Hari Yang Paling Di Nanti Semasa Ambo Budok2 ....&70an.
Hari Rayo Poso dan Rayo Haji.
Dua hari ini lah detik yang paling dinantikan semasa Ambo kecik2 ,samalah dengan budak2 yang sebaya dengan Ambo dulu kini dan selamanya .... Takbir pada malam Hari Raya adalah alunan yang paling menusuk kedalam jiwa dan ia meresap keseluruh urat saraf membentuk satu perasaan yang amat sukar digambarkan semasa Ambo kanak2 dulu...seperti mana ketahui sebelum Hari Raya umat islam seluruh dunia akan menunakan rukun yang ke3 iaitu ibadat Puasa di bulan Ramadan.Sebulan di bulan Ramadan adalah rutin pengalaman yang sungguh luarbiasa dan mencabar kekuatan diri dan
minda pada waktu itu, perkataan iman belum paham lagi waktu tu.....
Biasa nya pada bulan ini waktu yang paling di tunggu adalah waktu berbuka puasa,tentu masakan istimewa dan lain dari kebiasaan akan di sediakan atau di beli dari pasar,paling tidak masakan dari jiran2 terdekat .Kuih2 manis dan air batu adalah main course kemudian buah kurma penyet/kurma timbang seingat Ambo harga masa itu sekilo baru dale tiga amah ($1.50).Ambo selalu di suruh Mek untuk pergi beli air batu tongkol di kedai runcit biasa nya Kedai Pok Man (Kedai ini Ambo telah cerita di bahagian yang ke-16) , ambo panggil air batu takung . Peti sejuk tak kenal lagi masa itu,letrik pun tak sampai lagi kapung Ambo.Air batu di lomor /salut dengan serbuk kayu aka abuk gajji (abuk kayu dari sawmill).Bungkus dengan kertas surak hkoba cino.Letak atah gerei basikal ,Ambo kayuh balik rumah selalu (masa itu jugak), air batu tidak akan cepat cair bila di bungkus sebegitu.
Makanan/kuih manis kegemaran adalah Lompat Tikam dan Onde2 dan Teri Mandi.Akok kedut jarang2 di beli kerana mahal...adik beradik ramai masa itu dah tambah 2 orang lagi adik beradik Ambo Yasin dan Othman .Biasanya kuih 2 tu Mek (emak) ambo buat sendiri dan yang dibeli adalah Cendol dan Butir sagu.
cendol(hijauputih) & butir sagu(merah) |
akok kedut |
lompat tikam |
Ambo mula belajar berpuasa ketika berumur 10 tahun(darjah4) itu pun separuh2 ada penuh dan ada separuh hari, Hee,,he. kalau sebelah malam berderet2 lah jantan betino(lelaki dan perempuan) pakat gi balaisah ,ambo ikut jugak kerana pada bulan puasa adalah pelepasan istimewa dari Arwah ayah boleh keluar malam....sambil menyelam sambil minum air.Ambo pergi balaisah pada waktu itu ada tiga tujuan pertama bulih galok kedua buleh makan moreh dan ketiga freedom yahoo.dot .com laa Ambo masa tuuu. Masa orang dewasa sedang sembahyang terawih puak2 Ambo budak2 pakat main nusuk, main bedil buluh.(meriam buluh). WaW sekarang ni mana ada...bedil buluh ,budak2 sekarang nak buat pun tak pandai dah..
Tip cara buat meriam buluh :
1. Cari buluh yang sudah tua ( Buluh Betong jenis yang terbaik kerana wall thicknes tebal)
2. Ambil bahagian pangkal dalam 4-7 ruas. Buang segmen antara ruas dengan kayu bulat panjang lagi senang guna chhok betul.
3. Bahagian ruas paling akhir jangan di buang kerana tidak boleh dibuat meriam jika semuanya dibuang (hollow) '
4. Ukur dengan cara menjenkal jari bermula dari bahagian bawah .Dari segmen ruas buluh yang terakhir yang masih ada segmen/partition ,ukuran lebih kurang 1-2 jengkal jari dan tebuk lubang seluas ukuran ibu jari tangan.
5. Lubang kecil itu sebagai tempat isi air dan tempat cucuh bila menembak.( kuat bunyi saja peluru tadak)
Bahan utama sebagai peledak adalak Karbaid/mungkin Carbide nama kimia dia (Ambo panggil ubat kabak)Bahan ini juga boleh digunakan sebagai pemangkin untuk peram pisang./buwoh sawonilo (buah ciku).Ambo biasa beli ubat kabak di Kedai Cino Bachhik masa itu .
Kami saling berbalas tembakkan dengan budak2 kampung sebelah menyebelah kadang2 berlarutan sehingga ke larut malam.
Dulu masa Ambo main meriam buluh tiada yang kudung jari atau buta mata,mercun spesis baru yang kormersial Ambo dengar ramai budak2 masuk Hospital.
PS: Bersambung di part 2 cerita pasal Puasa dan Raya.... jeng2 tungguu...
buah tanjung |
nekbat |
No comments:
Post a Comment