Monday, November 8, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (20)

bendang


Penceritaan Bersambung: Kg Pulong ,Kubang Kerian 34 tahun yang lalu dari tarikh Ambo menulis 8/11/2010 Gambaran kampung Pulong sewaktu itu penuh dengan pokok yang tinggi sebagai payung kampung atau pokok pelindung.Masa itu pokok medang ,pokok celagi,pokok setar,pokok macang,pokok rambai,durian,moktan kampong, setiar,pokok sentol ada sampai 2 pemeluk orang dewasa saiz batangnya.Pokok ini bertaburan di segenap ceruk kampung.Bermula dari laman rumah Arwah ayah dibelakang rumah birai dapur terdapat sebatang pokok macang(bacang).              
buah macang
                                                                                
buag gemia
                                                                              
                                                                                  
buah binjai
                                                                              
 Dibahagian hadapan pula terdapat pokok serai kayu(pokok  samak) daun atau pucuk muda boleh di buat ulam ,bahan utama dalam ulam nasi kerabu kelantan atau buat ulam cicoh budu..Bila musim dia berbuah dan masak, buahnya jadi makanan burung . Buahnya juga Ambo kutip makan rasanya kelat2 masam manis.Ambo berebut bengan burung. Burung duk julai bahagian atas, Ambo bahagian bawah.Warna buah nadir ini merah kehitaman....
pucuk serai kayu
 Pokok besar juga  banyak terdapat di atas batas padi atau tepi padang seperi  pokok setiar(kecapi/asam padang) dan pokok setol. Pokok ini ada lagu trade mark dio Ambo duk nyanyi. Buwoh stol buwoh setiar..naik muto dok bayar...Sambil2 pelekong buah setiar masak menguning di hujung dahan.Ambo pakai kayu metong(kayu pembaling) bila kena gugusan buah lalu jatuh lah bertaburan ketanah.Buah ni bulih makan sajo atau cicoh dengan cholek kicap campur belachan .Buah setiar dan setol seeakaan sama sahaja tetapi yang membezakan keduanya adalah bentuk daun dan struktur bentuk buahnya.Pada masa itu dipinggir bendang terdapat banyak pokok tar atau pokok kelapa laut juga.



buah seriar atau buah kecapi
                                                                                    
buah keriang dan buah keriat
buah kandis dan buah tin
buah celagi
asam gelugor
buah cermai
                                                                                              
buwoh setol
Pokok gajus (ketereh) juga banyak terdapat berselerak di sekitar kampung Ambo.kok atah batas padang.


                                   
                                      
Pokok ini ada dua jenis juga ia boleh dibezakan melalui warna buah bila masak yang gajus masak kuning dan satu lagi masaknya berwarna seakaan merah tua,Ambo panggil buah tereh sumbo.
Pada masa itu terdapat banyak pokok tradisional yang tumbuh disekitar kampung Ambo seperti pokok keriang, setar,gemia,pokok rambai,tekukur(dah lama dok jumpa pokok ini ,pupus).Pokok rambutan kampung,pohon celagi(asam jawa),pokok kandis dan asam gelugor.
kebiasaannya dibawah pokok besar dan rendang terdapat gerei atau tempat duduk yang di buat untuk penduduk berhenti lenguh atau berehat.selepas bersawah atau berkebun.Tempat itu juga tempat Ambo dan saing duduk main atau medan kami berkumpul dan melakukan aktiviti kami sendiri.Play ground laa...
Pokok nadir yang lain yang terdapat di tepi sungai seperti pokok Keriang dan pokok Keriat.Buahnya bulih dimakan juga tapi pokok ini kena panjat kalau nak diambil buahnya sebab buahnya kecil dan terletak di hujung dahan.Ambo pada masa itu amat handal panjat pokok ,siap dengan berlumba dengan saing ,siapa yang dapat panjat paling tinggi ..hee
Pokok sekuang(pupus jugok) juga ada terdapat dikawasan pinggir sungai dan di dalam semak, buah nya sangat masam ,Ambo dok berehi buwoh ni sebab kalu makan selalunya Ambo sakit perut.Pokok rambai juga banyak didalam kebun2 di sekitar kampong Ambo.Pokok lain yang besar seperti pokok asam jawa (chelagi),pokok gemia,setar,pokok asam kandis dan pokok asam gelugor dan pokok kechupu.
Pokok Mulong juga terdapat dikampung Ambo ,pokok ini pokok hutan yang daunnya boleh di buat sebagai bahan untuk dijadikan busur wau bulan .Pokok yang Ambo kenal seperti Pokok Beluru dulu ore tino kapung Ambo guno sebagai Shampoo asli, mereka ambil keratan batang akar pokok beluru di ketuk hingga lembut dan di rendam dalam baldi air ia akan mengeluarkan buih yang halus dan lembut, dari buih itu mereka jadikan shampoo laani mana ada lagi out dated dah,orang pun dah tak kenal akar beluru dah .Shampoo beli kedai lagi cepat...
Tang ni Ambo bulih pakai kata2 Mantan perdana Menteri dulu Tun Mahathdir katanya" Melayu Mudah Lupa".
Pokok buahan yang lain yang ditanam ditepi rumah seperti pokok cermai,pokok kattok puru,belimbing buluh,durian belanda,pokok sukun,jambu air dan jambu batu kampung saiz buah nya tidak besar tetapi sedap, pokok ini dah tidak ditanam orang lagi ,.....tak kormesial dah... yang ada ditanam sekarang adalah jambu madu ,jambu tampoi yang lebih berdaya maju dan lumayan..
                                                                                      
                                                                             


                                 
belimbing buluh
belimbing keris

buwoh kattok puru

buah durian belanda
                                                                                    

buah chuppu
 Ambo dulu ado jugak biasa makan buah kecupu atau chupu.  Pokok ni juga besar kalau nak makan buahnya mesti kena ambil pakai galah panjang untuk mengait buahnya atau lagi sedap jika makan terus diatas pokok,mesti kena panjat dulu .
Buah nya bila masak berwarna kuning oren ,buah muda juga sedap dibuat sambal campur ikan tawar,Mek ambo rajin duk buat sambal ikan tawar buwoh chuppu, cicoh dengan jering mudo masa makan nasi hok panas2 nyakuk dan selero sungguh Ambo...Laani kalu nok make sambal chuppu kena lah Ambo balik kapung .Buah ni tak dok jual pasar2 dah.


            

Pokok lai yang ada ditanam ditepi rumah dahulu seperti pokok sawonilo(ciku),pokok sukun dan pokok loneng                                                                      


pokok sukun
sawonillo
buwoh loneng
                                                                                

PS: Pokok yang   ditanam  seperti tanaman kebun juga banyak ketika itu. Sekarang Kg Pulong tinggal sebatang dua pokok yang besar dan tinggi yang lain dah ditebang dan pupus.

Sebenarnya Kg Pulong adalah kampung yang diduduki oleh kaum keluarga Ambo yang terdiri dari keluarga Tok Saudara Ambo iaitu Tok Su Ali  dia meninggal dunia semasa Ambo darjah 2 ,isteri dia nama Tok Su Limoh , dio ado 3 orang anok pertama Mek Hawa,kedua Mek Yam dan Pok Su Hamid.
Kelompok rumah nya terdiri dari rumah melayu lama berkembar beratap kan atap singghorra (atap bata keping) ,bertiang tingggi dalam 6 kaki lebih dibawah rumah nya adalah tempat kandang lembu dan kerbau peliharaan keluarganya. Dalam rumah ini menempatkan keluarga Pok Su Hamid dam Mek Yam serta anak2 maing2 jumlah nya lebih kurang 15 orang ketika itu dibahagian dapur masih mengekalkanbinaan rumah Melayu lama dinding  anyaman buluh dan terdapat kawasan lapang yang di panggil jemuran disitu terletaknya tempayan simpanan air untuk kegunaan harian.Bersebelahan adalah rumah lama juga tetapi era60an rumah
Mek Hawa dia tinggal dengan dua anak lelakinya yang sorang  Ambo panggil Hasan pok Kara dan adik lelakinya Mamat.Dibahagian belakang rumah ini terdapat tempat pelihara beruk Pok Su Hamid dipanggil Nunggul . Dihadapan rumah besar ini ada sebuah lagi bangunan kayu tempat simpan padi di panggil Rumah padi di bawah rumah padi ini adalah reban itik dan ayam peliharaan mereka.Rumah ini lah yang terakhir sekali yang Ambo kenal dan lihat sebagai rumah Melayu Kelantan Tradisi  zaman tahun awal 1900 yang Ambo ingat.Typical Kelantanese, Malay Tradisional House.Rumah ini menyembah bumi dalam tahun akhir 80an,selepas itu tiada terlihatan kelibat  lagi bayangan rumah sebegini di Kubang Kerian....Very Nostalgic  ever experienced in my life time....
Kemudian terus lagi menyusur kearah mentari jatuh yang Ambo panggil kawasan ini Alik Jattuh..Terdapat rumah Mak Saudara Ambo  iaitu rumah Nik Yam,rumah ini style 60an jugak tiada lagi jemoran dalam rumah dan dilelakang rumah itu terdapar rumah kecil yang layak dipanggil pondok itulah rumah Mak saudara kesayangan Ambo yang ambo panggil Mok Moh( Mek Selamoh) kerana dialah tempat Ambo merayu hal dan amat rapat dengan Ambo ,kalau hujung minggu Ambo selalu pergi tidur dirumahnya dam sebelun tidur Mok Moh selalu ghroyat bari (bercerita) kisah dongeng ,rekaan dan cerita hantu.Ambo suko dengar bari/cerita beliau.Arwah Mok Moh meninggal sewaktu ambo di tingkatan 3 dan dia meningal di Kg Bukit Kemudu di Setiu dan dikebumikan di sana .Bukit Kemudu adalah tempat anak tunggal nya bermastautin iaitu Mok Bidoh.
 Beasur lagi kesebelah alik hilir terdapat rumah Nik Moh juga mak saudara Ambo.Kemudiannya Ambo ngaji Quran dengan nya selepas Arwah Mok Noh berpindah ke Hulu Kruwak, Besut.Mok Noh telah Ambo cerita di episode lepas.Selepas itu keluar sedikit dari kampung menghala kealik hilir ada satulagi keluarga Pak Chu Adam dan Mok Su Wie ,mereka mengusahakan dodol yang dibuat secara tradisi.
Mereka ini mempunyai anak perempuan dan lelaki yang ramai nama yang masih di ingati adalah Adawiah,Noriah,Maziah,Fauziah,Mat Dahan,Mat Julai selepas sekian lama Mok Su Wie dan PAk Chu Adam Berpisah anak2 pun khawin dan bawa diri masing sehingga itu tidak pernah berjumpa lagi mereka2 ini setelah keluar dari kampung .Bisness dodol pun lenyap....
 PS: Itu lah Dunia Ambo semasa kanak2....tempat Ambo bersaing dan bermain....terasa sempit tapi pada hakikat nya ia amat luas bagi Ambo terlalu banyak pengalaman dan kenangan di kampung ini... segalanya tinggal kenangan Ambo tidak lagi menjadi penduduk Kg Pulong...Ambo keluar dari Kampung Pulong setelah berumur 16 tahun selepas itu hanya sekejab2 sahaja tingga bersama keluarga kerana tuntutan hidup kerana.belajar dan hidup berdikari sendiri....


1 comment: