Jual Nasi Belauk Pagi Atas Gerrei. |
Jual Nasi Belauk Pagi.
Kelatte ...Tanoh subor Bumi bertuah negeri makmur dan berkat .Rakyat hidup aman damai Negeri Serambi Mekah...Semoga Allah melindungi Sultan memerintah dan pemimpin-pemimpin yang dikasihi semua rakyat..
Negeri yang unik dan menarik dengan pelbagai macam kesenian dan budaya tradisi yang menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara..
Ada yang panggil Nasi Belauk dan ada yang panggil Nasi Pagi.. Sarapan kebanyakan rakyat negeri ini adalah bersumberkan makanan berat seperti nasi belauk,nasi dagang,nasi himpit dengan satey,pulut pagi,nasi kerabu dan nasi tupang.
Kalau di Kelatte menjadi satu kebiasaan orang perempuan menjadi penjual nasi di atas gerei di sekitar bandar dan juga kampung.Orang lelaki hanya sebagai pembacuh air atau penghantar makanan ke meja-meja di kedai kopi atau kedai patti.Orang perempuan lebih gigih dalam perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan makanan di negeri ini.
PS: Nasi makanan rugi pagi ,petang siang dan malam...
No comments:
Post a Comment