Tuesday, January 4, 2011

Semut dan Ambo

Sambungan Dari Naskah  BERKAT




Mukasurat ke 16


Kehidupan Itu Satu Ujian


"(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada),dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati,tidak ada apa-apa sukarnya,hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar,lagi Maha Melihat,"


"Tidaklah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang hari dan memasukkan siang hari pada malam (silih berganti), dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?Tiap -tiap satu dari keduanya beredar untuk satu masa yang telah ditetapkan.Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". - Surah Luqman Ayat 28-29.




Mukasurat ke 17.


Insan Diajak Berfikir


"Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang,dan matahari dan bulan;dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu.Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir" - Surah An Nahl Ayat 12.


" Dan Dia lah yang memudahkan laut,  supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup,dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur."- Surah An Nahl Ayat 14.

No comments:

Post a Comment