Penceritaan lagi:
Kehidupan ambo sebagai anak kampung pada waktu itu 70an terlalu banyak kenangan yang tidak mungkin ambo tempuhi lagi atau kanak2 zaman sekarang mungkin jauh sekali merasai suasana kampung yang aman dan damai .Alangkah indah jika ada time machine dan ambo buleh bawa anak2 ambo kezaman itu. IMPOSSIBLE !
Ambo masih ingat lagi kegiatan pertanian ,berkebun,bersawah padi,menternak haiwan peliharaan dan kehidupanseharian masyarakat kampung ambo waktu itu.Kehidupan masyarakat yang harmonis saling bantu membantu sesama sendiri - kegiatan masyarakat secara bergotong royong dalam banyak aspek kegiatan mereka.Ambo ingat ketika ambo kecil2 kegiatan tanam padi huma masih dilakukan secara bersama. Proses penanaman dinamakan menuggal/tanam padi tuggal.Proses ini telah pupus sekarang . Satu lagi cara penanaman padi sebelum kedatangan trackror ialah dengan membajak sawah menggunakan kerbau
Alatan wajib semasa membajak adalah tradisional mesti ada prime mover iaitu kerbau jantan, main tool adalah alat gallo, nanggal, gerrak.dan tuan kuba sediri sebagai controller.Masa tu orang kampung sibuk dengan upacara nyabuk anok benih padi di tapak semaian.Anak benih padi tadi di ikat dalam satu ikatan dinamakan uting.Bilo banyok dimuatkan didalam kandaran untuk di bawa ke baroh / sawah untuk ditanam dinamakan chedong anak padi.Selepas proses itu anak padi akan tumbuh sehingga mengeluarkan buah.Setelah padi mula masak proses seterusnya dilakukan adalah mengetam padi menggunakan tangan demgan alat dinamakan ketaman.Tangkai padi akan dikumpulkan dan disatukan disimpan dalam sebuah bangunan dinamakan rumah padi.Padi itu akan dijemur kemudian akan melalui proses meleraikan tNGKAI DARI BIJI PADI dimamakan proses mengirik padi,setelah selesai biji padi dipisahkan satu proses akhir dinamakan menumbuk padi dengan menggunaan lesung adn antan.Barulah beras diperolehi untuk di tanak.
Semua kerja2 ini dibuat secara bergotong royong.What a beutiful malay culture.... nowadays no more all has been commercialize...
No comments:
Post a Comment