Showing posts with label Penceritaan. Show all posts
Showing posts with label Penceritaan. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (29)

Nirvana : Never Mind
The Journey of Semutandme continue.... 1983-1984.

Ambo went to Terengganu for the first time in 1993, enter one of technical school in Kuala Terengganu.Arwah Ayah and  arwah abang ipar(Abe Soh Kak Yam) accompanied Ambo at the registration day, travelling from Kota Bharu to Kuala Terengganu with Datsun 120 Y(Datsun Buwoh Ulu) it take him about 8 hrs to reach my new school at Wakaf Tembesu. Ambo remembered Arwah Ayah Last words before leaving " Nie ,Ayah Nok Nie jago ayah bila Ayah tuo seksok!and long kiss on my cheek .....GoodBye Son. separated from family for the first time and away from home.
Ambo cannot adapted with new environments and  school , homesickness to my old school(classmate and cikgu)  friends at kampong haunted me all the times .
Hated this asrama - Beta,Lambda ,Gamma, Technical school as well....Hated been in confine at dorm ,chase to night class(prep)..long Que for morning breakfast -roti keping, planta, half boiled egg,nasi minyak not match to my selera kampong.
Demoralize and feel dumb in this school. but i had made very 2 wrong choice for entire life with  point with no return... it spoil ...hate technical stuff  Building & Construction book,technical drawing...in my pray, going back to my loved old SMKK and teacher,classmate,saing2 kampong...but it never happened . Ambo cannot focus on study and teacher in the classroom.Every single day counted wait for the school holiday and back home. My life was a mess here , toucher by idiots senior at Asrama and school with nothing much Ambo can do to overcomes this new situations. At night Ambo cannot have a good and enough sleep awake in the middle of the night and starring out side into the darkness . Two years was the longest time to end up,
at last my prediction right , no flaying colour in SPM result  at the end of 1994 but still survive from total failure, from Hero to Zero destroyed my family hope and admit my failure from best student (SRP)  to nothing .
Back to Kubang Kerian this time no more congratulations from any body , My mother back home ,no single word just blinking eyes look toward me. Ambo knew how much damages Ambo had done to her hope.
Ambo future crash into pieces ....

Ambo and semuk : Sit second from right Front Row.
                                                               TIT   5B1 1984

PS: Back after 26 years connected again with my ex-classmate 5B1and roomate bilik Beta 8  via Fb,Thanks for technology makes we back to friendship after a long lost..
Even some of them still lost in space of time,azahar muhammad,dahisham daud,akmal abd rahman,saufi abdullah,rohadi mamat,nazri abdullah,zakaria ,zamri besut and a few more...ex-Beta 8 Dormmate tit 83-84.
1985- Zero Zone
1986-1989- New era 0f the journey  Semutandme .. attend Technical Collage (Mechanical Engineering) .
1990 - till present joint multinational company of oil and gas.

Semutandme
PeLanGi mALL Kota bHaru
19 Nov 2010.
                             MOtto : Agi Hidup Agi Ngelaban by Kanang A/K Langkau.

Monday, November 15, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (25)

muara sungai sabak
Penceritaa Ambo: Pantai Dasar Sabak
Perjalanan dengan Basikal Unta Arwah Ayah dari Kg Pulong Hingga Ke Pantai Dasar Sabak.Pengalaman ini dirakam semasa Ambo dalam Tingkatan 2 sewaktu cuti sekolah . Pantai yang paling hampir dengan kampung Ambo adalah Pantai Dasar Sabak.
Perancangan untuk mandi pantai telah dibincang diantara geng kampung Ambo yang terdiri dari Mahazar,Semang Busu,Arwah Imi,Nasir pok Wel dan Pendi Pak Chu Kadir.Kami masing akan pergi kesana pada pagi Jumaat dengan berbasikal.Jarak perjalanan ke Pantai Dasar Sabak dari Kg Pulong dalam 12 batu.
Seperti yang dijanjikan pagi hari Jumaat yang cerah kami memulakan perjalanan bermula dari rumah Mahazar,seperti biasa dialah Mastermind dalam group kami.Masing dengan basikal dan sedikit kelengkapan asas dan berbekal kan sedikit wang saku.Memulakan kayuhan dalam phase bersahaja sambil memerhatikan suasana perjalanan.Pada masa itu kenderaan yang berada di atas jalanraya boleh di bilang dengan jari atau berselang dengan kenderaan komersial yang lain.Jumlah kenderaan diawal ditahun 80an tidak banyak seperti sekarang 2010.Menyusuri jalan utama ,Jalan Pasir Putih -Kota Bharu dan memasuki Lorong Kubur Tok Kenali,Ambo sempat melalui pinggir pagar kawasan kubur tersebut dari sini Ambo dapat lihat dengan jelas makam Arwah Tok kenali kerana terletak berhampiran dengan lorong yang kami lalui.
Menyusur lagi dan Kami bertemu pula dengan kawasan Tangki Air awam, dan kami terpajsa melintasi jalan menghala kearah Wakaf Stan (jalan Wakaf Stan).Selepas itu melalui lorong kampung menuju ke sebuah rumah binaa lama yang tersergam agak besar ,yang Arwah Ayah Ambo panggil kawasan Ini sebagai Baloh Raja.Kawasan ini berada di sebelah dengan kawasan padang sekolah Aneka (menengah).
Berkayuh lagi menuju ke jalan utama Kubang Kerian- Sabak.Melalui lagi dibahagian hadapan sekolah menengah dan terdapat satu kawasan simpanan bas SKMK yang  Ambo panggil Net Bus.
SKMK = Siang Kerja Malam Kerja
Melepasi kawasan itu kami melalui jalan Sabak disini bermulanya kawasan sawah padi yang menganjur luas sayup mata memandang pada ketika itu yang di panggil Padang Kenali.Padang tersebut berada di sebelah kiri menghala ke Sabak.
Menyusur lagi melalui Kg Attah Nokkok(disini Gemuloh Pok Loh tinggal , bapa saudara Ambo) Pada masa itu pembinaan Hospital universiti sedang rancak berjalan yang meliputi satu kawasan yang luas.Selepas dari kawasan pembinaan tersebut ialah Kg Darat disini Bapa  saudara Gemuloh Wak Daud.Kg Darat tinggal,yang juga asalnya nenek Ambo Mek Bungo .
Berkayuh lagi melintasi Kg Darat menuju ke Sabak melalui Kg Demit dan terdapat sebuah sekolah rendah disini iaitu Sekolah Rendah Demit.Melepasi dari sekolah tersebut rumah orang semakin jarang kelihatan sehinggalah sampai ke simpang menuju ke Kedai Lalat, menyusur lagi sehingga sampai ke Kg Kemumin.
Kg Kemumin kelihatan damai dengan  pokok kelapa yang banyak membanjari disekitar rumah kampung.
Simpang yang terakhir sebelum sampai ke Pantai Dasar Sabak ialah pembahagi arah satu ke arah Kg Pulau Gajah dan satulagi kearah Kg Parang Puting dan Air Port Pengkalan Chepa.
Kami sampai di perkampungan nelayan pantai Kg Dasar Sabak,melintasi jambatan merintasi anak sungai.
Dari kejauhan pantai yang memutih dihempas ombak laut Cina Selatan. Dipantai kelihatan binaan konkrit lama masih tersergam kukuh dibenam pasir pantai Sabak.Binaan itu adalah peninggalan Perang Dunia ke-2,Semasa British menentang penaklukan Jepun keatas Tanah Melayu pada tahun 1942-45.
Penaklukan Tentera Jepun bermula pada 7-8 Dis 1941 dengan pendaratan tentera nya di Pantai Pak Amat ,terletak tidak jauh dari Pantai Dasar Sabak.

                                                                            
Pillar Box

                                                                          

Kubu konkrit atau Piller Box. Sekarang binaan ini telah hilang ditelan Laut Cina Selatan tiada berkesan lagi.
Ambo dan geng mandi dan beranbat disepanjang pantai ...........
Pantai Dasar Sabak
          
Nelayan Pantai Dasar Sabak
Pantai Dasar Sabak
suasana 
deretan perahu nelayan pantai Sabak
 PS: Mahazar sekarang berada di Mersing sebagai Polis.
      Arwah Imi meninggal pada tahun 2005 disemadikan di kuburan Tok Kenali, Alfatihah .
      Nasir Pok Wel berada di Kg Pasir Jelatang
      Pendi Pak Chu Kadir berada di Kg Badang,Kedai Buluh.
      Ambo dan semuk sedang berada di Kemamang semasa penceritaan ini ditulis.
     Kawam paling rapat Ambo dan semuk masa remaja.                                                                          

Friday, November 12, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (24)

Istana Negeri Kubang Kerian
Penceritaan Besambung : 1982

Tahun ini Ambo telah berada dalam tingkatan 3 doh.Periksa besar Mek Ambo ghoyat  - SRP.Bermulalah sesi persekolahan sebelah pagi.Macam biasalah Ambo tidak pernah tunggang atau poteng kelas.Masih lagi berjalan kaki untuk kesekolah sejak dari darjah satu lagi, nak beli basikal tidak mampu.
Tahun ini Ambo mula pakai seluar panjang sebagai unifom sekolah kerana pada tahun sebelumnya pakai seluar pendek lagi kesekolah.Sekarang darjah satu dah pakai seluar panjang terlalu jauh perbezaan dari zaman Ambo sekolah dulu.
Ambo belajar dengan tekun pagi kelas biasa dan petang pergi ke kelas tambahan yang cikgu sekolah Ambo buat,masa itu sukarela dan percuma sahaja.Ambo tidak mampu untuk kekelas tambahan bayar disebelah malam.Biasanya pada sebelah malam Ambo belajar sendiri dengan bantuan buku2 yang Ambo beli dengan duit Biasiswa yang diterima.Duit itu biasanya Ambo habiskan untuk beli buku rujukan dan latihan tambahan.
Prestasi pelajaran Ambo semakin baik dan meningkat ,Alhamdullilah....
Hari yang dinanti pasti tiba peperiksaan SRP tiba dan Ambo menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin.Peperiksaan tammat lega.... Cuti panjang bermula.
Pada akhir tahun 1982 keputusan diumumkan Ambo mendapat keputusan yang cermerlang ,Pelajar Terbaik SRP 1992 dengan 9 Agriggat.
Seorang lagi kawan Ambo yang cermerlang adalah Zubaidah Abdullah.


PS: itulah harga dari usaha yang gigih dan itulah hadiah yang bermakna untuk Arwah Ayah dan Mek Ambo.

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (23)

maso cikgu ngajar
Penceritaan :1981

Tahun ini dah masuk tingkatan dua, masih lagi bersekolah belah petang.Ambo sudah kurangkan berderat dan berkawan tidak tentu pasal dah.Banyak tumpukan pada pelajaran dan sentiasa berada di rumah.
Tiada lagi aktiviti yang tidak berfaedah sibuk dengan belajar dan belajar..
Kawan - kawan baru bertambah yang perempuan dengan cara mereka sendiri kami sudah seperti ada gap.pelajar perempuan dengan aktiviti mereka dan yang lelaki dengan hal masing2.Walaupun semasa disekolah rendah kami semua bagaikan satu kumpulan yang sama.
Rakan baru seperti Rozuki Yusof,Nik Azman Nik Lah,Khairuddin MohamedAzmi Mohd Nor  dan Rusdi dari Sek pasir Hor.
Amran Ismail  Wan Noor Aini Wan Daud dari Demit. Raefeah Awang Hamat,Wan Rosnani Mat Saman,Firdaus Abd Rahman ,Armiza Abd Aziz, Mohd ismail Daud adalah tambahan rakan baru Ambo.
Begitulah lumrah yang hilang akan berganti . Tiada apa yang menarik semasa dalam tingkatan dua masing dengan matlamat sendiri untuk menghadapi SRP pada tahun berikutnya mungkin.
Tapi Ambo ada juga buat study group dengan rakan seperti Rozuki ,Azmi ,Rusdi biasanya Ambo pergi belajar di rumah Rozuki di Pasir Jelatang .
                                                                                 
    
                                                                          

Thursday, November 11, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (22)

                                                                                  
Sek Men Kubang Kerian
BerIlmu Dan Beramal
    
Penceritaan Ambo Lagi;
Setelah meninggalkan alam kanak Ambo memasuki alam awal remaja di Sek.Men.Kubang Kerian.
Mek Ambo panggil sekolah menengah dengan nama sekolah Aneka, sebab nya Ambo sendiri tidak tahu kenapa dia pangil begitu ,orang kampung Ambo pun panggil begitu juga. Pada tahun 1980 bermulalah episod baru dalam sebagai pelajar menengah pula. Ambo bertemu dengan kawan2 baru yang datang dari sekolah rendah disekitar pekan Kubang Kerian. Mereka datang dari Sek.Rendah Pasir Hor, Sek. Rendah Demit,Sek Rendah Mentuan Wakaf Stan dan ada juga segelintir dari Sekolah Rendah Long Ghafar Pasir Tumbuh, Sek Ren Seribong dan Sek Rendah Lundang.Ambo ,mendaftarkan diri didalam tingkatan 1Perdagangan 3.
Pada waktu itu tingkatan satu dan masa itu sesi sebelah petang. Jadi Ambo terpaksa berada dirumah pada sebelah pagi. Masa itu semua orang tiada dirumah yang tinggal adik Ambo yang bongsu masih belum bersekolah lagi.
Dia berumur dalam lingkungan 3 tahun ,Ambo lah jadi pengasuh dia sementara Mek pergi menoreh getah.
Semasa bersendirian dirumah bagaikan ada satu semangat baru timbul dari dalam diri untuk berubah,maksud Ambo mengubah nasib sendiri dengan belajar bersungguh - sungguh.
Mulai dari situlah Ambo mula rajin belajar kerana sering bersendirian . Ambo sebenarnya banyak kekurangan dalam pelajaran terutama Ilmu Hisab English dan mata pelajaran baru Perdagangan.Pelajaran yang Ambo minat sangat adalah Sain Paduan ,Ilmu Alam dan Tawarikh.
Ambo minat Matematik disebabkan oleh Cikgu Hanafi Ismail yang garang dan bekeng ,Ambo takut ke dio jadi terpaksa lah Ambo jadi rajin nok buat latihan. Geografi ambo minat kerana Cikgu Maziah Yusof yang baik hati dan perihatin. Perdagangan di ajar oleh Cikgu Noorul Aini ,English oleh Cikgu Razin dan Sains Paduan oleh Cikgu Nawang dan Cikgu Norilam. Cikgu inilah menjadi pemangkin kepada kekuatan semangat Ambo semasa di SMKK.
Ambo belajar brsungguh dengan niat untuk menjadi yang terbaik dalam darjah.Masa dalam tingkatan satu kawan baik Ambo adalah Rosli Ibrahim budak dari Jerangau Terengganu dia menjadi idola baru Ambo kerana dia cerdik.Sayang dia belajar di sekolah Ambo hanya 1 tahun sahaja kemudian masa tingkatan 2 dia balik semula ke kampungnya ke Jerangau. Peperiksaan akhir tahun Ambo bulen nombor molek buat pertama kali dalam sejarah persekolahan Ambo  iaitu nombor 3. Yahoo usaha Ambo berbaloi kemudian dinaikkan ke tingkatan 2P1 pada tahun berikutnya dan Ambo telah dianugerahi Biaswa Kecil Persekutuan ,Alhamdullilah syukur Ambo, Pertama kali Ambo memiliki buku akaun bank sendiri Akaun Simpanan Pejabat Pos yang kemudian ditukar menjadi Bank Simpanan Nasional Yang kekal sehingga sekarang.Jumlah biasiswa pada ketika itu sebanyak RM15 sebulan.Dengan duit tersebut Ambo telah gunakan untuk beli buku-buku latihan dan buku rujukan untuk peperiksaan SRP. Ambo semakin bersemangat lagi untuk belajar.
Ketika disekolah menengah perubahan yang ketara Ambo rasa adalah Ambo menjadi perumah dan asyik dengan buku dan belajar, dari budak yang suka berderat dan main Ambo berubah menjadi pelajar yang tekun.Dalam kelas Ambo sudah boleh bersaing dengan murid lain lang lebih pandai, What a Change i have done....
Ambo jenis tok leh nampak peluang untuk mendapat kan wang saku ,jika ada peluang ambo sanggup.Nok jadi ko cerito dekat rumah Ambo ada seorang Ustaz yang banyak pelihara kambing. Entah macam mana Ustaz Lah minta Ambo tulong alih kambing dan tengok kambing dio semasa dio gi ngajar beloh pagi.Dia beri upah RM 5 sebulan ,jadi Ambo sangup lah. Jadilah Ambo pengembala kambing sambilan sebelum gi ke sekolah, tugas ini  ringkas jah dalam pukul sepuluh pagi Ambo keno gi lepas belit tali kambing dan alih ketempat lain.Kerja senang duit pun dapat,weh.Dae setahun Ambo buat kijo gembala kambing separuh masa.
Hobi baru Ambo semasa lapang semasa ditingkatan satu adalah menanam pokok bunga. Ambo pong naik pelik bakpo tukar hobi ko tanam pokok2 bungo weh...Mungkin kerana sekarang banyak masa Ambo dihabiskan dirumah jika tidak ke sekolah atau kerana program Bumi Hijau semasa darjah 6 di SKKK dahulu.


PS: 1980  1P3 dalam kenangan.Baru Ambo paham sebab apa Mek Ambo panggil Sekolah Aneka,Bila Umur meningkat Macam macam ragam dan pesen kawan boleh ditemui dan dikenali .Usia remaja adalah waktu yang paling mencabar dan ia menentu arah tuju kehidupan kita selepas ini.

Keadaan sekolah menengah Kubang Kerian pada tahun  80an.Terdiri dari 3 blok bangunan  lama  dua tingkat yang menempatkan bilik pentadbiran ,bilik guru ,koop dan bilik darjah. Bangunan lama yang kedua di sambungka dengan bangunan pentadbiran oleh jejantas, di bangunan ini menempatkan bilik bengkel Seni Perusahaan (lelaki dan kelas masakan dan jahitan bagi mata pelajaran Seni Rumah Tangga(perempuan) sekarang ini mungkin mata pelajaran ini sudah di mansuhkan.Dibahagian hujuna terdapat bilik perpustakaan dan di tingkat bawah bilik makmal sains.
Satu blok lagi bangunan lama menempatkan bilik darjah dan dibahagian hujung adalah kantin sekolah.
Terdapat sebuah bangunan 3 tingkat yang baru di bina kelas 1P3 terletak di tingkat ke tiga.
                                                                      

ilmu jambatan kejayaan
                                                                          
                                                            

Monday, November 8, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (20)

bendang


Penceritaan Bersambung: Kg Pulong ,Kubang Kerian 34 tahun yang lalu dari tarikh Ambo menulis 8/11/2010 Gambaran kampung Pulong sewaktu itu penuh dengan pokok yang tinggi sebagai payung kampung atau pokok pelindung.Masa itu pokok medang ,pokok celagi,pokok setar,pokok macang,pokok rambai,durian,moktan kampong, setiar,pokok sentol ada sampai 2 pemeluk orang dewasa saiz batangnya.Pokok ini bertaburan di segenap ceruk kampung.Bermula dari laman rumah Arwah ayah dibelakang rumah birai dapur terdapat sebatang pokok macang(bacang).              
buah macang
                                                                                
buag gemia
                                                                              
                                                                                  
buah binjai
                                                                              
 Dibahagian hadapan pula terdapat pokok serai kayu(pokok  samak) daun atau pucuk muda boleh di buat ulam ,bahan utama dalam ulam nasi kerabu kelantan atau buat ulam cicoh budu..Bila musim dia berbuah dan masak, buahnya jadi makanan burung . Buahnya juga Ambo kutip makan rasanya kelat2 masam manis.Ambo berebut bengan burung. Burung duk julai bahagian atas, Ambo bahagian bawah.Warna buah nadir ini merah kehitaman....
pucuk serai kayu
 Pokok besar juga  banyak terdapat di atas batas padi atau tepi padang seperi  pokok setiar(kecapi/asam padang) dan pokok setol. Pokok ini ada lagu trade mark dio Ambo duk nyanyi. Buwoh stol buwoh setiar..naik muto dok bayar...Sambil2 pelekong buah setiar masak menguning di hujung dahan.Ambo pakai kayu metong(kayu pembaling) bila kena gugusan buah lalu jatuh lah bertaburan ketanah.Buah ni bulih makan sajo atau cicoh dengan cholek kicap campur belachan .Buah setiar dan setol seeakaan sama sahaja tetapi yang membezakan keduanya adalah bentuk daun dan struktur bentuk buahnya.Pada masa itu dipinggir bendang terdapat banyak pokok tar atau pokok kelapa laut juga.



buah seriar atau buah kecapi
                                                                                    
buah keriang dan buah keriat
buah kandis dan buah tin
buah celagi
asam gelugor
buah cermai
                                                                                              
buwoh setol
Pokok gajus (ketereh) juga banyak terdapat berselerak di sekitar kampung Ambo.kok atah batas padang.


                                   
                                      
Pokok ini ada dua jenis juga ia boleh dibezakan melalui warna buah bila masak yang gajus masak kuning dan satu lagi masaknya berwarna seakaan merah tua,Ambo panggil buah tereh sumbo.
Pada masa itu terdapat banyak pokok tradisional yang tumbuh disekitar kampung Ambo seperti pokok keriang, setar,gemia,pokok rambai,tekukur(dah lama dok jumpa pokok ini ,pupus).Pokok rambutan kampung,pohon celagi(asam jawa),pokok kandis dan asam gelugor.
kebiasaannya dibawah pokok besar dan rendang terdapat gerei atau tempat duduk yang di buat untuk penduduk berhenti lenguh atau berehat.selepas bersawah atau berkebun.Tempat itu juga tempat Ambo dan saing duduk main atau medan kami berkumpul dan melakukan aktiviti kami sendiri.Play ground laa...
Pokok nadir yang lain yang terdapat di tepi sungai seperti pokok Keriang dan pokok Keriat.Buahnya bulih dimakan juga tapi pokok ini kena panjat kalau nak diambil buahnya sebab buahnya kecil dan terletak di hujung dahan.Ambo pada masa itu amat handal panjat pokok ,siap dengan berlumba dengan saing ,siapa yang dapat panjat paling tinggi ..hee
Pokok sekuang(pupus jugok) juga ada terdapat dikawasan pinggir sungai dan di dalam semak, buah nya sangat masam ,Ambo dok berehi buwoh ni sebab kalu makan selalunya Ambo sakit perut.Pokok rambai juga banyak didalam kebun2 di sekitar kampong Ambo.Pokok lain yang besar seperti pokok asam jawa (chelagi),pokok gemia,setar,pokok asam kandis dan pokok asam gelugor dan pokok kechupu.
Pokok Mulong juga terdapat dikampung Ambo ,pokok ini pokok hutan yang daunnya boleh di buat sebagai bahan untuk dijadikan busur wau bulan .Pokok yang Ambo kenal seperti Pokok Beluru dulu ore tino kapung Ambo guno sebagai Shampoo asli, mereka ambil keratan batang akar pokok beluru di ketuk hingga lembut dan di rendam dalam baldi air ia akan mengeluarkan buih yang halus dan lembut, dari buih itu mereka jadikan shampoo laani mana ada lagi out dated dah,orang pun dah tak kenal akar beluru dah .Shampoo beli kedai lagi cepat...
Tang ni Ambo bulih pakai kata2 Mantan perdana Menteri dulu Tun Mahathdir katanya" Melayu Mudah Lupa".
Pokok buahan yang lain yang ditanam ditepi rumah seperti pokok cermai,pokok kattok puru,belimbing buluh,durian belanda,pokok sukun,jambu air dan jambu batu kampung saiz buah nya tidak besar tetapi sedap, pokok ini dah tidak ditanam orang lagi ,.....tak kormesial dah... yang ada ditanam sekarang adalah jambu madu ,jambu tampoi yang lebih berdaya maju dan lumayan..
                                                                                      
                                                                             


                                 
belimbing buluh
belimbing keris

buwoh kattok puru

buah durian belanda
                                                                                    

buah chuppu
 Ambo dulu ado jugak biasa makan buah kecupu atau chupu.  Pokok ni juga besar kalau nak makan buahnya mesti kena ambil pakai galah panjang untuk mengait buahnya atau lagi sedap jika makan terus diatas pokok,mesti kena panjat dulu .
Buah nya bila masak berwarna kuning oren ,buah muda juga sedap dibuat sambal campur ikan tawar,Mek ambo rajin duk buat sambal ikan tawar buwoh chuppu, cicoh dengan jering mudo masa makan nasi hok panas2 nyakuk dan selero sungguh Ambo...Laani kalu nok make sambal chuppu kena lah Ambo balik kapung .Buah ni tak dok jual pasar2 dah.


            

Pokok lai yang ada ditanam ditepi rumah dahulu seperti pokok sawonilo(ciku),pokok sukun dan pokok loneng                                                                      


pokok sukun
sawonillo
buwoh loneng
                                                                                

PS: Pokok yang   ditanam  seperti tanaman kebun juga banyak ketika itu. Sekarang Kg Pulong tinggal sebatang dua pokok yang besar dan tinggi yang lain dah ditebang dan pupus.

Sebenarnya Kg Pulong adalah kampung yang diduduki oleh kaum keluarga Ambo yang terdiri dari keluarga Tok Saudara Ambo iaitu Tok Su Ali  dia meninggal dunia semasa Ambo darjah 2 ,isteri dia nama Tok Su Limoh , dio ado 3 orang anok pertama Mek Hawa,kedua Mek Yam dan Pok Su Hamid.
Kelompok rumah nya terdiri dari rumah melayu lama berkembar beratap kan atap singghorra (atap bata keping) ,bertiang tingggi dalam 6 kaki lebih dibawah rumah nya adalah tempat kandang lembu dan kerbau peliharaan keluarganya. Dalam rumah ini menempatkan keluarga Pok Su Hamid dam Mek Yam serta anak2 maing2 jumlah nya lebih kurang 15 orang ketika itu dibahagian dapur masih mengekalkanbinaan rumah Melayu lama dinding  anyaman buluh dan terdapat kawasan lapang yang di panggil jemuran disitu terletaknya tempayan simpanan air untuk kegunaan harian.Bersebelahan adalah rumah lama juga tetapi era60an rumah
Mek Hawa dia tinggal dengan dua anak lelakinya yang sorang  Ambo panggil Hasan pok Kara dan adik lelakinya Mamat.Dibahagian belakang rumah ini terdapat tempat pelihara beruk Pok Su Hamid dipanggil Nunggul . Dihadapan rumah besar ini ada sebuah lagi bangunan kayu tempat simpan padi di panggil Rumah padi di bawah rumah padi ini adalah reban itik dan ayam peliharaan mereka.Rumah ini lah yang terakhir sekali yang Ambo kenal dan lihat sebagai rumah Melayu Kelantan Tradisi  zaman tahun awal 1900 yang Ambo ingat.Typical Kelantanese, Malay Tradisional House.Rumah ini menyembah bumi dalam tahun akhir 80an,selepas itu tiada terlihatan kelibat  lagi bayangan rumah sebegini di Kubang Kerian....Very Nostalgic  ever experienced in my life time....
Kemudian terus lagi menyusur kearah mentari jatuh yang Ambo panggil kawasan ini Alik Jattuh..Terdapat rumah Mak Saudara Ambo  iaitu rumah Nik Yam,rumah ini style 60an jugak tiada lagi jemoran dalam rumah dan dilelakang rumah itu terdapar rumah kecil yang layak dipanggil pondok itulah rumah Mak saudara kesayangan Ambo yang ambo panggil Mok Moh( Mek Selamoh) kerana dialah tempat Ambo merayu hal dan amat rapat dengan Ambo ,kalau hujung minggu Ambo selalu pergi tidur dirumahnya dam sebelun tidur Mok Moh selalu ghroyat bari (bercerita) kisah dongeng ,rekaan dan cerita hantu.Ambo suko dengar bari/cerita beliau.Arwah Mok Moh meninggal sewaktu ambo di tingkatan 3 dan dia meningal di Kg Bukit Kemudu di Setiu dan dikebumikan di sana .Bukit Kemudu adalah tempat anak tunggal nya bermastautin iaitu Mok Bidoh.
 Beasur lagi kesebelah alik hilir terdapat rumah Nik Moh juga mak saudara Ambo.Kemudiannya Ambo ngaji Quran dengan nya selepas Arwah Mok Noh berpindah ke Hulu Kruwak, Besut.Mok Noh telah Ambo cerita di episode lepas.Selepas itu keluar sedikit dari kampung menghala kealik hilir ada satulagi keluarga Pak Chu Adam dan Mok Su Wie ,mereka mengusahakan dodol yang dibuat secara tradisi.
Mereka ini mempunyai anak perempuan dan lelaki yang ramai nama yang masih di ingati adalah Adawiah,Noriah,Maziah,Fauziah,Mat Dahan,Mat Julai selepas sekian lama Mok Su Wie dan PAk Chu Adam Berpisah anak2 pun khawin dan bawa diri masing sehingga itu tidak pernah berjumpa lagi mereka2 ini setelah keluar dari kampung .Bisness dodol pun lenyap....
 PS: Itu lah Dunia Ambo semasa kanak2....tempat Ambo bersaing dan bermain....terasa sempit tapi pada hakikat nya ia amat luas bagi Ambo terlalu banyak pengalaman dan kenangan di kampung ini... segalanya tinggal kenangan Ambo tidak lagi menjadi penduduk Kg Pulong...Ambo keluar dari Kampung Pulong setelah berumur 16 tahun selepas itu hanya sekejab2 sahaja tingga bersama keluarga kerana tuntutan hidup kerana.belajar dan hidup berdikari sendiri....


Sunday, November 7, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (19)


Penceritaan Ambo tentang Suasana Hari Raya Bhg.2
Pada kebiasaan nya Ambo pada pagi Hari Raya akan bangun seawal mungkin, terus mandi dan mempersiapkan diri untuk misi di hari raya, pakaiann baru yang dibeli Arwah Ayah diperagakan maklumlah pakaina baru hanya di beli sekali dalam setahun.Masa itu ia amat dihargai dan di sayangi sekali hingga pada malam hari raya ia dibawa tidur bersama.
 Kebiasaan nya Mek Ambo akan menyediakan ketupat palas,tapir pulut dan kuih akan di beli siap kerana rumah Ambo mana ada oven lagi pun letrik belum ada lagi masa itu.
Makanan istimewa pada pagi Hari Raya kebiasaannya adalah nasi dagang kelantan dan bihun goreng itulah yang mampu disediakan oleh Mek dan ayah Ambo.
tupat daun palas
                                                                              


suasana gembira

Orang dewasa sibuk nok ke masjid Ambo dan Geng sibuk nok   pergi serbu rumah yang sudah ada dalam  target plan for ambush.(rumoh orang kami anggap kaya/berduit)Mula2 kami akan pergi kerumah keluarga terdekat atau waris. tidak waris pun kami akan mengaku waris.  janji dapat habuan ,apalagi kalau tidak pitih... heee.



Masa zaman itu Angpow tidak wujud lagi ,duit main seluk dan terus bagi, kebiasaan nya pitih skeleng(siling) lah biasanya nok jumpa dapat duit rial(ringgit) jarang sangat.Kalau dapat duit duit $1 itu dah dikira lumayan.Ambo akan jalan ramai 2 dan berderet2 dalam satu kumpulan antara 3-5 orang kawan sahaja..Rumah sasaran setiap tahun sama saja kerana kami dah kenal dan mengikut pengalaman tahun sebelum nya.Kami dah tahu yang mana tuan rumah kedekut dan yang mana pemurah,Pada kami yang bagi duit itu pemurah jika tuan rumah bagi makan dan minum sahaja tanpa hulur duit dikira tangkai jering atau hj bhakil kedekut.Jange marah kutuk ...sikit. Belum pun masuk zohor kami dah ronda sehingga ke beberapa buah kampung dan sejumlah rumah target,kaki dah mula lenguh dan  melecit kerana kasut baru,maklumlah pada hari biasa  hanya  pakai selipar Jepun je..phase kami berjalan pun mula slow.  Banyak berhenti,kerana lenguh lantak larat bergerak.Ambo   biasanya berehat diwakaf tepi jalan. Sementara hilang letih kami akan duduk sambil mula mengira jumlah duit yang dah dikumpul,Mata duitan betul ...dan mula berkira2 untuk membelanjakan duit tersebut .Kebiasaan nya Ambo dan kawan2 beli meane(permainan) .Target mercun dan pistol peluru gulung.Bila hari mula petang kami berasur pulang kerumah masing2.





Setelah hari menghampiri lewat petang baru kami akan sampai ke rumah masing2 dengan buah tangan yang di beli dari duit raya biasanya bunga api,mercun dan pistol mainan. Kedai Chino Bacchi lah menjadi tumpuan kami dan kawan2 untuk berbelanja membeli semua itu,duit tu masuk poket cino balik ,mmmm
Sambil pulang ambo dan rakan2 akan bermain pistol mainan pulang dengan keletihan tapi gembira sekali, dengan hilai tawa kerana kepuasan.Maklumlah sekali dalam setahun dapat duit banyak. jika dapat kumpul  dalam  $10. masa itu dah kira banyak dah,Ambo kayooo Pak Cik kayooo..................  


.

Saturday, November 6, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (18)

Penceritaan bersambung lagi;   Hari Raya dan Bulan Puasa bahagian  Pertama.                              
                   Hari Yang Paling Di Nanti Semasa Ambo Budok2 ....&70an.
Hari Rayo Poso dan Rayo Haji.
Dua hari ini lah detik yang paling dinantikan semasa Ambo kecik2 ,samalah dengan budak2 yang sebaya dengan Ambo dulu kini dan selamanya .... Takbir pada malam Hari Raya adalah alunan yang paling menusuk kedalam jiwa dan ia meresap keseluruh urat saraf membentuk satu perasaan yang amat sukar digambarkan semasa Ambo kanak2 dulu...seperti mana ketahui sebelum Hari Raya umat islam seluruh dunia akan menunakan rukun yang ke3 iaitu ibadat Puasa di bulan Ramadan.Sebulan di bulan Ramadan adalah rutin pengalaman yang sungguh luarbiasa dan mencabar kekuatan diri dan
minda pada waktu itu, perkataan iman belum paham lagi waktu tu.....
 Biasa nya pada bulan ini waktu yang paling di tunggu adalah waktu berbuka puasa,tentu masakan istimewa dan lain dari kebiasaan akan di sediakan atau di beli dari pasar,paling tidak masakan dari jiran2 terdekat .Kuih2 manis dan air batu adalah main course kemudian buah kurma penyet/kurma timbang seingat Ambo harga masa itu sekilo baru dale tiga amah ($1.50).Ambo selalu di suruh Mek untuk pergi beli air batu tongkol di kedai  runcit biasa nya Kedai Pok Man (Kedai ini Ambo telah cerita di bahagian yang ke-16) , ambo panggil air batu takung . Peti sejuk tak kenal lagi masa itu,letrik pun tak sampai lagi kapung Ambo.Air batu di lomor /salut dengan serbuk kayu aka abuk gajji (abuk kayu dari sawmill).Bungkus dengan kertas surak hkoba cino.Letak atah gerei basikal ,Ambo kayuh balik rumah selalu (masa itu jugak), air batu tidak akan cepat  cair  bila di bungkus sebegitu.
Makanan/kuih manis kegemaran adalah Lompat Tikam dan Onde2 dan Teri Mandi.Akok kedut jarang2 di beli kerana mahal...adik beradik ramai masa itu dah tambah 2 orang lagi adik beradik Ambo Yasin dan Othman .Biasanya  kuih 2 tu Mek (emak) ambo buat sendiri  dan yang dibeli adalah Cendol dan Butir sagu.
cendol(hijauputih) & butir sagu(merah)
akok kedut
lompat tikam
    Dan hari2 yang ditunggu dalam bulan puasa adalah bila ada majlis berbuka puasa di balaisah(surau),masjid atau pun dirumah jiran yang menganjurkan majlis berbuka.Masa itulah makanan yang sedap2 boleh dijamah dan makan nasi pun dengan gulai daging ,ayam percik,... makan ramai-ramai riuh gegak time berbuka.terlalu nostalgia buat Ambo masa itu ....
Ambo mula belajar berpuasa ketika berumur 10 tahun(darjah4) itu pun separuh2 ada penuh dan ada separuh hari, Hee,,he. kalau sebelah malam berderet2 lah jantan betino(lelaki dan perempuan) pakat gi balaisah ,ambo ikut jugak kerana pada bulan puasa adalah pelepasan istimewa dari Arwah ayah boleh keluar malam....sambil menyelam sambil minum air.Ambo pergi balaisah pada waktu itu ada tiga tujuan pertama bulih galok kedua buleh makan moreh dan ketiga freedom yahoo.dot .com laa Ambo masa tuuu. Masa orang dewasa sedang sembahyang terawih puak2 Ambo budak2 pakat main nusuk, main bedil buluh.(meriam buluh). WaW sekarang ni mana ada...bedil buluh ,budak2 sekarang nak buat pun tak pandai dah..
Tip cara buat meriam buluh : 
 1. Cari buluh yang sudah tua ( Buluh Betong jenis yang terbaik kerana wall thicknes tebal)
 2.  Ambil bahagian pangkal dalam 4-7 ruas. Buang segmen antara ruas dengan kayu bulat panjang lagi senang guna chhok betul.
3. Bahagian ruas paling akhir jangan di buang kerana tidak boleh dibuat meriam jika semuanya dibuang (hollow) '
4. Ukur dengan cara menjenkal jari bermula dari bahagian bawah .Dari segmen ruas buluh yang terakhir yang masih ada segmen/partition ,ukuran lebih kurang 1-2 jengkal jari dan tebuk lubang seluas ukuran ibu jari tangan.
5. Lubang kecil itu sebagai tempat isi air dan tempat cucuh bila menembak.( kuat bunyi saja peluru tadak) 
  
Bahan utama sebagai peledak adalak Karbaid/mungkin Carbide nama kimia dia (Ambo panggil ubat kabak)Bahan ini juga boleh digunakan sebagai pemangkin untuk peram pisang./buwoh sawonilo (buah ciku).Ambo biasa beli ubat kabak di Kedai Cino Bachhik masa itu .
 Kami saling berbalas tembakkan  dengan budak2 kampung sebelah menyebelah kadang2 berlarutan sehingga ke larut  malam.
 Dulu masa Ambo main meriam buluh tiada yang kudung jari atau buta mata,mercun spesis baru yang kormersial Ambo dengar ramai budak2 masuk Hospital.

PS: Bersambung di part 2 cerita pasal Puasa dan Raya.... jeng2 tungguu...

buah tanjung
nekbat
  Kuih manis yang Ambo suko makan .