Tuesday, January 4, 2011

Semut dan Ambo

Sambungan Dari Naskah  BERKAT .

Tiada Tuhan Melainkan Allah.


"Dialah Allah,Yang Menciptakan sekalian makhluk;Yang mengadakan (dari tiada kepada ada);Yang membentuk rupa (makhluk-makhluk Nya menurut yang dikehendaki Nya);bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi;dan Dialah Yang tiada bandinganNya;lagi Maha Bijaksana " -- Surah Al Hasyr Ayat 24.


Mukasurat ke 12


Menjadi Saksi Kebenaran.


"wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan,lagi menjadi saksi(yang menerangkan kebenaran) kerana Allah,sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibubapa dan kaum kerabat kamu.Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa),kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya.Oleh itu,janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan.Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan(daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengentahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" - Surah An Nisaa Ayat 135.


".... dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.Dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." - Surah Al Maidah Ayat 8.


Mukasurat ke 14




Al Quran Itu Satu Rahmat Allah


"Sesungguhny AlQuran in adalah hidangan lengkap dan lazat dari Allah,maka pelajarilah dan rasapi dengan penuh penghayatan dari yang dihidangkan Allah itu sekuat kemampuan.Al Quran ini adalah tali Allah, ia adalah cahaya yang nyata, ubat yang bermanafaat,menjadi bebteng bagi orang yang berpegang teguh padaNya,menjadi penyelamat bagi orang yang mengikutinya,tiada yang bengkok kecuali diluruskan,tidak ada yang condong ecuali ditegakkan,dan tidak pernah habis keajiban-keajibannya,maka bacalah Al Quran, kerana sesungguhnya Allah memberikan  pahala kepada anda setiap huruf mendapat sepuluh kebaikan,Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf,tetapi Alif satu huruf ,Lam satu huruf dan Mim satu huruf." - Hadis Riwayat Al Hakim.




Mukasurat ke 15


Muhammad Rasulullah Satu Rahmat Allah




"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),melainkan unntuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" - Surah Al Anbiyaa' Ayat 107.




Kehidupan Itu Satu Ujian


"... Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayt Allah),dan ang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keeesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." - Surah Al A'raf Ayat 179.

No comments:

Post a Comment