bujal |
Penceritaan Bersambung lagi:
Ambo mula minat nak membaca setelah berada dalam darjah 3,itu pun kerana kelas Ambo 3Merah terletak bersebelahan dengan bilik khutubkhanah/perpustakaan.Bermula dari meminati buku2 cerita kanak semasa itu ,Ambo mula meminati buku cerita dari karya pengarang Enid Blyton seperti siri Noddy,Pengembaraan Lima Sekawan Hardy Boys,menjadi buku bacaan kegemaran Ambo pada tahun awal 80an.Novel pertama saya baca adalah bertajuk Nyawa Dihujung Pedang dan diteruskan kepada novel2 lain sehingga kini.Pada zaman sekolah rendah seingat Ambo terlau banyak komik berceritakan kisah persilatan dengan pelbagai tajuk ,pelukis komik kegemaraan Ambo masa itu adalah Kuzaie.Komik2 lawak ada bermacam2 tajuk yang paling Ambo minat adalah komik Bujal dan Wak Dojer.Majalah mingguan pula Utusan Pelajar dan Mingguan Pelajar.Komik2 ini kami akan saling bertukar baca dan beli sesama rakan sedarjah.Kenangan semasa belajar di sekolah rendah terlalu manis untuk dilupakan sehingga kini.Kerana disitulah permulan bagi perjalanan kehidupan gang panjang. Thousand miles journey start from one step.
Ambo belajar dale satu kelas yang sama sampai ke darjah 6,Kami masing berpisah setelah menjejaki tingkatan satu.Ambo terpaksa berpisah dengan rakan2 yang telah berpindah kesekolah lain,Ada disebabkan keputusan peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang bagus dan ada pula disebabkan keluarga berpindah ketempat lain.Ambo masuk ke Sek.Men. Kubang Kerian bagi meneruskan perjuangan sebagai pelajar.Ambo masih ingat lagi kerana terlalu sedih dan kecewa tidak dapat mengikuti kawan ke sekolah yang lebih baik.Ambo menangis di suatu petang ketika bersendirian dihujung tahun 1979.Ambo sedari aku bukanlah secerdik mana...
PS: Rakan Seperjuangan masa di skkk yang Ambo ingat dan kenangi .
No comments:
Post a Comment