Thursday, November 4, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (12)


Penceritaan lagi: Baruh dan Sungai 
Sungai dan baruh telah sebati dengan kehidupan ambo masa zaman kanak2 disitulah playground yang paling diminati ambo.Kalu ambo pergi ke baruh atau sungai banyak aktiviti yang bulih di buat.Bila sampai musim pelaga ikan laga/karing @anok spillar ambo suko benar sapai tok ingak nok make nasi kerana ralik/asyik sangat.Ambo selalu pergi waktu pagi2 lagi ke sungai atau baruh untuk tangkap anak spillar.Alat yang di bawa adalah beberapa biji tin susu pekat manis yang kosong di cari di tempat buang sampah.Tin susu tersebut digunakan sebagai perangkap untuk menangkap anak ikan.Pertama sekali mesti cari dimana ikan tersebut membuat buih/sarang untuk ikan betina bertelur,disitu pasti ada ikan jantan yang menjaga telur tersebut jadi dapatlah Ambo tangkap ikan sepillar jantan .Ikan itu akan dibawa kerumah dan dimasukkan dalam jebur/botol kaca bekas miniman atau bekas kordial yang kosong.Ikan tersebut di pelihara berasingan dan diberi makan ogat-ogat/jentik2.Selang beberapa hari selepas di pelihara Ambo mula bawa ikan tersebut untuk di adu kekuatan dengan ikan sepilar rakan2 yang lain.Ikan yang menang akan disimpan yang kalah diberi makan kepada itikatau ayam sahaja.
Kegiatan sampingan yang lain adalah mandi atau berkubang dalam anak sungai Pulong,Adakalanya ambo akan melakukan acara menangkap ikan dengan mengunakan sistem tangkapan pasang dan tinggal, Ambo pangil tahan Lampong atau cara tahan tauk.Aktiviti lain boleh dibuat ialah mencari siput sedut,gondang atau kechhar.Makhluk Allah ini boleh di buat sayur lemak kuning campur pucuk kaduk.Bila hujung minggu kami semua datang ke sungai Pulong beramai2 untuk mandi manda dan melakukan aktiviti kesukaan kami.

ikan sepillar
gulai siput
ikan laga kampung


mandi sungai

Ps: Rakan ahli mandi sungai/tangkap anok spillar .

No comments:

Post a Comment