Tuesday, January 18, 2011

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (71)

Pelakon : Heroin Zeenat Aman,Amjad Khan ,Vinod Kanna dan Amjad Khan
filem tahun 1980.

Kenangan pertama kali menonton wayang cerita Hindustan dalam tahun80an ,Ambo bukanlah peminat wayang sebenarnya tetapi Ambo ada kenangan dengan panggung wayang kampung (panggung Cokkoh) dimana wayang gambar datang di tayangkan ke kampung-kampung pada zaman itu.
Filemnya  yang Ambo masih ingat , pertamakali melihat wayang gambar adalah filem Hindustani (Qurbani) dalam tahun 1980.
Kebetulan ia ada di adakan di Pasar Basah Kubang Kerian@kedai ikan.
Kisahnya begini , Rumah Arwah ayah Ambo dulu dikampung, terdapat sebuah rumah sewa yang di sewa oleh 2 pasang kelamin yang datang dari negeri Pattani,Thailand(alek siam@orang alik barat) .Ambo maso tuh dalam tingkatan satu dan baik dengan mereka. Pada hari itu semasa balik dari sekolah petang dan melalui rumah sewa mereka ,Kak Joh dan Kak Noh telah mempelawa saya menemani mereka untuk menonton wayang di pasar Kubang kerian cerita best kata mereka, filem Qurbani. bercorak muzikal.
Selepas magrib seperti yang dijanjikan Ambo pergi bersama mereka, selalunya Ambo  pergi mengaji Quran di madrasah tapi pada malam ini Ambo ponteng kerana teruja mahu menonton wayang buat pertamakali dalam hidup...
Panggung wayang chokkoh ini di adakan  di kawasan lapang didalam kawasan pasar dimana sekeliling kawasan panggung di tabiri dengan kain guni yang menghalang pandangan mata.
Ambo masuk dengan bayaran 50 sen tiket dan Kak Joh dan Kak Noh masing-masing $1.50 seorang,Tiket Ambo dia orang belanja. kami duduk di atas tong ikan kayu yang disusun dari awal oleh penganjur.
Pemancar wayang berada di bahagian belakang dan di pancar ke kain pemidang berwarna putih(kelir wayang) di hadapan,Ambo menikmati wayang pertama dengan penuh  kuysuk sampai tammat tayangan...

PS: Kenangan Panggung Wayang Ckokkoh yang sekarang tiada lagi,....kerana peredaran zaman dan kemajuan teknologi semasa filem sudah boleh dilihat di ruang tamu masing-masing melalui Big screen tv dan home theatre set ...Menonton wayang dalam rumah .

No comments:

Post a Comment