Thursday, October 24, 2013



Koleksi Cincin Pribadi ,Semut and me.





















     Sebahagian dari koleksi permata Semut and Me.

Semut and me mula berminat mengumpul batu permata dan cincin sejak berumur belasan tahun lagi.Seingat saya minat itu bermula setelah arwah Mak saudara (Mek Selamah Sulong) menghadiahkan sebiji batu permata jenis kecubung yang dibawa balik dari Mekah,semasa beliau menunaikan fardu haji dalam tahun 80an dulu.Semenjak dari itu Semut and me mulai meminati batu-batu permata,setelah mulai bekerja Semut and me mengumpulkan sedikit demi sedikit batu -batu permata dan cincin secara sedikit -sedikit.


                                                             Akik Hati/Pedal Ayam Kesayangan

Akik Hati Ayam ini di beli setelah menerima nasihat dari bekas bilal tua Mesjid Tok Kenali Bilal Hj Seman
yang mengatakan saya sesuai memakai akik Hati ayam. Setelah lama mencari ,setelah berejumpa dengan yang berkenan saya membeli cincin akik batu tua ini dari seorang pengumpul batu permata di Kg Demit  dalam tahun  pertengahan 90an dengan harga Rm 500,kerana dah berkenan hati terus saja dibeli.
 Kebanyakan cincin kesayangan Semut and me tersimpan dengan baik dan sentiasa diperiksa dan dicuci.



No comments:

Post a Comment