Tragedi petama yang hampir meragut nyawa aambo buat pertama kali dala sejarah hidup seawal umur darjah 2, ianya berlaku semasa ambo sedang mandi di telaga rumah jiran pada waktu hampir maghrib bersama2 dengan abang2 ambo iaitu Hadi dan Pendi ,nok ke jadi malang ambo berebut timba pada asalnya.Ambo sempat ambil timba dan Hadi sempat ambil bahagian tali,terjadilah adegan tarik-menarik antara ambo dengan dio.Tiba2 kaki ambo tergelincir dan entah macam mana ambo buleh ter tumuh kedalam mulut telaga.Nasib dan nyawa masih panjang kaki ambo betul2 berada di atas pemegang timba dan tali pula Hadi telah pegang tadi tidak dilepaskan jadi ambo di tarik naik oleh kedua2 abang ambo semula naik dari dalam telaga.Telaga tersebut ambo ingak sampai kehari ini dan jiran itu ambo panggil Mok Yoh. Rumah Mok Yoh telah runtuh ditelan anai2 kerana dia meninggalkan rumah itu setelah suaminya meninggal dunia.
Evolusi penggunaan telaga.
Cerita pasal telaga atau perigi zaman Ambo budak2 evolusi pengunaan telaga telah banyak berubah.
Jikalau dahulu pada zaman 70an masih terdapat telaga yang digali tampa di tambah dengan kerek telaga.Masih ada telaga yang bertebingkan ikatan bata dan lubang berdindingkan tanah asal sahaja.
Waktu itu penggunaan timba dari upuh nibung atau dari upih pinang masih ada. Timba itu di buat sendiri oleh orang tua.Penggunaan tali pun tiada lagi masa itu mereka akan menyediakan sebatang galah yang panjang dan timba upih tadi disangkuk pada penyakut di hujung galah itu.Galah tersebut dibuat dari buluh yang ringan dan tahan.Ambo pernah mengalami suasana ini masa dahulu pada lewat 70an.Sebab di kampung ambo masih ada lagi penggunaan pesen tu.
Lepas itu timba tadi diganti kepada timba besi kerana kemahiran membuat timba upih telah lenyap mengikut peredaran masa. Dari penggunaan galah kepada penggunan tali dan pully pula (buwoh pear). Ambo panggil pully itu buwoh pear sebab bentuk nya seaakan buah pear.Perubahan melanda lagi telaga tidak di adakan dihalaman rumah atau jokker dapur lagi .Perigi di sediakan didalan rumah pula.Penggunaan tali dan timba tiada lagi ,setelah letrik mulai ada di segenap rumah mereka kini menggunakan pump dan sistem paip air sendiri tapi sumber air masih lagi dari telaga.
telaga |
telaga dan galah |
buwoh pear/pully |
Dulu kebanyakan telaga berada di bahagian hadapan sesebuah rumah dan selalunya di lindungi oleh lindungan dari pokok yang di tanam atau dibiar tumbuh seperti pokok bemban,pokok podi atau berdindingkan daun kelapa kering yand di anyam menjadi dinding.
aku telah dilupakan dulu aku banyak berjasa kepada manusia... |
dulu perempuan mandi berkemban di telaga banyak mata yang menjeling... anak dara pingitan sekarang anak dara rempit ..weeee haaaa
ReplyDelete