Showing posts with label Kebudayaan. Show all posts
Showing posts with label Kebudayaan. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk



Ambo Nok Bercerita lagi...   Manee Ore Kelatte Dok Raghlit Ado Mace-Mace Jenih.

Ambo dok tengok dan lihat orang Kelantan suko Badi atau bertanding ,Kalau sebut tentang permainan dan persembahan mesti tidak dapat tidak mereka akan mengadakan pesta atau pertandingan yang di sertai ramai.

1. Permainan Wau.
    Permainan Wau terdapat dua jenis pertandingan iaitu Wau naik dan Wau cantik(sobek).
Wau atau Layag-layang adalah permainan tradisional di seluruh dunia,Masing mempunyai sejarah dan cara pembuatan dan bentuk yang tersendiri.Di Kelantan Wau yang paling terkenal ialah Wau Bule(Wau Bulan).
Unik wau Bulan adalah kerana bentuk tersendiri dan corak hiasan pada kertas yang di buat amat berseni(di sobek) dengan kehalusan lukisandan seni tekapnya. Ukiran tekap ini bermotifkan tumbuhan,bunga ,haiwan dan ia nya semiteri.Wau pada  asasnya  daripada buluh yang diraut seimbang dan di ikat memakai benang dijadikan kerangka dan kertas nya ditampal dan di ukir tekap .
wau bule dan ore jate kelatte dengan pakaian asal tempatan pakai semuttar dan kain batik sising paras lutut.
Terdapat banyak jenis wau yang popular di Kelantan ia dipanggil mengikut tempat dan bentuk wau itu sendiri.
Antara yang famous seperti Wau barat,wau daun,burung ,kucing dan wau kikik(budak 2 yang main wau ni).
wau barat
wau kucing

Wau bulan akan ditambah aksesori di kepala yang dinamakan Busur alat ini akan mengeluarkan bunyi berdengung ,biasanya diperbuat dari buluh dan pita busur dari daun Mulong.Tali utama di sambung kepada badan Wau pada tali lain dinamakan teraju( Wau Bule Teraju Tigo).
Ambo maso kanak2 dulu menikmati permainan Wau selepas musim menuai padi atau lepas ngetam padi.Masa itu sawah telah kering dan menjadi lapangan bermain wau,Kadang kala Wau ini akan di lepaskan dan ditinggal semalaman di padang yang dipanggil direggang sampai pagi.Dengung dari busur wau boleh didengari sehingga larut malam Pemain Wau Bule memerlukan 2 orang ,Seorang tukang Anjjung (melepas wau ke udara) dan sorang lagi pemegang tali utama.
.
Permainan Gasing Uri Dan Gasing Jantung.
                                                                               

Gasing Jantung- Gasing Pangkah.


Gasing Uri
                                                                            
Permainan gasing uri amat terkenal di Kelantan ,ia dipertandingkan dengan mengadakan perlawanan kumpulan pemain gasing antara kampung. Keunikan gasing ini adalah kemampuan berpusing sehingga beberapa jam sepepas gasing itu di lepaskan.
Alatan utama adalah Chokok gasing,Tali lilit ,Tempat gasing Berputar.

Gasing Uru di mainkan secara kumpulan masa akan di catit bagi menentukan Gasing dari kumpulan mana yang paling lama bertahan pusingannya.




Gasing akan dilepaskan di atas tempat khas atau gelanggang  dan kemudian di angkat dan di letak diatas tempat khas untuk berpusing. dengan menggunakan kayu Chokok.


Thursday, November 18, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (28)

persembahan wayang kulit di balik kelir/skrin

wayang kulit kelantan
                                                                                
Penceritaan Nostalgia Bersambung lagi...dari slot 25

Dari Pantai Dasar Sabak Ambo tidak balik terus ke rumah sebaliknya kami pergi bermalam di rumah mak saudara Nasir Pok Wel di Kg Pulau Gajah.Tujuan kesana adalah kerana pada malam tersebut terdapat satu pertunjukan Wayang Kulit dari Arwah Dollah Baju Merah,dalam tahun 80an kumpulan ini amat terkenal di seluruh negeri Kelantan.
Persembahan wayan kulit diadakan selepas dari pukul 10 malam berlarutan sehingga pukul 2 pagi,lima hari lima malan  non stop.Dari kejauhan Ambo dapat dengar aluan musik buka panggung yang dimainkan oleh kumpulan pemusik pengiring . Musik bergema di diseluruh perkampugan.Semasa Ambo dan kawan2 pergi ketempat persembahan di adakan, iaitu di satu kawasan lapang ditengah kampung yang  di selangi oleh pokok kelapa.Kelihatan berduyung2 penduduk sekampung dan juga penduduk dari kampung berdekatan menuju ke arah tempat persembahan.Malan yang gelap diterangi oleh cahaya dari api jamung yang membakar dan diselang seli cahaya dari lampu suluh ubat limo.(bateri kering lima biji).
Tino jate tua mudo kecik besar semua datang dengan satu tujuan iaitu menyaksikan persembahan Wayang Kulit dari Tok Dalang mashyur Dollah Baju Merah.
Sekitar panggung dikelilingi dengan pagar dari daun kelapa yang di susun rapat di pintu masuk disediakan lampu gasolin yang terang menderang.Lampu gasolin di sediakan selang berselang di sekeliling kawasan tertutup tersebut.Tiket dikenakan dewasa sebanyak duo amah dan  remaja sebanyak samah duit.Bagi
Kanak kecil yang dibawa bersama tidak dikenakan bayaran.Kesunyian malam ditengelamkan oleh keriuhan suara peminat dan penonton seni wayang kulit.
lampu gasolin

Didalam kawasan panggung kelihatan penonton duduk secara berkelompok-kelompok mengikut keluarga dan sahabat masing-masing.Tikar mengkuang dijadikan alas tempat duduk dan masing2 ada yang bersila,duduk bertipus bagi perempuan,dan ada yang mengiring.Mereka duduk di celah-celah bekas batas atau rong ubi.Malam itu Cerita yang di bawa mengkisahkan tentang Seri Dewi telah di tawan oleh Raja Jin .
watak diskrin/kelir
 Persembahan tammat pada pukul 2 pagi jadi kami mengambil keputusan untuk berkem fire di atas gerei dihadapan rumah Mok Saudara Nasir sahaja, sambil berbual2 kosong sehingga tertidur dengan di iringi unggun api dari kelepah kelapa yang di timbun. Kenangan ini teus berada dalam lipatan kisah Ambo dan semuk dan tidak mungkin akan berulang lagi .Peristiwa ini Ambo rakam ketika 30 tahun yang lalu.
Ambo dan semuk berpisah dengan saing 2 kerana membawa haluan masing2 setelah berkeluarga.


Ringkasan Wayang Kulit Kelantan

Hikayat yang di ceritakan mengenai Hikayat Ramayana (Sri Rama).Dikatakan ia dibawa dari Kemboja dan diturun ke Pettani,Selatan Thai kemudian ke Kelantan.
Watak utama yang diadakan adalah Laksmana Hanuman Kera Putih,Sri Rama,Sita Dewi,Maharaja dan watak penting lain seperti  kursina Wak Long dan Pak Dogol(orang Tua Pok Dogol),Samad, Said Dan Wak Yah.
Alatan musik utama digunakan untuk mengiringi persembahan wayang kulit adalah Serunai,Gendang (ibu dan anak),Gedombak (ibu dan anak),Kesi,Gong dan Kayu Kasah- untuk bunyian peperangan
Tok Dalang boleh menguasai dailog dengan lancar dari kisah yang di persembahkan sambil melarikan patung  wayang kulit di hadapan skrin(kelir).
Tukang Unjuk sebagai pembantu Tok Dalang.
Patung wayang kulit disusun diatas pacakan batang pisang.Bayang patung wayang kulit akan dipancar menggunakan lampu gasolin.
Upacara ritual dilakukan sebelum persembahan bermula iaitu semasa Musik Bukka Panggung.
Ps: Ambo pernah mengikuti/melihat  persembahan Wayang kulit dari Dalang Dollah Baju Merah selama 5 hari 5malam semasa kumpulan ini datang ke Kg Pasir Jelatang Semasa dalam Darjah  5.
Sekarang persembahan ini dipentaskan di Gelanggang Seni dekat perpustakaan Negeri.(untuk pelancong)


  Bele-bele berjalan bele-bele Ambo pikir,...
          Pikir dale hati ingak dale dado.. ronnnie pok soh pok long.