Arwah Ayah Tercinta: Pok Soh Pok Long dan anok sulong ambo
Ambo nok sambung pulok pasal Ayahnda tercinta : Yusoff Bin Sulong
Meninggal dunia pada usia dale IC :98 tahun yang didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Tapi ambo yakin orang dulu daftar main ikut jah kalu umur sebenar masa arwah meninggal adalah 102 tahun.Didaftarkan kelahiran pada 1902 pada waktu itu.Arwah seorang yang optimis dan berpandangan jauh kerana pengalaman yang dia lalui semasa muda sehingga tarikh kematian nya.Seingat ambo dio ado bercerita tentang kehidupan masa kecil beliau yang susah tanpa penajagaan sempurna dari keluarga sendiriini disebabkan oleh penceraian Arwah Tok tino ambo Mek Bungo dengan Tok Pok Long, yang kemudian nya berkawin dengan Mok Nik dio dapat duo orang anok tinno ,mok sedaro ambo iaitu Mok Nik Yam dan Mok Su Nik Moh yang masih ada lagi di Kg Pulong.Ayah Ambo ada adik beradik seibu sebapa seramai 5 orang iaitu Wak Daud,Mok Wok,Wok Lah,Pak Chu Sin dan Mek Selamoh semua dah jadi arwah dah semasa Ambo duk nulis ni. Dia sentiasa bercerita tentang kehidupan beliau semasa remaja pada waktu lampau.Masa beliau berada bersama ayah beliau Tok Pok Long (atok ambo) yang ambo sediri tok pernoh kelih/kenal kerana beliau dah meninggal dunia semasa ambo lahir didunia ini pada tahun 1967 di Kg Jabi ,Besut iaitu setahun selepas banjir besar di Kelantan Boh Air Merah kata orang tua2. Beliau dibesarkan oleh bapa saudara beliau yang bernama Pok cik Mat Tok Kerani,Dia ada sepupu yang mernama Muhamad yang menjadi kawan beliau sehingga sepupu nya meninggal dunia.Kawan rapat ayah...., Ambo panggil dio Pok Chik Mat.
Selepas itu beliau diambil menjadi anak angkat kepada Pengawa Kubang kerian pada waktu itu, Tok Gawa Mat ,ayah tinggal bersama keluarga angkat sehingga beliau meningkat remaja.Selepas itu ayah membawa diri merantau untuk sebuah kehidupan sendiri seusia 17 tahun lagi. Arwah ayah pernah khawin dengan isteri nya yang pertama mudo samo mudo .Ayah mendapat tiga orang anak iaitu Arwah Sattar ,Arwah Sapiah dan Zainal Abidin.
PS: Mek Ambo adalah isteri kedua Arwah ayah setelah isteri pertama beliau meninggal dunia kerana sakit.
No comments:
Post a Comment