Monday, January 10, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (68)

Penceritaan Ambo dan Semuk lagii...

Hari ini rasa nak bercerita tentang binatang yang menjadi permainan zaman kanak-kanak dulu dalam tahun-tahun70an. Serangga  haiwan yang paling rapat dalam kehidupan dimasa kanak-kanak.

Tangkap Pepatung@Buting beliong@Tuyuk@Sibur-sibur.

Sibur-sibur atau Pepatung.
Tangkap Pepatung atau Sibur-sibur
Buting beliong di tangkap dengan menggunakan alat tangkapan khas tang di reka sendiri.Caranya mudah sahaja ambil sebatang lidi kelapa kemudian di cucuk kepada batang ubikayu yang sebesar kelingking lidi tadi di bentuk menjadi melengkung separa bulat sepetri bentuk reket badminton dan ambil pula sarang labah-labah biasanya sarang laba Lutong yang mempunyai daya melekat yang agak kuat.Pergi di tepi pagar belakang rumah di sekitar tanaman pokok nenas ,sebab buting beliong atau Sibur-sibur suka hinggap di hujung daun nenas.Tekap perlahan-lahan di bahagian sayap dengan sendiri ia akan melekat di perangkap tadi.Jadi boleh lah bermain Catch and Relese Binatang Buting Beliong tadi.






Tangkap Kumbang dan Kabor Nyior
Kumbang Belang @Kabor Nyior
Kumbang ini biasa dijadikan  permainan dizaman kanak-kanak,Kumbang Belang akan ditangkap di pokok kelapa yang sudah di tebang dan telah diambil umbut.Tinggalan bahagian umbut itu menjadi tarikan bagi Kabor Nyior untuk datang berkerumun memakan jus dari tinggalan umbut yang telah masam tersebut.Kumbang ini akan di ikat benang di bahagian kaki dan di biarkan terbang sambil berpusing-pusing mengelilingi mengikut panjang tali benang tersebut.

Kumbang Tanduk

Kumbang Tanduk@Kabor Tanduk

Kumbang ini di tangkap di batang kayu dan juga di batang pokok pisang didalam kebun.Kumbang ini di ambil dijadikan serangga peliharaan dengan memasukkan kumbang ini kedalam bekas atau balang kaca Nascafe dan di tutup muka lobang dengan kain dan di lilit dengan getah urat (getah pengikat).Serangga ini di beri makan unbut pucuk nenas atau umbut pucuk tebu.Di pelihara sehinga berminggu-minggu dalam bilik tidur atau biletak diatas meja membaca di bilik bacaan.


Semut Hitam






Semut ini ditangkap dari dalam lubang disekitar keliling halaman rumah.Pucuk kemucuk digunakan untuk mengail semut ini dari dalam lubang sarangnya.hujung lembut pucuk kemucuk tadi menjadi tarikan semut hitam dan menggigit dengan kuat dan ia senang di tarik keluar dari lubang nya.Semut ini akan di buang sesunggut dan di lepaskan dan akan bergomol sesama sendiri(bergusti).Permainan ini adalah permainan sampingan menghilangkan masa luang sahaja bukan menjadi hobi.


PS:Kumbang lilin mentadak mentadu dan belalang juga dijadikan permainan masa kanak-kanak dahulu.

No comments:

Post a Comment