Sunday, November 7, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (19)


Penceritaan Ambo tentang Suasana Hari Raya Bhg.2
Pada kebiasaan nya Ambo pada pagi Hari Raya akan bangun seawal mungkin, terus mandi dan mempersiapkan diri untuk misi di hari raya, pakaiann baru yang dibeli Arwah Ayah diperagakan maklumlah pakaina baru hanya di beli sekali dalam setahun.Masa itu ia amat dihargai dan di sayangi sekali hingga pada malam hari raya ia dibawa tidur bersama.
 Kebiasaan nya Mek Ambo akan menyediakan ketupat palas,tapir pulut dan kuih akan di beli siap kerana rumah Ambo mana ada oven lagi pun letrik belum ada lagi masa itu.
Makanan istimewa pada pagi Hari Raya kebiasaannya adalah nasi dagang kelantan dan bihun goreng itulah yang mampu disediakan oleh Mek dan ayah Ambo.
tupat daun palas
                                                                              


suasana gembira

Orang dewasa sibuk nok ke masjid Ambo dan Geng sibuk nok   pergi serbu rumah yang sudah ada dalam  target plan for ambush.(rumoh orang kami anggap kaya/berduit)Mula2 kami akan pergi kerumah keluarga terdekat atau waris. tidak waris pun kami akan mengaku waris.  janji dapat habuan ,apalagi kalau tidak pitih... heee.



Masa zaman itu Angpow tidak wujud lagi ,duit main seluk dan terus bagi, kebiasaan nya pitih skeleng(siling) lah biasanya nok jumpa dapat duit rial(ringgit) jarang sangat.Kalau dapat duit duit $1 itu dah dikira lumayan.Ambo akan jalan ramai 2 dan berderet2 dalam satu kumpulan antara 3-5 orang kawan sahaja..Rumah sasaran setiap tahun sama saja kerana kami dah kenal dan mengikut pengalaman tahun sebelum nya.Kami dah tahu yang mana tuan rumah kedekut dan yang mana pemurah,Pada kami yang bagi duit itu pemurah jika tuan rumah bagi makan dan minum sahaja tanpa hulur duit dikira tangkai jering atau hj bhakil kedekut.Jange marah kutuk ...sikit. Belum pun masuk zohor kami dah ronda sehingga ke beberapa buah kampung dan sejumlah rumah target,kaki dah mula lenguh dan  melecit kerana kasut baru,maklumlah pada hari biasa  hanya  pakai selipar Jepun je..phase kami berjalan pun mula slow.  Banyak berhenti,kerana lenguh lantak larat bergerak.Ambo   biasanya berehat diwakaf tepi jalan. Sementara hilang letih kami akan duduk sambil mula mengira jumlah duit yang dah dikumpul,Mata duitan betul ...dan mula berkira2 untuk membelanjakan duit tersebut .Kebiasaan nya Ambo dan kawan2 beli meane(permainan) .Target mercun dan pistol peluru gulung.Bila hari mula petang kami berasur pulang kerumah masing2.





Setelah hari menghampiri lewat petang baru kami akan sampai ke rumah masing2 dengan buah tangan yang di beli dari duit raya biasanya bunga api,mercun dan pistol mainan. Kedai Chino Bacchi lah menjadi tumpuan kami dan kawan2 untuk berbelanja membeli semua itu,duit tu masuk poket cino balik ,mmmm
Sambil pulang ambo dan rakan2 akan bermain pistol mainan pulang dengan keletihan tapi gembira sekali, dengan hilai tawa kerana kepuasan.Maklumlah sekali dalam setahun dapat duit banyak. jika dapat kumpul  dalam  $10. masa itu dah kira banyak dah,Ambo kayooo Pak Cik kayooo..................  


.

No comments:

Post a Comment