Penceritaan Dari Ambo dan Semuk Lagii...
Mencari Lubuk.
Ambo Sebenarnya bukanlah Kaki pancing yang mahir dan handal ,tetapi minat memancing dari zaman kanak-kanak lagi.Masa dulu Ambo suko tangkap ikan di sungai,paya dan kubang.Pengalaman memancing anak ikan seluang,puyu dan sepat di baruh.Pancing dari batang buluh dan tali tangsi,umpan cacing.
Bila musim kemarau kubang dan lopak di paya menjadi sasaran mengagau ikan keli dan belut.Pada masa itu ikan keli akan berada di kubang atau lopak hampir kering.Ambo dan saing-saing tangkap ikan pakai jerkap buluh saja.Ikan keli ada dua bangsa pertama keli kayu(hitam) dan keli lembut(putih)@keli mok moh Ambo panggil.
Semasa Ambo menjadi warga pelaut (pelantar minyak) aktiviti memgail atau memancing menjadi aktiviti sampingan secara sembunyi-sembunyi.Ambo pakai serek dan tali tangsi 150lbs dengan perambut 40lbs.panjang tali sebanyak 5-7 gulung digunakan lebih kurang 120 kaki.Pengalaman memancing dari atas pelantar minyak terutama semasa berada di remote platform amat lumayan,Maklumlah lubuk ikan di tengah-tengah laut ...Kawasan kaki jacket dan wellhead area merupakan kolam pancingan kegemaran .Masa bulan puasa adalah waktu ikan senang dipancing dan hasilnya amat berbaloi,sebut saja ikan yang apa yang tidak pernag dinaikkan Merah sambang,Jenahak,Merah Belang,Kerapu Pisang,Kerapu Keling,Anak Kertang,Bayam,Ikan Barat,Ikan Cermin,Kunyit,Kerapu Bara,Haruan Tasik,Telinga gajah ,Anak yu dan bermacam-macan specis lagi yang dapat di naikkan .Umpan pakai sotong,ikan selar,ikan aya dari freezer.
sekarang Ambo dah retired dari laut dan memancing sudah sebati dengan Ambo kerana lebih 15 tahun menjadi hamba laut sebagai pekerja pelantar Minyak di Laut Cina Selatan weh...
Kerana minat memancing sudah sebati Ambo memiliki koleksi joran dan pancing untuk pantai dan kuala dari aksi sederhana kepada aksi lasak.Dengan tambahan 2 set casting Berjenama .Berpuluh-puluh jenis umpan tiruan dan Lure untuk Casting.
Dalam semua tempat dan kuala Ambo jelajah tempat dan lubuk terbaik adalah Pelantar Minyak jugak NO 1.
Patang letak umpan nggap selalu sekali naik tidak-tidak 2-3 kilo sekor.
No comments:
Post a Comment