Semuk Hitam
Dulu semasa bodoh zaman naif.
Engkau ku jadi alat permainan
Engkau, aku tangkap keluar dari lobang persembunyin mu
Dengan sedikt umpan pucuk kemucuk
Tanpa sedar mu gigit jua umpan diberi,Ambo tarik kamu keluar dari lobang,
Engkau ikut , bertapa jahil engkau tentang dunia luar Tertipu dengan sedikit helah
Tangan kecil yang nakal mencabut sesungut mu, kau nanar
Engkau bergomol sesama sendiri kerana hilang panduan
Engkau gigit sehingga mati rakan sendiri , dari sarang mu juga.
Engkau hilang pedoman sesunggut mu hilang
Sungguh malang...
Ambo dan rakan ketawa riang,
Melihat engkau berawan
Hai SEMUK HITAM...
Engkau tidak pernah belajar dari kesilapan
Keturunan mu akan tertipu dan terpedaya
Selagi ada manusia durja
Mengumpan harapan di air yang keruh
Sedar lah semut Engkau makhluk lemah
Berserah dengan bertawakal kepada Khalik Nya
Dunia Ini Penuh Tipu Daya...
PS: Ambo masa kanak suka tengok semut hitam bergomol (permainan ketika naif) .Ambo tarik keluar semut hitam dari dalam lubang dengan umpan pucuk/batang kemuchuk muda .Batang kemuchuk di hulur kedalam lubang semut hitam dan Ambo tunggu semuk cuba tarik hujung kemucuk kedalam lubang ketika itulah Ambo tarik keluar semut dar lubang nya. Sesungut Ambo buang dan letak dsemut dalam tudung tin milo sebagai gelangang ,kemudian saing Ambo lepas hok dio pulok . Jadi ambo pun tengok semut itu berlawan sesama sendiri sampai kalah salah satunya.
Jangan tiru perlakuan Ambo ini sebagai lipatan kenangan peribadi..
No comments:
Post a Comment