Saturday, December 25, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (69)


Penceritaan Lagi Dari Ambo dan Semuk

Pencinta Bunga-bungaan.
Minat dengan bunga kerana menghargai keindahan alam dan tumbuhan semenjak dari alam persekolahan lagi.
Ambo semasa dalam tingkatan 1-3 semasa di sekolah Aneka(sek. menengah) dulu pernah memiliki taman mini yang di tanam sendiri dilaman rumah semasa di kampung.Bunga yang Ambo ingat yang di tanam adalah bunga daisy,bunga matahari,bunga jepun ,pokok setawar,lidaah jin dan pokok lidah buaya dan pelbagai pokok yang berbunga dengan pelbagai warna,pokok bunga ini Ambo jaga dan siram setiap sebelum ke sekolah pada waktu petang.

Arwah Ayah juga suka menanam pokok di sekitar halaman rumah pada ketika itu pokok yang  dia tanam seperti pokok Podi,Bunga Raya,Bunga Melur,Bunga Raya ,bunga kertas dan bunga cempaka.Arwah Ayah amat perihatin dengan kebersihan kawasan sekitar rumah dan laman.Boleh dikatakan saban hujung minggu dan selepas pulang dari kerja Arwah ayah akan mencuci membuang rumput rampai,sampah di disekitar rumah.Pada masa itu laman rumah kami sentiasa di jaga oleh Arwah Ayah.
Arwah Ayah amat suka pada laman yang bersih dan kemas tiada sampah sarap bertaburan ,dia sendiri akan menyapu di laman jika hari hujung minggu sebelum ke kedai kopi kegemaran beliau di pekan Kubang Kerian.
Dia juga mengadakan peparitan di sekeliling rumah dan sentiasa membersihkan parit dari sampah dan rumpai yang tumbuh sehingga di bawah rumah pun beliau ambil chakna dengan membersihkan kawasan itu dari sampah-sampah sarap.Kerana dahulu kami rumah kampung yang bertiang tinggi jadi di kawasan bawah rumah tempat sampah berkumpul.
Ambo masih ingat dengan jelas Awrah Ayah suka membakar sampah sarap di tempat khas pembakaran sampah di belakang rumah pada waktu hampir maghrib dan sebelum mandi .Beliau sangat perihatin dengan kesihatan dan kebersihan didalam dan luar rumah.

Ps: Arwah Ayah sangat suka memberi kata-kata nasihat dan pandangan mengenai kepentingan kebersihan dan lama yang kemas dan menarik.

No comments:

Post a Comment