Wednesday, December 22, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (66)

Jenama Warrior terkenal semasa dalam tahun 80an di sekolah menengah.
Sejenis lagi jenama Panda semuanya produk kasut sekolah   Hui Li  China.

Penceritaan pasal kegilaan atau minat semasa sekolah di tahun70an dan 80an dulu.

Dalan tahun 1973-1979 adalah zaman kanak-kanak disekolah rendah,banyak benda yang di minati pada masa itu .Bola sepak adalah sukan yang paling terkenal di zaman saya di sekolah rendah.Selari dengan zaman kegemilangan bolasepak di tanah air.Era 70an dan awal 80an adalah zaman emas pasukan bolasepak Malaysia di persada antara bangsa di Asia pada amnya dan di Asia Tenggara terutamanya.
Setiap hari permainan yang di mainkan di sekolah mesti perlawanan bolasepak pada masa sessi Pelajaran Jasmani dan juga bila tiba waktu rehat. Pada waktu rehat yang mengambil masa dalam 45minit-1 jam pun kami masih boleh bermain bola.Kadang-kadang perlawanan di antara dua kelas boleh dilangsungkan dalam masa yang suntuk itu.Begitulah bila bola telah menjadi sukan no 1.Kasut sekolah pada masa itu kami beli kasut getah berjenama Bowling yang mempunyai Stud getah di tapaknya.Kasut ini sebiji macam kasut bola kulit yang digunakan oleh orang lebih dewasa semasa bermain bola.Warnanya putih dan tahan dari menyerap kotoran dan senang di cuci kerana getah itu tidak menyerap kotoran.

Tinju dengan jenama Ali...Ali..Ali..

Pada zaman itu juga sukan yang yang amat ditunggu oleh orangramai adalah perlawanan Tinju.Sukan tinju amat terkenal dan menjadi ikutan peminat di Malaysia pada ketika era peninju terkenal dari Amerika yang berugama Islam iaitu Muhammah Ali.Saya masih ingat dalan tahun 1978 kalau tidak silap satu perlawanan tinju melibathan Muhammad Ali berlangsung.Masa itu ia berlaku pada waktu pagi semasa sessi persekolahan kami.Sekolah kami dengan kebenaran Guru Besar pada ketika itu En Ibrahim Awang telah membenarkan perlawanan langsung itu di tonton bersama di dewan sekolah secara beramai-ramai.

Ali was a fenomena all around the world in 70tees.
Ps: Masa disekolah rendah jenama kasut yang diingati ialah kasut Bata Badminton Master,Kasut Fung Keong dan kasut getah berjenama Bowling.Sejenis lagi adalah Kasut Bata Chap Rimau Bintang.

No comments:

Post a Comment