Lagi Pasal Batu permata.
Batu Cat Eye.
Batu ini di ikat bungkus ,satu-satunya batu jenis ini yang disimpan.
Akik Hati Ayam Lama
Akik ini adalah akik lama yang berwarna merah pudar ,sejenis akik hati ayam.pedal ayam yang lama tersimpan .
Akik Batu lama berwarna merah perang
Di ikat pahat mesin dan tersimpan sebegitu lama dalam koleksi Semut and me.
Batu permata Zirkon.
Baru ini di beli di Pasar Malam di Kerteh dan di ikat bungkus di kedai Emas Pohon Buluh ,Simpang Empat Kerteh semasa Semut and me tinggal di Kerteh sekitar tahun 2005-2011 dahulu.
Ambo Menulis bukan Kerana Nama Dan Semuk menjadi inspirasi Ambo Kerana Sifatnya Yang Hampir Sama dengan manusia.Berkomunikasi,Berkelompok,Gigih,Rajin,Kuat Bekerja ,Bergotong-royong,Taat dan Cakna pada Komuniti Nya.Marilah teladani sifat kaum Semuk.Kita semua ada memiliki Ciri-ciri yang mulia ini.Kita dan Semuk adalah Hamba NYA.
Showing posts with label Batu Permata. Show all posts
Showing posts with label Batu Permata. Show all posts
Tuesday, October 29, 2013
Sambung lagi Pasal Minat kumpul Batu Permata.
Batu Bukit Karangan putih
Ini sebahagian lagi koleksi dari baru bukit yang mempunyau bunga karangan di dalam nya dan kejernihan batu menimbulkan keunikan tersendiri.Batu ini di ikat bungkus dipahat mesin .
Batu Bukit Karangan Merah dan Kelabu.
Sebiji lagi batu bukit yang telah di ikat perak bungkus tangkai kendi yang telah lama tersimpan sebagai koleksi. Cincin ini amat menarik untuk di tilik dengan kanta.
Batu Bukit Jernih Ada Karangan Perang di sebelah tepi.
Batu ini masih belum di ikat lagi dan disimpan loose'.
Batu Bukit Kerteh.
Sebiji lagi batu bukit lumut hijau pekat telah di ikat cincin di pinjam kepada kawan di kemaman ,telah hilang dari simpanan beliau .Kisahnya bila beliau hendak mengambil air sembahyang beliau telah meletakkan diatad tempat ambil wuduk dan terlupa . Batu itu di beli dari seorang kawan cina di kubang kerian suatu ketika dahulu.,kata beliau batu itu berasal dari Bukit Buluh,Machang. Tiada rezeki nak buat lagu mana...
Sambungan lagi Pasal Batu Permata
Agate/akik adalah koleksi yang banyak sekali dikumpul kerana harganya murah dan senang diperolehi. Bermacam jenis akik yang disimpan samaada sudah di ikat untuk cincin dan juga masih dalam keadaan asal/loose.
Akik Kuning
Akik ini dibeli di Lorong Stesen Teksi di Kota Bharu sekitar 90an dulu dan di ikat pahat mesin.Cahayanya kuning lembut dan warna sekata. Disimpan sehingga kini.
Batu akik cempaka kuning ini juga dibeli sekitar tahun-tahun 90an dulu lagi.Diikat pahat mesin dan di simpan sehingga kini untuk koleksi.Semut and me membelinya mengikut mood dan kewangan mengizinkan.
1) Akik Yaman Kelas Murah
Akik ini di beli semasa Ekspo Perniagaan Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-iv dari peniaga Iran dari Isfahan pada tahun 2010 yang lalu.
Akik ini telah di polish semula dan di beri ikatan suasa Tukang Terengganu-Ikatan kuku Kambing./atau Jari Lipan.Menjadi Akik kesayangan Semut and me.
Agate/akik adalah koleksi yang banyak sekali dikumpul kerana harganya murah dan senang diperolehi. Bermacam jenis akik yang disimpan samaada sudah di ikat untuk cincin dan juga masih dalam keadaan asal/loose.
Akik Kuning
Akik ini dibeli di Lorong Stesen Teksi di Kota Bharu sekitar 90an dulu dan di ikat pahat mesin.Cahayanya kuning lembut dan warna sekata. Disimpan sehingga kini.
Akik Cempaka Kuning 1
Akik Cempaka Kuning 2Batu akik cempaka kuning ini juga dibeli sekitar tahun-tahun 90an dulu lagi.Diikat pahat mesin dan di simpan sehingga kini untuk koleksi.Semut and me membelinya mengikut mood dan kewangan mengizinkan.
Akik ini di beli semasa Ekspo Perniagaan Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-iv dari peniaga Iran dari Isfahan pada tahun 2010 yang lalu.
2)Akik Yaman
3)Akik YamanAkik ini telah di polish semula dan di beri ikatan suasa Tukang Terengganu-Ikatan kuku Kambing./atau Jari Lipan.Menjadi Akik kesayangan Semut and me.
Monday, October 28, 2013
Batu Permata Nilam.
Batu nilam ini sangat variasi sifat dan warnanya jadi Semut and me tidak berapa mahir untuk menilai dan kurang gemar untuk membelinya kecuali berberapa biji sahaja.
Nilam Burma ini dibeli di Ekspo perdagangan Islam di sekitar Stadium Muhammad ke-iv ,dari peniaga Indonesia dan telah dihadiahkan kepada saudara kandung sebagai ingatan.
Batu Permata Biru Air kaca ini dibeli semasa berada di Kerteh di Pasar Malam Mingguan dekat Sekolah Menengah Kerteh ,diikat di Kota Bharu dan di hadiahkan kepada seorang saudara juga, yang tinggal dengan Semut and me sebiji lagi belum di ikat ,sebagai simpanan.
Batu Biru disebelah kanan sekali itu disimpan loose"belum di bawa kekadai tukang cincin lagi,untuk diikat.
Sambung lagi pasal Batu Permata Koleksi
Batu-batan dicipta dengan serba keindahan tersendiri,Semut and me amat teruja dengan keunikan warnadan texture asli dari batuan itu.Koleksi ini semagai menghargai keindahan alam semulajadi yang unuk dan asli.
Batu akik ada logam besi
Batu akik ini di beli semasa tahun 90an lagi bersama akik naga dan tidak di bawa untuk dijadikan cincin sekadar untuk simpanan saja.

Batu Bukit
Batu bukit bebatu karang didalam ini adalah satu lagi keajiban alam yang tersendiri terdapat pada batuan asli.Apa bila di bersihkan dan dicanai terselahlah keunikan ciptaan Allah.
Batu Jarum Mas
Cincin permata jarum mas ini di beli semasa Semut and me berada di Lumut,Perak semasa pergi kerana ditugaskan untuk krusus di Kg Acheh,selama 4 bulan dalam tahun 2011.
Akik Hitam Batu dari Gua.
Batu ini di hadiahkan dari seorang sahabat tidak lama dahulu semasih lagi belum berkhawin .Asalnya batu ini sebongkah setalah di canai menghasilkan sebanyak 9 biji ,8 dari nya talah di hadiahkan semula kepada sahabat-sahabat yang tinggal hanya sebiji sahaja di ikat untuk disimpan.
Sunday, October 27, 2013
Batu Fairus
Batu Firus kebiasaannya dipakai oleh orang yang sudah berumur atau tua. Bermacam warna dan bentuk batu Firus ini kebiasaanya hijau,hitam,merah dan biru.
Batu Firus Urat Tembaga
Semut and me ada beberapa biji batu permata Firus yang tersimpan ,seperti Batu Firus Iran ini yang di beli di Kerteh semasa menetap di Terengganu 2005-2011 dahulu.Batu ini di beli di Pasar Minggu berdekatan Perumahan Rumah Murah Wan Adnan.
Batu Firus Iran
Antara batu Firus dalam koleksi saya adalah seperti berwarna biru muda,hijau muda dan merah.
Firus Hijau
Firus ini koleksi lama ikatan bungkus tangkai kendi.
Firus Biru Ikatan Tangkai kendi (Bungkus).
Saturday, October 26, 2013
Zamrud Columbia
Setahu Semut and me terdapat beberapa jenis Zamrud ada dipasaran yang menarik minat saya.Zamrud pilihan adalah Zamrud Columbia,Zambia,Russia dan kalimantan.Tepapi yang paling kuat sekali adalah Columbia.
Zamrud Columbia ini mempunyai ciri yang berbeza yang sebelah kiri warnanya agak muda dan sebelah kanan warnanya hijau terang,tentu dengan sendirinya nilaian harganya berbeza.Zamrud ini dibeli di Dataran Ilmu semasa pergi mendengar ceramah kuliah mingguan dari Tok Guru Nik Aziz pada pagi Jumaat di Jalan Dato Pati d bawah Kelab PAS.Semut and me membelinya dari penjual dari Burma(Rohinya)muslim yang banyak membawa batu permata dari Burma dan lain-lain jenis untuk di jual di situ.Harga yang kiri itu dibeli dengan Rm 400.00sahaja tapi yang sebelah kanan itu harganya lebih dari Rm3000.00.Itulah yang mampu saya bayar kepadanya untuk koleksi peribadi.

Saiz sebenar Batu Zamrud itu.
Cincin ini dibeli sebelum Hari Raya Haji 1434H.
Sambungan Lagi Tentang Batu Permata...ZAMRUD.
Cincin Zamrud Air Kaca.
Zamrud adalah permata hijau yang memikat mata,jenis kegemaran Semut and me adalah air kaca dan ada gewang didalam.Zamrud di atas dibeli dengan harga Rm 250.00 dan di ikat suasa pahat tebuk.Kejernihan dan api yang kuat memikat mata dan manis disarung pada jari.
Zamrud Air Kaca Bentuk Bulat
Zamrud ini dibeli dari seorang pesara guru di kota Bharu dengan harga Rm 1100.00 walau pun ada sedikit kecacatan pada batu ini tapi kejernihan dan warna hijaunya sekata dan ada gewang.
Zamrud Bentuk Batu Jantan
Cincin ini dibeli dari seorang yang kesuntukan wang dengan harga Rm 1000.00 pada tahun 2012 di Kota Bharu dekat Arkib MPKB. Airnya jernih dan warnanya hijau pucuk pisang.
Zamrud Bersais kecil
Batu Zamrud ini dibeli dalam tahun 90an lagi di ikat pahat jawa di Bazar MPKB airnja berkaca jernih dan tiada cacat dibahagian dalamnya. Zamrud ini dibeli semasa baru lagi bermain dengan batuan berharga,jadi tidak berani hendak membeli yang mahal harganya,

Batu Delima-Permata Burma.
Delima Burma ada Star.
Cincin ini di beli di atas parking mpkb di kb dua tahun lepas 2011 dengan harga tengah dua ribu ringgit,keunikannya batu ini ada star 6 bila BERADA DIBAWAH CAHAYA MATAHARI atau disuluh dengan lampu suluh.
Delima Cindai
Delima Burma Cindai
Cincin ini juga dibeli di kb tempat yang sama tetapi di kedai yang berbeza ,harga nya tengah tiga ribu,kelebihannya batu ini cindai serta ada star juga.

Friday, October 25, 2013
Batu Delima
Setelah mahir sedikit dalam menilai dan menentukan jenis-jenis batu permata Semut and me mula membeli batu-batu yang agak bernilai pula.Semut and me meminati batu nilam,delima dan zamrud.
Batu delima Ceylon,batu Delima Burma dan delima daging.

Delima Daging/Peigon Blood
Cincin Delima Daging ini dibeli dari seorang kawan dari Dungun semasa Semut and me sedang bertugas di Pelantar Duyung dalam tahun 1996 dahulu.
Batu Delima Daging /Air Kaca.
Batu delima ini dibeli di Kertih,semasa Semut and me bermastautin di Terengganu dalam tahun 2005-2011.Semasa itu saya bertugas di OGT.Cincin ini diikat di Kedai Emas Pokok Buluh di simpang empat bandar baru Kerteh.
Delima Burma Air Kaca
Cincin delima ikatan suasa pahat tebuk.Batu ini juga disimpan sekian lama semenjak dari tahun awal 90an lagi.
Delima Burma Air Kaca ,ada tanda tahi lalat didalam.
Lagi Pasal Batu Permata: Agate/Akik
Ada bermacam -macam kesenian dan keunikan batu akik yang semestinya tidak akan ada satu pun yang seiras atau kembar serupa,antara satu sama lain ada kelainan tersendiri.
Akik Hati ayam ini adalah dimiliki setelah membelinya dari seorang penuntut tua sebuah Pondok di Pasir tumbuh,semasa membelinya Semut and me telah beberapa kali merayu pemilik nya untuk di jual kepada saya..Orang tua tersebut bercerita batu cincin ini beliau beli semasa mudanya dengan harga Rm 2.50 sahaja.Dia sanggup menjual cincin tang dipakai sebegitu lama kepada saya dengan persetujuan harga Rm 50.00 pada suatu petang.Semu tand me membawa cincin ini untuk di perbaiki calarnya dan di ikat baru,ikatan tangkai kendi.
Akik warna Pedal /Hati Ayam

Akik Murah/Akik Gurka.
Cincin akik ini ada kenangan tersendiri ,ceritanya pada satu malam sekitar 90an dahulu Semut and me telah terlibat dalam kemalangan motorsikal.Motorsikal yang di naiki itu di pinjam dari seorang kawan bertujuan untuk pergi membeli rokok sahaja, semasa balik dari kedai/pekan Kubang Kerian Semut and me terilbat dengan kemalangan betul-betul di hadapan Istana Negeri Kelantan.Kemalangan itu terjadi bila saya hendak memotong sebuah kereta Nissan Sunny 120Y ,motor Honda Hawk berwarna hitam yang dinaiki bergesel dengan kereta tersebut dan menyebabkan Semut and me terpelanting jatuh.Seminggu jugak terbaring atas tikar.Cincin ini dipakai bersama dengan Bangel (rantai gelang tangan) perak. Bangles itu rosak dan dilebur dan peraknya masih disimpan sehingga sekarang bersama cincin akik Gurka ini.
Sambungan Lagi pasal batu permata...
Sambung lagi pasal batu permata koleksi peribadi ,sejak sekian lama terhimpun sebagai tatapan dan menakjubkan mata makhluk ciptaan yang maha Agung...
Batu Akik Lama-Kepala Naga
Batu Akik/Agate ini adalah sebahagian batu yang persimpan sebegitu lama yang saya beli pada pertengahan tahun 90an berharga RM 120 sebiji.
Akik Yaman
Akik Yaman ini dibeli dari peniaga Iran semasa diadakan Ekspo Perdagangan Islam di sekitar Stadium Sultan Muhammad ke-4 di Kota Bharu ,diikat suasa ikatan kuku kambing.

Akik Batang Bemban
Akik batang bemban ini hanya satu dalam milikan saya yang dibeli sewaktu masa dahulu dalam tahun 90an juga,Berwarna hijau pekat/tua dila di suluh dengan lampu akan kelihatan urat-urat yang menarik didalamnya.
Thursday, October 24, 2013
Lagi Pasal Batu Permata....
Batu Kecubung.
Batu Kecubung/Amythe/Biji Kundang...
Batu permata jenis yang pertama di miliki seusia belasan tahun , jenis yang sama dihadiahkan oleh arwah mak saudara dalam tahun 80 an dahulu.
Delima Burma Ikatan Bunga matahari
Batu delima yang dibeli semasa baru mula belajar tentang batu delima burma ini di ikat di kedai cincin milik kawan di Berek 12, semasa tahun 90 an dan sebiji delima putih telah hilang dari simpanan Semut and me semasa tinggal di rumah pertama milik sendiri selepas berkeluarga di Lot 601 Taman Mesra PC.
Cincin Nilam Butir Beras ikatan lilit Delima cutting dan Berlian Suiss
Cincin ini juga di ikat di Berek 12 dikedai ikatan cincin milik kawan itu dalam tahun 90an ,masa masih bujang lagi... tapi sayang kawan saya itu telah berpindah setelah lama tidak berhubung.Seingat Semut and me, kawan saya itu memakai kereta Nissan Pulsar pada masa itu.Hanya cincin ikatan beliau masih tinggal sebagai kenangan Semut and me terhadap beliau.

Koleksi Cincin Pribadi ,Semut and me.
Sebahagian dari koleksi permata Semut and Me.
Semut and me mula berminat mengumpul batu permata dan cincin sejak berumur belasan tahun lagi.Seingat saya minat itu bermula setelah arwah Mak saudara (Mek Selamah Sulong) menghadiahkan sebiji batu permata jenis kecubung yang dibawa balik dari Mekah,semasa beliau menunaikan fardu haji dalam tahun 80an dulu.Semenjak dari itu Semut and me mulai meminati batu-batu permata,setelah mulai bekerja Semut and me mengumpulkan sedikit demi sedikit batu -batu permata dan cincin secara sedikit -sedikit.
Akik Hati/Pedal Ayam Kesayangan
Akik Hati Ayam ini di beli setelah menerima nasihat dari bekas bilal tua Mesjid Tok Kenali Bilal Hj Seman
yang mengatakan saya sesuai memakai akik Hati ayam. Setelah lama mencari ,setelah berejumpa dengan yang berkenan saya membeli cincin akik batu tua ini dari seorang pengumpul batu permata di Kg Demit dalam tahun pertengahan 90an dengan harga Rm 500,kerana dah berkenan hati terus saja dibeli.
Kebanyakan cincin kesayangan Semut and me tersimpan dengan baik dan sentiasa diperiksa dan dicuci.
Subscribe to:
Posts (Atom)