Saturday, January 22, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (72)


Beca Roda Tiga atau Teksi Roda Tiga.

Pengangkutan yang pernah mewarnai kemeriahan dan menambah sibuk kenderaan di sekitar pekan dan bandar di Kota Bharu sekitar tahun 70an.Pada masa itu perkhidmatan beca roda tiga amat popular kerana kemudahan one stop yang di beri.Kenderaan ini amat banyak kelihatan di sekitar stesen Bas ,Kereta Sewa dan sekitar Pasar di daerah dalam negeri Kelantan.
Setelah beberapa dekat kemegahan Beca Roda Tiga menguasai sistem perkhdmatan pengangkutan berhenti-berhenti dahulu sekarang memasuku zaman gelap dan suram.Semakin hari perkhidmatan ini semakin terpinggir dan jarang kelihatan di jalan-jalan raya di sekitar bandar dan pekan.
Kemudahan pengangkutan ini bukan lagi menjadi pilihan kerana kehadiran begitu banyak motorsikal dan pengunaan kereta persendirian .
Sekaran masih terdapat sedikit beca jikalau kita melintasi pasar Besar Kota Bharu,itu pun banyak menunggu dari bergerak di jalan raya.Generasi moden sudah tidak kisah lagi dengan pengangkutan beca ini.
Ambo pun last sekali naik beca roda tiga kira-kira 9 tahun lalu ,itu pun kerana anak-anak ingin merasai pengalaman menaiki Beca Roda Tiga,kami mengupah tukang beca dan ronda bandar KB dalam 1 jam sahaja .
Jikalau dahulu zaman Ambo kanak-kanak Mok Ambo selalu menggunakan beca apabila ingin ke Pusat Kesihatan Kecil Kubang Kerian semasa kami sakit demam dan semasa Mok pergi membuat pemeriksaan kandungan semasa mengandung.

PS: Ambo suko duduk di bahagian bawah bukan di pangkin ,kerana suka melihat ke bawah lantai teksi /beca
masa itu perasaan Ambo rasa seperti beca itu berjalan dengan sangat laju sekali....

No comments:

Post a Comment