Novel klasik yang saya masih ingat bertajuk Nyawa DiHujung Pedang karya Ahmad Murad ,novel ini menjadi terlalu nostalgia kerana ia merupakan novel pertama yang di baca selepas mahir membaca dalam darjah 3 semasa di SKKK dalam tahun 1976. Bermula dari situ Ambo mula minat membaca siri novel kanak-kanak dari siri alih bahasa karangan Enyd Blyton seperti Siri Pengembaraan Noddy,kemudian beralih kepada Siri Pengembaraaan Lima Sekawan.Selain dari itu pebagai buku cerita dan kumpulan cerpen di pinjam dan di baca dari khutubkhanah sekolah.Setelah meningkat umur Ambo beralih kepada novel-novel lebih ilmiah dan berat dari karangan pengarang tersohor di negara kita dan indonesia.
Sampai kehari ini kalau ada kelapangan dan duit lebih Ambo masih lagi membeli pelbagai jenis buku dari pelbagai genre merangkumi pelbagai topik dan minat.Kebiasaanya dari pengentahuan am,teknologi, novel buku berunsur agama,motivasi dan pelbagai lagi, dalam bahas Melayu dan bahasa English.Paling muktahir dalam minggu lepas. Ambo ada beli 4 biji buku dari Toko Buku DBP di Paka,Kedai ini baru dilawati dan setelah meninjau beberapa jam ternyata banyak khazanah lama tersimpan ,toko buku ini akan Ambo kunjungi lagi kerana terdapat banyak buku-buku keluaran tahun -tahun 60an-80an terletak di rak-rak belakang.
Buku yang dibeli dari toko itu minggu lepas , Tajuk Berakit Batang Pisang karya Sahul Ahmad,Koleksi Puisi Negeri Ini Anak dari Masli No dan Kamus Puisi (DBP) serta sebuah buku Kumpulan Pantun Pilihan dari NA Salleh(Pustaka Al Falah).
Disini Ambo nak paparkan rencana dari Harian Metro tanggal 31 Jan 2011 bekata tentang minat membaca rakyat Malaysia dimasa ini....
Purata rakyat Malaysia baca dua buku setahun
Berdasarkan kajian dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun , terendah antara negara di Asia.
Dalam hal ini, rakyat India mendominasi dengan 35, Thailand (25) dan Indonesia (18).
"Dari situ, kita dapat melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap aktiviti membaca. Jadi bagaimana ingin melonjakkan diri menjadi masyarakat berilmu jika aktiviti mudah ini sukar dilaksanakan?"
Suatu ketika, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengehadkan cetakan buku untuk sesuatu tajuk kepada 1,000 hingga 3,000 naskhah saja berbanding 3,000 hingga 5,000 naskhah pada era 80-an.
> PERANGKAAN 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun berbanding 180,000 judul di China, 116,000 (United Kingdom), 60,000 (Amerika Syarikat) dan 45,000 (India).
Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun itu, hanya 1,273 atau 32 peratus bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.
> KINI kebanyakan institusi pengajian tinggi awam mempunyai bahagian penerbitannya sendiri selaras usaha memperkaya dan memperbanyakkan lagi penerbitan bahan berbentuk ilmiah kepada masyarakat.
PS: Kemahiran membaca dimiliki oleh semua yang mengenal huruf dan boleh mengeja ,jadi kenapa kemahiran ini tidak di pergunakan sebaik mungkin untuk menjadi budaya dalam Keluarga sendiri,Walaupun kita bukan ahli ilmuan,pengarang ,pendidik maupun pensyarah universiti.Sekalipun kita sebagai tukang rumah,penjual di pasar malam
pekerja kilang atau apa-apa sekalipun kita.Membaca adalah Jambatan kepada Pengetahuan.Kita mungkin tidak mampu menjelajah ke seluruh pelusok dunia tetapi melalui buku dan pembacaan kita mampu menjelajah segenap inci kehidupan masyarakat dunia....
No comments:
Post a Comment