Monday, January 24, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (74)

Kenange Maso Mudo Belio sekitar 80an duluh..di Kg Pulong...

Ambo selongkar Album lama yang dah dilupakan sekian lama ,banyak yang rosak dari yang elok ...Gambar pun dah Blurr dan kelabu color nya. Gambar ini di snap pada hari Bekwoh bawa balik menantu ...ipar perempuan isteri Abang  Hadi sekitar tahun 1985 dahulu.
Dalam Gambar tu Ambo ,anak dua pupu,sepupu dan anak sepupu masa ini semua pupu datang bagi meraikan hari buat makan atau Bekwoh bagi kenduri khawin..Mereka semua adalah teman sepermainan semasa zaman kanak-kanak Ambo.
Masa ini  perempuan style tudung jarang lagi semua main pakai skaf yang hujung nya di ikat di belakang tengkuk,...Zaman Ramlah Ram tengoh duduk sohor atau terkenal...Baru lepas menang Bintang RTM..

Gambar ning satu-satunya yang mengumpulkan Ambo adik -beradik dan Arwah Ayah yang masih dapat diselamatkan dari total damage dari album lamo Ambo hok tesembunyi dari pandangan sekian lama..
Adik Bungsu dalam pelukan Ambo masa ni baru berumur 7tahun sekarang dah berjirah ke Sabah kerana kawin dengan orang Sabah 2 tahun yang lalu...Yang lain tu dah beranak pinak dahh...
Abe abo tu Guru di Pasir Mas,Mae paling berjaya dalam bisness sendiri selepas grad dari UUM dan Yasin sebagai Pensyarah selepas grad dari UTM.Ambo sore jah jadi kuli dari mudo pah koo looning,nok buat guano rezeki ,Alhamdullilah syukur kepada Allah s.w.t  dari keluarga yang tak dok gapo sekaro dah senang sikiik kerana semangat juang adik-beradik dalam menuntut ilmu pelajaran...

Haaa Gambar ni molek sikit dari yang diatas ....Kenangan bersama adik beradik semasa dahulu sebelum masing-masing membesar bagai johan dan membawa keluarga sendiri kini...The Picture May Fade But Beautiful Sweet Memories Last LOnger... 


Ps: Bila Ambo tengok Pic ni baru sedar terlalu cepat masa berlalu ....Sekarang dah ada anak remaja dahhh...

No comments:

Post a Comment