasa dilihat ditanam di kampung.
Cempaka Putih dan sejenis lagi Cempaka Kuning.
Ada juga kedengaran Cempaka Biru.
![]() |
| Cempaka Kuning |
![]() |
| Cempaka putih |
Bunga Melur
Bunga ini amat popular sekali kerana ia senang hidup dengan penjagan yang minimum dan tumbuh sebagai bunga dilaman rumah dan ianya sentiasa mengeluarkan bunga dengan baunya harum Bunga ini juga akan dijalin pada tali dan dihias pada sanggul rambut wanita Melayu suatu ketika dahulu.
![]() |
| Bunga Melur |
Bunga yang tidak mengeluarkan bau tetapi memiliki warna yang yang menarik dan bentuk yang menarik juga di tanam sebagai penghias laman.
PS: Bunga Rampai adalah gabungan pelbagai jenis bunga dan daun yang digunakan semasa majlis perkhwinan masyarakat Melayu,ia biasa di tabur di atas pelamin pengantin.
Bunga telur adalah buahtangan bagi satu-satu majlis perkhwinan diberi kepada tetamu sebagai kenangan.
Wednesday, November 24, 2010
ambo dan semuk
![]() |
| bunga jarum putih |
Kenali Dan Sayangi Flora Di Persekitaran Anda.
![]() |
| bunga bangkai atau pakma |
Penceritaan Kali ini Adalah Tentang Alam semulajadi dan Tumbuhan.Jika kita tidak memulakan proses pemuliharaan tumbuhan asal (native flora) apa yang tinggal dimasa hadapan adalah sempel specimen yang terdapat dalam Arked sejarah sahaja nanti.
![]() |
| mengkudu |
Tunbuhan yang sering dijumpai disekitar kampung dahulu kini semakin pudar pengetahuan kita tentang kegunaan dan kepentingan nya.
![]() |
| bunga jarum merah |
Kesedaran terhadap kepentingan pengetahuan dan preservation keatas alam semulajadi terutama Flora adalah amat penting. Untuk kelangsungan eko sistem dunia kita denga pelindungan dan penjagaan keatas alam sekitar terutama hutan dan tumbuhan hijau, ia amat penting bagi generasi datang.
Ambo berpendapat sebagai langkah permulaan dan senang adalah dengan meningkatkan keperihatinan terhadap tumbuhan persekitaran kita berada .Anak adalah generasi hadapan yang mesti diajar dan diberi pendedahan tentang Flora dipersekitaran kita tinggal.Sebagai asas kita sediri mesti ada pengalaman dan pengetahuuan untuk mendidik mereka.
![]() |
| keladi chaknet |
Jangan kita memandang remeh dan enteng tumbuhan persekitaran kampung dan semak di sekeliling kita .tentu ada kegunaan dan kelebihan tersendiri terhadap kehidupan seharian.
![]() |
| pokok semalu atau duri kemmang |
Pokok yang sudah jarang kelihatan dan dikenali seperti tumbuhan renek seperti pokok Nappir, Pokok Tepang, Pokok Seringan,Pokok Mata Ayam , pokok seda periuk Lengkuas genting ,angrek putih, tumbuhan resam (paki-pakis) ,pokok langsuir,pokok tanduk rusa,pokok temu dan banyak lagi yang tumbuh subur disekitar kampung dahulu.
![]() |
| pokok keluduk/senduduk |
![]() |
| pokok kapal terbang |
Tumbuhan Air yang selalu kita lihat di alur parit,sungai ,pinggir sungai ,sawah dan tempat berair memberi menafaat tersendiri kepada Eco-sistem semulajadi.
Pokok yang menjadi penghuni sepanjang sungai seperti pokok sagu,mengkuang dan bemban.
Pokok Buluh ,pokok nibung dan akar rotan juga banyak tumbuh di atas tebing pinggir sungai yang berguna kepada masyatakat kampung suatu ketika dahulu daengan kepelbagaian product boleh dihasil kan dari pokok ini.
![]() |
| pokok bemban |
![]() |
| pokok menerong |
![]() |
| pokok mengkuang |
Pokok yang biasa hidup di permukaan air seperti keladi bunting,keladi senduk,teratai ,kiambang dan kangkung sungai .
![]() |
| kiambang |
![]() |
| keladi bunting atau keladi bocheh |
![]() |
| kangkung sungai |
![]() |
| teratai merah |
![]() |
| teratai putih |
![]() |
| keladi bunting |
Pokok melata yang lain seperti akar mempelas atau akar pellas,batang pokok beluru,pokok ribu,pokok lumut dan banyak lagi pokok melata yang dapat dilihat tumbuh disekitar kampung .
Artikel Dalam The Star 23 Nov 2010.Terjemahan dari pembacaan Ambo.
Tajuk: Plants In The Red.by Tan Cheng Li.
Tumbuhan yang Terancam -Hampir Pupus Di Malaysia.
Saintis Tumbuhan (Botanis) sedang memulakan pemetaan dan pengumpulan maklumat tentang kesuburan tumbuhan asal di Malaysia dan dari kajiselidik keputusannya amat mengecewakan.
![]() |
| pokok paku-pakis |
![]() |
| periuk kera |
Pokok yang telah pupus seperti Shorea kuantanensis (Ambo tok pernoh jupo /kenal/dengar specis ini) apa yang tinggal adalah beberapa helai daun kering yang lusuh dan bunga kering tersimpan didalam khazanah di Kepong Herbarium di FRIM.Tumbuhan ini telah lenyap dari segi sains dan kehidupan manusia,tumbuhan ini pernah dijumpai hanya tumbuh di Bukit Goh di Kuantan.Tumbuhan ini lenyap apabila tapak hutan simpan dibersihkan untuk laluan bagi tanaman kelapa sawit.
Tiga jenis tumbuhan di Semenanjung Malaysia dikneal pasti mengalami kepupusan ialah sejenis paku=pakis liar yang tumbuh di Bukit Larut,Perak iaitu Oreogrammitis crispatula dipercayai kali terakhir dilihat sekitar tahun 1952 .
Oreogrammits kunstleri kali terakhir boleh didapati di Gunung Ledang .Johor pada 1880.
Begonia eromischa hilang lenyap dari bumi Penang apabila tapak hutan ditukar menjadi ladang pertanian.
Data tumbuhan botani di Semenanjung Malaysia memiliki sejarah bermula dari 1880 yang telah telah didokumentasikan tetapi tidak di perbaharui datanya.
Penkaji mendapati pengurangan dan terhadnya sumber ini adalah disebabkan oleh kehilangan habitat asal punca ancaman terbesar.Jika habitat asal tumbuhan ini hlang kemungkinan specis terancam ini akan terus pupus dan lenyap .
Malaysia mempunyai sebanyak 15000 spesis tumbuhan asal dimana Semenanjung Malaysia memiliki sebanyak 8300 jenis dan Sabah dan Sarawak sebanyak 12000 jenis specis tumbuhan asal.
Jumpaan yang meranjatkan pengkaji semulajadi dan botani seperti Merawan Kanching(Hopea subalata) hanya tumbuh di Hutan simpan Kanching Selangor.
Keruing Layang(Dipterocarpus sarawakensis) sedang diancam kepupusan kritkal di Semenanjung dijumpai masih terdapat di Hutan simpan Jerangau,Terengganu.
Keruing Padi (Dipterocarpus semivestitus) spesis jenis ini hanya didapati tumbuh di tengah Kalimantan dan Perak sahaja.
Rancangan Perlindungan.
Satu akta undang2 pelindungan terhadap pokok terancam mesti digubal untuk melindungi specis ini dari di tebang atau di ambil dari tapak asalnya.Buat masa sekarang tiada akta lindungan terhadap pokok hampir pupus di negara kita kecuali Akta Hutan Simpan Negara.- Sumber dari THe Star 23 Nov 2010.
Colum Enviroment.
PS: Artikel di tulis semasa bertugas Syif Malam di OGT( Onshore Gas Terminal)
@ 0230 pagi 24 Nov 2010.
Rakan setugas Malam Crew B : En Haqim, M Sunny, Mukminin, Syila, Linda ,Othman Burung, Hj Ismail dan Ambo.

| Refflesia Bunga 100 tahun |

Tuesday, November 16, 2010
Ambo dan Semuk
![]() |
| Terung pipit/Terung Anggur |
Penceritaan : Ulam-Ulaman Dan Flora
Ambo dan semuk adalah pencinta alam semulajadi dan peminat kepada ulam-ulaman tradisi . Dek kerana sudah biasa dengan kehidupan kampung ulam-ulaman adalah sebahagian dari sumber makanan harian.Ulam tradisi adalah satu dari sumber tumbuhan yang mudah diperolehi di sekitar kediaman, dikawasan kampung.Kesedaran tentang amalan permakanan ulam amat bagus dan baik untuk dijadikan amalan permakanan seharian.Ulaman kebiasaan nya tidak ditanam secara khusus seperti tanaman sayuran,tetapi tumbuh secara semulajadi di kawasan semak,pinggir sungai,sawah dan didalam kebun tanaman.
Kerana jarang kajian tentang khasiat dan kegunaan ulaman kampung di buat kita tidak mendapat infomasi yang tepat tentang kegunaan khusus tumbuhan liar ini.
Secara tradisi ulaman di ambil semasa memakan nasi.Pada kebiasaan ia di ambil secara mentah , rebus (chelor)dibuat kerabu,dan di buat sayur atau di campur kedalam gulai.
![]() |
| keladi moyang/kemoyang |
![]() |
| pucuk gajus |
![]() |
| pucuk putat |
Ulam boleh di ambil dari sumber pucuk muda,daun,buah, batang malahan dari sumber akarnya.Bertapa amalan permakanan tradisi Melayu dahulu sangat berkait rapat dengan sumber alam dari situ kita boleh memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitah bagi kelangsungan generasi hadapan.
Bagi Ambo dan semuk amalan permakanan ulam adalah satu cara kita boleh memupuk rasa kesedaran dan kepentingan memulihara alamsemulajadi dikalangan anak2 kita.
![]() |
| petai belalang |
![]() |
| pucuk kaduk |
Sekiranya kita tinggal dikampung bahan tumbuhan ulam lebih senang diperolehi dari sumber asal dalam habitat nya.Ulam yang boleh di perolehi dengan cara menanam dikebun atau disekitar rumah bagi mereka yang gemar berkebun.Antara yang senang di tanam seperti pokok kacang botol,pokok cekur manis,cekur,pokok kunyit,pokok timun batang,kacang panjang ,terung ,tennei pucuk ubi keledek atau stelor pucuk labu dan pokok ini senang dijaga dan menghasilkan tuai dalam masa singkat.
![]() |
| daun cekur manis |
![]() |
| jantung pisang |
![]() |
| pucuk paku |
Bahan ulaman yang boleh didapati di dalam semak atau pinggir kampung seperti rebung buluh,pucuk bekor dan buah bekkor boleh di buat kerabu.
![]() |
| rebung buluh |
![]() |
| genuak/kerdas |
![]() |
| petai |
Kebaikan mengamal pemakanan ulam sudah banyak terbukti kerana ia adalah sumber utama zat besi,vitamin dan sebagai egen penghadaman yang baik kerana serat tinggi terkandung didalam nya.
Ulaman juga boleh menambah daya tahan tubuh terhadap toksin dan ancaman penyakit lain seperti diabetis,darah tinggi,serangan jantung dan juga berkebolehan untuk awet muda, amalan baik pemakanan ulam
boleh mengurangkan pengambilan ubatan moden dan vitami tambahan dari klinik atau farmasi.
![]() |
| jering |
Melayu.Kelangsungan budaya boleh di pupuk kepada anak2 melalui gaya permakanan dirumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)