Wednesday, November 3, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (2)

Pic: 70an

Bakkik Asal Diri Ambo
Sambung kembali perceritaan pengembaraan ambo dan semuk, lihat dale gambar diatas itulah era 70an . Rumah Arwah ayah di Kg Pulong telah mula siap dan sedia untuk keluarga kami berpindah ke rumah baru, yeee sukanya dapat duduk rumah sendiri.Pada permulaan binaan rumah tersebut sangat ringkas ada tiga bilik satu ruang tamu dan dapur dan tempat makan. Pada masa itu rumah kami beratapkan atap rumbia aka atap sagu diperbuat dari anyaman daun sagu yang dibeli dari pembuat atap di kampung sebelah Kg Chicar,atap jenis ini sentiasa kena disulat/ganti jika berlaku kebocoran masa musim hujan nak tiba. Keluasan tanah arwah ayah lebih kurang 1 ekar persegi, disini lah seluruh kehidupan kanak2 dan awal remaja Ambo dihabiskan , bermula dari darjah satu sehingga ke sekolah menengah
(sekolah aneka ore tuo2 dulu duk panggil).
Kedudukan rumah kami sedikit terasing dari kelompok rumah2 yang sedia ada di kampung Pulong, kampung ini adalah kampung asal Arwah ayah tanah peninggalan datuk nenek kami Gemulah Tok Pok Long (Sulong).
basikal tua
Ambo mula bersekolah dalam tahun 1974 di Sek.Keb.Kubang Kerian 1.Kehidupan kami sekeluarga pada ketika itu amat sukar dan daif. Maklumlah Arwah ayah bekerja sebagai boroh di sebuah kilang papan milik orang melayu Mohamad Dahan Sawmill Sdn Bhd. Kilang papan itu terletak berhampiran dengan sekolah rendah yang saya belajar pada waktu itu.Arwah ayah hanya memiliki sebuah basikal sahaja sebagai kenderaan dan itulah pun satu2nya kenderaan yang dimiliki keluarga kami. Arwah ayah menjaga basikalnya dengan cermat.                     
 Sekarang Sawmill tersebut telah tiada di tapak itu lagi, setahu saya telah dipindahkan ke Wakaf Stan dalam tahun 80an.Diseberang jalan utama pada waktu itu ada sebuah lagi sawmill milik melayu iaitu Sawmill Pok Kok/Sawmill Yaakub.
    Dibahagian pintu masuk utama sawmill tersebut terdapat sederet kedai kayu yang terdiri dari sebuah kedai gunting rambut dan kedai makan Chik Omar.Kedai gunting rambut itu milik Pak Hasan,anak nya Zulimran adalah rakan sekelas Ambo bermula dari darjah 2 sehingga darjah 6. Kami berpisah setelah memasuki tingkatan satu,Ambo ke sekolah Men Kubang Kerian dan dia ke sekolah asrama,pada akhir tahun 1979 kami berpisah sehinggalah sekarang tidak  pernah bersua muka lagi.


PS: Rakan cermerlang Darjah 6 Merah 1979 yang ke Asrama Penuh adalah Zulimran Hasan, Hanafi Hasan,Tuan Azmi Tuan Ismail Dan Izliyati Ishak.

1 comment:

  1. seorang lagi ialah Tn Azmi Tn Ismail. Saya yg paling kurang tp ada rezeki bersekolah asrama

    ReplyDelete