Monday, January 3, 2011

Semut dan Ambo

Sambungan dari Naskah BERKAT 




Mukasurat ke6


Mencari Kententeraman Jiwa Dalam Kerukunan Rumahtangga.


"Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya ,bahawa ia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,dan dijadikanNya diantara kamu (suamiisteri) perasaan kasihsayang dan belas kasihan .Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
Surah Ar Rum Ayat 21.


Mukasurat ke7


Beradab dengan kedua ibubapa.


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan,supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.jika salah seorang dari keduanya ,atau kedua-duanya sekali ,sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar)sekalipun perkataan "Aah",dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katalah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun)".




"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayang mu,dan doakanlah(untuk mereka ,dengan berkata) "Wahai Tuhanku!Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasihsayang nya memelihara dan mendidikku semasa kecil"


Surah Al Israa' Ayat 23 & 24.


Mukasurat ke8


"...Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua;dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa..."-Surah An Nisaa Ayat 36.


"...Janganlah kamu menyembah melainkan Allah,dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa..."
Surah Al Bakarah Ayat 83




Anak Adalah Amanah


"Tiap-tiap anak dilahirkan dengan fitrah(yang suci) sehingga ia pandai berkata-kata,maka ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi .. Hadis Al Aswad bin Surai.


Mukasurat ke 9


Tujuan Hidup


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu.Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka,dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makanan kepadaKu.


Sesungguhnya,Allah Dialah sajaha Yang Memberi Rezeki (kepada sekalian maklukNya, dan dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya".  - Surah Adz Dzariah Ayat 56-58.


Mukasurat ke 10


Akhirat itulah Hidup Sebenar.


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya,jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tiada lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan lupakan hari akhirat)"- Surah Al Ankabut Ayat 64.


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan" - Surah Al Qashash Ayat 77.


Mukasurat ke 11


Tiada Tuhan Melainkan Allah.


"Dialah Allah,yang tidak ada tuhan melainkan Dia;yang mengetahui parkara yang ghaib dan yang nyata;Dialah Yang Maha Pemurah,lagi Maha Menghasihani"


'Dialah Allah,yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;Yang Menguasai(sekalian alam);yang Maha Suci;yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);Yang Maha Melimpahkan Keamanan;Yang Maha Pengawal dan Pengawas;Yang Maha Kuasa;Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya);yang Melengkapkan segala KebesaranNya.Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya".- Surah Al Hasyr Ayat 22 & 23' 

No comments:

Post a Comment