Saturday, January 22, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (73)

                                                                 SAFETY FIRST

KESELAMATAN  ADALAH  FAKTOR PENTING DALAM PEKERJAAN MINYAK DAN GAS.

Ambo sebagai pekerja dalam Industri ini telah di latih dan diberi pengetahuan yang mencukupi untuk digunapakai semasa bekerja,bagi memastikan operasi menjadi selamat dan berkesan. Perkara utama yang di titik beratkan adalah penguasaan ilmu dan teknologi yang di perlukan bagi kelancaran proses dan kepentingan keselamatan nyawa ,peralatan industri dan alam sekitar juga amat di titik beratkan semasa bekerja.
Dengan kesedaran dan kepentingan keselamatan nyawa ,harta dan alam sekitar pelbagai latihan telah di wajibkan keatas semua pekerja industri ini,dari peringkat paling bawah sehinggalah keperingkat tertinggi dalam organisasi.
AKTA :
Keselamatan dan Kesihatan,Kebajikan Pekerja tertakluk didalam Akta 514.(OSH) dan OSHA ACT 1994..Ia dikuatkuasa Akta dan penyebaran maklumat oleh DOSH , latihan  di lakukan oleh NIOSH.
Bagi EQA Act 1974 (ACT 129) adalah bagi Alam Sekitar yang di kuatkuasa oleh DOE.

Kepentingan keselamatan adalah faktor utama "SAFETY FIRST".
Disamping latihan dan pengetahuan pekerja di bekalkan selengkapnya dengan segala macam peralatan keselamatan persendirian.
Latihan kemahiran wajib di laksanakan untuk tujuan itu seperti:
1.Damage Control Team Training.
2.Fire Fighting and Rescue.
3.First Aid.
4.Sea Survival Training.
5.HuET Training.
Pelbagai skill dan kemahiran telah di bagi untuk tujuan keselamatan nyawa ,harta benda dan alam sekitar telah dilalui oleh setiap pekerja,

No comments:

Post a Comment