Thursday, November 11, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (22)

                                                                                  
Sek Men Kubang Kerian
BerIlmu Dan Beramal
    
Penceritaan Ambo Lagi;
Setelah meninggalkan alam kanak Ambo memasuki alam awal remaja di Sek.Men.Kubang Kerian.
Mek Ambo panggil sekolah menengah dengan nama sekolah Aneka, sebab nya Ambo sendiri tidak tahu kenapa dia pangil begitu ,orang kampung Ambo pun panggil begitu juga. Pada tahun 1980 bermulalah episod baru dalam sebagai pelajar menengah pula. Ambo bertemu dengan kawan2 baru yang datang dari sekolah rendah disekitar pekan Kubang Kerian. Mereka datang dari Sek.Rendah Pasir Hor, Sek. Rendah Demit,Sek Rendah Mentuan Wakaf Stan dan ada juga segelintir dari Sekolah Rendah Long Ghafar Pasir Tumbuh, Sek Ren Seribong dan Sek Rendah Lundang.Ambo ,mendaftarkan diri didalam tingkatan 1Perdagangan 3.
Pada waktu itu tingkatan satu dan masa itu sesi sebelah petang. Jadi Ambo terpaksa berada dirumah pada sebelah pagi. Masa itu semua orang tiada dirumah yang tinggal adik Ambo yang bongsu masih belum bersekolah lagi.
Dia berumur dalam lingkungan 3 tahun ,Ambo lah jadi pengasuh dia sementara Mek pergi menoreh getah.
Semasa bersendirian dirumah bagaikan ada satu semangat baru timbul dari dalam diri untuk berubah,maksud Ambo mengubah nasib sendiri dengan belajar bersungguh - sungguh.
Mulai dari situlah Ambo mula rajin belajar kerana sering bersendirian . Ambo sebenarnya banyak kekurangan dalam pelajaran terutama Ilmu Hisab English dan mata pelajaran baru Perdagangan.Pelajaran yang Ambo minat sangat adalah Sain Paduan ,Ilmu Alam dan Tawarikh.
Ambo minat Matematik disebabkan oleh Cikgu Hanafi Ismail yang garang dan bekeng ,Ambo takut ke dio jadi terpaksa lah Ambo jadi rajin nok buat latihan. Geografi ambo minat kerana Cikgu Maziah Yusof yang baik hati dan perihatin. Perdagangan di ajar oleh Cikgu Noorul Aini ,English oleh Cikgu Razin dan Sains Paduan oleh Cikgu Nawang dan Cikgu Norilam. Cikgu inilah menjadi pemangkin kepada kekuatan semangat Ambo semasa di SMKK.
Ambo belajar brsungguh dengan niat untuk menjadi yang terbaik dalam darjah.Masa dalam tingkatan satu kawan baik Ambo adalah Rosli Ibrahim budak dari Jerangau Terengganu dia menjadi idola baru Ambo kerana dia cerdik.Sayang dia belajar di sekolah Ambo hanya 1 tahun sahaja kemudian masa tingkatan 2 dia balik semula ke kampungnya ke Jerangau. Peperiksaan akhir tahun Ambo bulen nombor molek buat pertama kali dalam sejarah persekolahan Ambo  iaitu nombor 3. Yahoo usaha Ambo berbaloi kemudian dinaikkan ke tingkatan 2P1 pada tahun berikutnya dan Ambo telah dianugerahi Biaswa Kecil Persekutuan ,Alhamdullilah syukur Ambo, Pertama kali Ambo memiliki buku akaun bank sendiri Akaun Simpanan Pejabat Pos yang kemudian ditukar menjadi Bank Simpanan Nasional Yang kekal sehingga sekarang.Jumlah biasiswa pada ketika itu sebanyak RM15 sebulan.Dengan duit tersebut Ambo telah gunakan untuk beli buku-buku latihan dan buku rujukan untuk peperiksaan SRP. Ambo semakin bersemangat lagi untuk belajar.
Ketika disekolah menengah perubahan yang ketara Ambo rasa adalah Ambo menjadi perumah dan asyik dengan buku dan belajar, dari budak yang suka berderat dan main Ambo berubah menjadi pelajar yang tekun.Dalam kelas Ambo sudah boleh bersaing dengan murid lain lang lebih pandai, What a Change i have done....
Ambo jenis tok leh nampak peluang untuk mendapat kan wang saku ,jika ada peluang ambo sanggup.Nok jadi ko cerito dekat rumah Ambo ada seorang Ustaz yang banyak pelihara kambing. Entah macam mana Ustaz Lah minta Ambo tulong alih kambing dan tengok kambing dio semasa dio gi ngajar beloh pagi.Dia beri upah RM 5 sebulan ,jadi Ambo sangup lah. Jadilah Ambo pengembala kambing sambilan sebelum gi ke sekolah, tugas ini  ringkas jah dalam pukul sepuluh pagi Ambo keno gi lepas belit tali kambing dan alih ketempat lain.Kerja senang duit pun dapat,weh.Dae setahun Ambo buat kijo gembala kambing separuh masa.
Hobi baru Ambo semasa lapang semasa ditingkatan satu adalah menanam pokok bunga. Ambo pong naik pelik bakpo tukar hobi ko tanam pokok2 bungo weh...Mungkin kerana sekarang banyak masa Ambo dihabiskan dirumah jika tidak ke sekolah atau kerana program Bumi Hijau semasa darjah 6 di SKKK dahulu.


PS: 1980  1P3 dalam kenangan.Baru Ambo paham sebab apa Mek Ambo panggil Sekolah Aneka,Bila Umur meningkat Macam macam ragam dan pesen kawan boleh ditemui dan dikenali .Usia remaja adalah waktu yang paling mencabar dan ia menentu arah tuju kehidupan kita selepas ini.

Keadaan sekolah menengah Kubang Kerian pada tahun  80an.Terdiri dari 3 blok bangunan  lama  dua tingkat yang menempatkan bilik pentadbiran ,bilik guru ,koop dan bilik darjah. Bangunan lama yang kedua di sambungka dengan bangunan pentadbiran oleh jejantas, di bangunan ini menempatkan bilik bengkel Seni Perusahaan (lelaki dan kelas masakan dan jahitan bagi mata pelajaran Seni Rumah Tangga(perempuan) sekarang ini mungkin mata pelajaran ini sudah di mansuhkan.Dibahagian hujuna terdapat bilik perpustakaan dan di tingkat bawah bilik makmal sains.
Satu blok lagi bangunan lama menempatkan bilik darjah dan dibahagian hujung adalah kantin sekolah.
Terdapat sebuah bangunan 3 tingkat yang baru di bina kelas 1P3 terletak di tingkat ke tiga.
                                                                      

ilmu jambatan kejayaan
                                                                          
                                                            

No comments:

Post a Comment