DyB Control Room 98. |
Penceritaan Dari Ambo Dan Semuk Lagii...
Permainan di padang semasa kanak-kanak dan awal remaja ..
Main Hoki.
Kami amat kreatif dalam mencari kelainan dalam permainan semusim ,Hoki adalah permainan semasa ketiadaan bola sepak . Ambo nak beli sebiji,bola getah pun kena tunggu berbulan-bulan buat tabung kutipan untuk beli bola sebiji.Sementara itu kami akan beralih kepada permainan hoki kampung.Pertama sekali kami mencari pelepah pokok nibung yang banyak tumbuh disekitar kampung,pelepah nibung yang kering itu di buang daun dan batang pelepah tadi secara asalnya menyerupai batang hoki pada pandangan mata kami..Upih nibung di buang juga tinggal pangkal dan batang nya .Bahagian ini Ambo dan kawan-kawan jadikan stick Hoki,bola di gunakan adalah bola tennis ,Ambo dan kawan-kawan panggil bola kaduk.Permainan hoki kampung ini memeriahkan suasana petang di padang tanah rang.
Main Gurah atau Guli
Guli masa Ambo kanak-kanak dulu ada sebesar ukur lilit duit siling 50 sen ,diperbuat dari dalam bentuk yang agak berat.Sebiji harganya 15-25 sen saja.Guli ini berbeza dari guli yang ada sekarang(marble),Guli ini Ambo panggil Guli mata kucing kerana warna yang pelbagai terdapat dalamnya,Guli ini di jadikan permainan selambuk dan permainan congkak.Berbalik kepadapermainan buah gurah tadi .Kami akan buat satu lobang seluas tumit kaki,kerana lubang tempat gurah masuk pun di gali dengan cara menunjal tanah dengan mengunakan tumit kaki sahaja.Permainan ini dimainkan semusim jugak
Bola Padang
Permainan ini amat popular dan dimainkan sepanjang tahun,bermain bola dalam hujan mencurah-curah pun jadi jugak ,sambil bermain bola dengan main hujan sekaligus.Kami biasanya mengadakan perlawanan antara kampung apabila hujung minggu seperti petang jumaata atau hari sabtu.Pemain tidak di benarkan memakai kasut semuanya berkaki ayam ,kadangkala memakai kain pelikat dengan cara bercawat kotei.Orang Kelantan tahu bagaimana nak bercawat kotei..Haa...
Tiang gol di buat dari batang buluh dan palang dari buluh juga.
Lompat Tinggi
Acara sampingan yang di reka dan ditiru dari acara sukan di sekolah adalah Lompat tinggi.Pole di buat dari kayu 2'x 2' dan di pasang paku untuk penanda aras keringgian ,palang di pebuat dari kayu bulat yang di ambil dari semak dan huran sekitar kampung.Permainan inijuga menjadi salah satu permainan semasa kanak-kanak dahulu.
No comments:
Post a Comment