Gambar Hiasan : Arwah Ulamak Tersohor dari Kubang Kerian (Tok Kenali)
Duduk bahagian hadapan paling kanan sekali Arwah Tok Kenali.
Bakkik Asal Diri Ambo
Penceritaan disambung kembali ,bercerita tentang pengalaman ambo dan semuk dizaman kanak2 di alam persekolahan masa sekolah rendah.
Bermula dengan darjah satu pada tahun 1974 Darjah Satu Hijau di Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Kerian. Sekolah ini diasaskan pada awal tahun 1930 lagi.Pada masa itu bangunan sekolah seingat ambo terdiri dari satu blok bangunan kayu yang menempatkan murid darjah satu dan dua, ada 6 bilik darjah semuanya.Satu lagi blok bangunan batu satu tingkat menempatkan pelajar tahun 3 dan 4 dan dihujung sekali bilik guru dan ada satu bilik khutubkhanah(perpustakaan).
Ada lagi satu bangunan lama yang masih beratap rumbia seperti kandang kambing layak nya yang menempat kan pelajar tahun 5 dan 6.Bangunan tersebut diroboh kan dan diganti dengan bangunan batu 2 tingkat pada masa ambo masuk darjah 2. Keadaan persekitaran sekolah masa itu terdapat beberapa batang pokok jati besar dan rendang.Pokok tersebut ada di pinggir padang sekolah yang menjadi pokok teduhan semasa waktu rehat.Seingat ambo cikgu Besar pada waktu itu adalah Cikgu Ibrahim Awang sekarang nii mungkin dah jadi Arwah Cikgu Ibrahim..Dalam kelas 1 Hijau ambo yang paling kecik mengikut saiz badan.
Ambo sekoloh bermula dari wau buto dik tahu baco dan menulis, ABC pong dok reti nok tulis dan sebut . Maaklumlah Arwah ayah ambo pong buto huruf gok.Mok ambo buleh lah baca dan nulis sebab dio sempat belajar hingga darjah 3 sekolah melayu semasa mudanya dulu di Sek.Ren. Perempuan Pasir Putih.tapi tok dang nok ngajar ambo kerana sentiasa sibuk dengan cari makan.
Ambo bukelah jenis otok cergas mano maso belajar tapi kemahuan dan semangat yang ada menyebabkan ambo semangat untuk belajar.Arwah ayah selalu berpesan dan bercerita tentang kekurangan dan kerugian orang yang tiada ilmu pelajaran dan dia selalu berpesan " Anok2 ayoh jange jadi mace dio takdok pelajaran dan jange jadi kuli sapa tua mace dio".Dengan kesedaran itulah ambo nekad untuk belajar lebih tekun walaupun dalam serba kekurangan dari segi kemudahan dan kecerdikan.
Ambo belajar dari tok tahu apo skaro sampai pandai menulis dan membaca pada awal darjah 2.Ambo tahun berikutnya dinaikkan darjah 2 merah kelas budok2 pandai pada waktu itu.Alhamdullilah....
Masa itu Ambo g sekolah dengan berjalan kaki sahaja, lalu kok atah batas padi,kok dalam kebun getoh,kok depan tanggo rumoh oare sebab jalan tar tak dok lagi
Lagu kelatte lamo dalam woyang kullit duk nyanyi " Bele-bele jale bele2 Ambo pikir,pikir dale hati ingak dale dado.
PS: Alhamdullilah keluarga Ambo yang susah dahulu telah berubah nasib selepas perjuangan lebih dari 3 dekat.Sekarang adik beradik ambo yang seibu dan sebapak telah berjaya merubah nasib masing2 dan keluarga Pok Soh dan Mok Su Hindun.
Perpatah lama " Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, ilmu dan pelajaran telah mengubah nasib kami.
Tahniah!! satu penceritaan yg bagus. Kita di kelas satu Hijau pada tahun 1974. Guru darjah masa tu Cikgu Asiah yang mengajar B. Inggeris. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan mengurniakan pahala yang berpanjangan buat guru-guru yang banyak berjasa.
ReplyDelete