Thursday, November 4, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (14)

                 Penceritaa semula; Ayah dan Mek Ambo pada tahun2 70an dan awal 80an adalah pasangan yang gigih membanting tulang 4 kerat untuk penghidupan ,kerja sampingan diusahakan siang dan malam.Persekitaran rumah dengan keluasan tanah tidak sampai 1 ekar mereka usahakan tanaman selingan mengikut musim.Ambo masih ingat tanaman yang paling famous adalah ubi.pelbagai jenis ubi di tanam dari ubi kayu,keledek(ubi stellor),ubi badak,ubi itik, ubi keling dan ubi sarex (pohon ini orang moden dok kenal doh).Ketika harga  tembakau mahal mereka tanam anak tembakau.Pohon yang kekal disekeliling rumah pada waktu itu dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok pisang , Pisang galla,pisang karang,lemok manis ,kelat keling,pisang kapas,jelar berangan,pisang kebatu dan beberapa jenis lagi.Landscape disekeliling rumah diselang seli dengan limau manis,nangka,chermai,sukong,jambu air,jambu batu,rambutan,duku dan langsat ,pokok kelapa di tanam  pinggir pagar yang mengelilingi keluasan tanah Arwah ayah.
Hasil ubi kayu dijadikan makanan sampingan merangkap utama semasa musim boh/banjir.Ubi kayu memang tumbuhan makanan yang versatile macam2 boleh di ubah dari hasil ubi kayu menjadi makanan kesukaan .Ambo. Masih ingat lagi ubi kayu rebus dicecah parutan kelapa muda,kadang2 dicecah dengan ikan budu/perkasam,kalau di parut/tukar kepada kuih manis,kuih lemak,yang paling istimewa resepi Mek ambo adalah buat Kuih Polli.
                             Bila musim Boh telah berlalu pokok ubi yang di tanam di ambil untuk dibuat Tapai/tappir ubi kayu pulak.Tapir  bulih buat siro tappir ubi, di goreng. Ubi kayu di bubuh gula panggil Gettah ubi kayu jadi makanan ringan . Kadang2 ubi kayu bulih dibuat sayur kuning di campur dengan pucuk ubi muda. Mace2 bulih di ubah dari  pokok ubi kayu.MasyaAllah besarnya nikmat Mu Ya Allan dari pokok ubi.Pokok paling senang ditanam dan banyak kelebihan.!
 Ambo dengan BUDU tidak boleh dipisahkan lagi sudah sebati dari kecil sehingga looning.Dulu budu hok dijual yang paling famous adalah budu tempayan,Original anchovice sauce from Kelatte.Masa Ambo budak2  orang mari jaja budu kok2 kampung. Biasanya dari pengusaha budu tradisional di kampung Tawang ,Bacok.Demo tu junjung payang budu atas kepala bawa ke rumah2 untuk dijual,sekarang ini takdok lagi dah pupus jual budu pesen lagu tu. Budu sekarang dah di botolkan dan yang latest dah di packing dalam modern packaging .Dah boleh masuk kapal terbang dah...

Ps: Budu paling sedap tahun 80an , Budu chap Bunga Ros dari Kg penambang, Kota Bharu.Bagi Ambo A1.

1 comment:

  1. budu chap bunga ros ! sy cicit kpd pengasasnye... ingt xdop ore kenal dos la budu tok nenek saya ni... :)

    ReplyDelete