semuk urung sekuk |
Semangat Gotong Royong.
Perkataan ini memberi makna yang amat bermakna terhadap masyarakat Melayu dahulu, semangat ini juga ada dalam komuniti semuk yang di jadikan teras dalam kegiatan makhluk Allah ini. Manusia juga mengamalkan semangat ini dari dahulu lagi namun semangat tersebut semakin pudar dan hilang di telan arus perubahan zaman tetapi tidak bagi masyarakat semuk.
Perpatah melayu yang terkenal mengenai semangat gotong royong ada tersebut " Yang berat sama dipikul Yang ringan sama di jinjing". Sekarang gotongroyong akan di lakukan apabila majlis dianjurkan untuk mendapatkan liputan dari pihak2 tertentu sahaja.
Dahulu semangat gotongroyong sentiasa di jadikan amalan harian dalam kehidupan masyarakat melayu kita,
kerana faktor gaya kehidupan tradisi yang mengekalkan nilai murni. Nilai murni masyarakat melayu sekarang semakin pudar dan dilupakan oleh masyarakat moden hari ini.
Melayu semakin lemah dan layu akibat dari meninggalkan konsep murni dalam masyarakat itu sendiri.
Ambo nak bercerita tentang semangat Gotongroyong yang diamalkan di kampung Ambo semasa zaman Ambo budak2 dahulu.
Kalau dahulu sebut pasal kenduri kendara (bekwoh/makan gulai/majlis buat suro,makan beras baru) semuanya dilakukan secara semangat bergotong royong. Orang kampong masa itu terlalu ambil chakna terhadap keluarga terdekat dan masyarakat kampung mereka.Sebut pasal bekwoh ramailah mari pakat tulong
ada tulong beri tenaga,nasihat ,beri bantuan bahan mentah sedikit sebanyak mengikut kemampuan masing2.
Yang ada gulo bawak gulo, yang ada nyior beri nyior,yang banyak padi bawak beras bagi sedekoh kata mereka . Bilo majlis nok diadakan sehari sebelum itu ramailah puok jate tino pakat gi duk tulong.Puok tino bahagian tulong atah rumoh bahagian masok kuih muih dan menyediakan rempah ratus dan .Puok jate pulok bahagian tanoh buat kerja2 kasar seperti menyediakan bangsal ,siang lembu lapoh daging.dan persiapan untuk massok gulai.Suasana ketika itu riuh rendah dengan suka hilai,kosek mengosek dan siap dengan bertepuk tampar. Sekaraang kebanyakan nya suka menggunakan khidmat katering start dari A sampai ke Z.
jemelih lembu |
Dalam komuniti semuk amalan gotongroyong sentiasa diamalkan dari membina sarang hingga ke mecari makanan untuk dibawa balik ke sarang.
Lagu Rakyat;
Injit-injit semut
Siapa sakit naik Atas
Injit-injit Semuk
Sapa sakit naik Atas
Pucuk pauh
Delima batu
Anak semilang di tapak tangan
Sungguh pun jauh di negeri satu
Hilang di mata dihati jangan
Injit-injit semut
Siapa sakit naik Atas
Injit-injit semuk
Sapa sakit naik Atas
Dua lah tiga kucing berlari
Manakan sama
Sikucing belang
Dua lah tiga boleh Ambo cari
manakan sama Adik sa orang.
mencari kepastian hidup dengan meniti titian masa |
PS: Ambo Suko Semuk....
No comments:
Post a Comment