Tuesday, December 28, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (74)


Ettock..Anda pernah memakan Moluska ini?

Samas so kopi ,Samas so klosong.Ettock di jual secara meluas di Kelatte negeri lain Ambo tak dok napok pulok ore juaa ettock .Tepi jale ko atah kedai ko tak dok bulih kelih ettock selain di Kelatte.Binatang moluska bercengkerang ini hidup didalam sungai di dasar pasir. Species ini banyak terdapat di sungai Kelantan dan sungai Pahang.Ettock di sungai Pahang saiz nya agak besar ,mungkin kurang menjadi mangsa pencari Ettock di negeri tersebut.
Ettock di salai dengan sedikit rempah sebelum boleh di makan atau di jual.Ettock juga dijual mentah di pasar dan pasar tani disekitar negeri Kelantan.Ettock boleh di sayur lemak ,nyakok sungguh kalu dimake denge nasi.
Jame Ambo budok-bodok dulu ore junjung badang dan bakul jual Ettock kuk kapong-kapong.So kopi susu baru 20sen..Tigo klosong baru seriyal duit.pakak make atah gerei bawoh rumoh ibu rama-rama..

PS:Setakat yang Ambo tahu hanya Kelantan ada jual Ettock kalau negeri lain setakat ini tiada pernah dijumpai lagi pemakan dan penjual Ettock di Malaysia.Jiran terdekat Terengganu pun tidak kenal Ettock nih.

No comments:

Post a Comment