Friday, November 26, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (36)

CPP- Duyong B Platform pandangan dari Gas Compressor Module.
Duyong Field 1993-1997. Radio Sailor Address : Charlie PaPa PaPa...
Gas Platform.
Setelah bertugas di FSO selama lebih kurang 2 tahun Ambo dan Azman di hantar bertugas di Pelantar Duyong pada tahun 1993. Pelantar ini adalah platform Petronas Carigali yang pertama di majukan di Laut Cina Selatan milik penuh Petronas.Platform Duyong adalah Sebuah  komplek pengeluaran (central processing  platform) bagi medan gas yang membekalkan gas asli ke Ogt di Kerteh melalui Sotong Collector Platform. Gas asli di salurkan melalui pipeline di dasar laut ke terminal gas. Gas itu di meter (sukat) sebelum dijual kepada PGB(Petronas Gas Berhad) dan kemudian diproses untuk penguraian C1 ,C2 C3 dan C4 kemudian ia disalurkan ke seluruh Semenanjung Malaysia ,Singapura dan naik keutara sampai ke Kedah.Penyaluran ini dibawah PGU (Peninsular Gas Utilization).Segamat Penting dalam pemetaan penyaluran gas di Malaysia. Sebagai tempat pembahagian penyaluran gas keutara dan keselatan dari pipiline dari Kerteh.
 Ambo bertugas di remote platform termasuk Sotong Collector (Rccp) kira -kira setengah jam penerbangan dari Duyong B (mother platform). Hasil sampingan dari pengeluaran Gas ialah cecair Condensate.
Bertugas di sini selama 5 tahun lebih kurang Ambo bertukar lagi ke Pelantar Dulang.

Kawan baik Ambo Arwah  Bunyamin Sulaiman (meninggal akibat kemalangan kereta di Kg Labuhan Kerteh 2007) turut  bertukar kesana.

Ambo dan Arwah pernah round satu Malaya dengan Kereta pertama milik Ambo Charade Aura 1.0 DR6867.
Azman sudah resign pada tahun 1996.

Dulang B Platform (1997-2001)

DL-B
Ambo bertugas di Dulang -Oil Platform.
Intregrated Central Processing Platform. bagi pengeluaran Minyak Mentah.Platfom ini menghasilkan Waxy Crude.(Minyak mentah yang mempunyai sifat berlilin)
.Kembali semula ke Lapangan Minyak Dulang setelah berbakti di Duyong selama lebih kurang 5 tahun.Pelantar Dulang memakan masa kurang dari satu jam penerbangan dari Lapangan Terbang Kerteh.Kenangan indah di sini Ambo mulai mengilai aktiviti memancing. Woi.. banyok sungguh ikan di sekitar laut ini weh... dari mencuba terus menjadikan ia hobi.Aktuviti ini Ambo teruskan sehingga kini. Pengalaman lain disini yang Ambo dapat ialah pengendalian Water Injection Module,Gas injection dan Gas Lift operation, berkesempatan belajar tentang WireLine operation,Well Work over dan Well Cleaning dan banyak lagi teknologi industri Petroleum. Drilling Rig seperti Teknik Berkat pernah mengadakan operasi Well WorkOver di Dulang B,A,D dan C.





Bekok C 2002-2004
Gas and Oil Producing Platform.
Dipindah lagi ke lapangan minyak PM-9 .Take over dari Esso inc. Ambo di tugaskan ke Bekok C.Ambo disana selama 2 tahun setengah dan sedar tak sedar dah lebih dari 15  tahun Ambo menjadi Manusia Amfibia.Ambo mengambil keputusan untuk beralih angin ke pula berkerja di darat.Anok dah ada 4 orang ,Weeh bilo.. cepat sungguh production... Anak  makin membesar dan perlu perhatian lebih, dunia makin mencabar kehidupan kini tidak sama seperti zaman Ambo lalui semasa kanak-kanak dahulu di Kg Pulong.
Ambo ditukarkan ke Kemaman Supply Base sebagai Material Support Group pula di sana.

Kenangan Bekok C 2002-2004



PS:  Kg Geliga Darat dan Pantai Chendor dalam Kenangan....tinggal di sana selama 1 tahun saja.

Kemaman Supply Base 2004.
Carigali Ware House to cater offshore and onshore materials support.

Ambo bertukar ke darat pada bulan March 2004 dan lapor diri di KSB bersama rakan Hamid Zakaria.
Bertugas tak sampai setahun disitu peluang datang lagi Ambo kembali ke bahagian Peninsular Malaysia Operation (PMO)semula dengan bertukar lagi ke OGT.


Kerteh Onshore  Control  Centre(KOCC)


Onshore Gas Terminal - Kerteh. 2005- 2999.... kalu tak pencen dan operasi ada lagi..Haaa.
Gas Terminal to meter gas sales to Gpp and processing plant on shore.

Ambo dan Semuk
OGT Kerteh.
0700 Hrs.

No comments:

Post a Comment