typical malay house in 70an |
Lihat pada rumah dalam gambar diatas teringat ambo pada rumah arwah ayah di Kg Pulong.Ambo membesar dalam sebuah keluarga yang susah, Pada masa itu arwah ayah bekerja sawmill (Mohamed Dahan Sawmill )di kubang Kerian sebagai buruh.. Emak ambo sebagai suri rumah tapi pada hakikatnya beliau buat macam2 kerja untuk menampung keluarga kami.Emak(Mek) boleh jadi penoreh getah,penanam tembakau,pesawah,pekebun sayur,peniaga kecil2an,pengasuh kanak2,pelihara lembu dan sudah pelbagai pekerjaan yang mek ambo buat untuk membesarkan kami adik beradik.
Mek ambo seorang yang gigih dan sabar tidak pernah mengenal penat dan lelah dalam mencari rezeki yang halal dalam membantu ayah.Seingat ambo letrik mula ada dikampung ambo pada sekitar tahun awal 80an.Sebelum dari itu kami orang kampung mengunakan pelita minyak tanah dan dapur kayu.Ambo masih ingat lagi kalau hendak pergi mengaji Quran atau balaisah(surau) kami gunakan jamung.Jamung adalah dari daun kelapa yang kering di ikat bersama dinyalakan untuk menerangi jalan kampung pada waktu malam hari.
Kalau nak tengok tv masa itu hitam/putih kami semua akan ke rumah sepupu ayah di luar kampung terutama pada malam cerita melayu disiarkan(drama melayu klasik) pada hari jumaat malam sabtu,itulah hiburan kami pada masa itu sekali dalam seminggu.Cerita2 lain yang kanak suka pada masa itu yang ambo bulih ingat ialah bermula dari filem Jepun/animasi The Giant Robot, ultraman,Zorro,Lone Ranger,Combat,Six million dollar man,Man from Atlantis,High Chaparral dan banyak lagi cerita top masa itu semua hitam /putih.
Kegiatan hujung minggu yang Ambo selalu duk buat, ikut Mek ambo gi dalam kebun getah cari kayu api dan sambil itu kutip pucuk miding,pucuk keladi moyang ,pucuk paku dan pucuk gelli yang ketika itu begitu banyak tumbuh didalam kebun getah.Free of charge , sekarang kalau nak mesti mau beli di pasar tani.
binate pacat |
pucuk kaduk |
pokok keladi moyang |
No comments:
Post a Comment