Wednesday, November 3, 2010

Penceritaan: pengembaraan aku dan seekor semut itu.

Ambo And Semuk.Tempat ni lah alamat asal ;
Batu 41/2 jalan pasir putih.aka cabang pasir jelatang.
kubang kerian
kota bharu.
kelantan.      
        


Bakkik Asal Diri Ambo                                                                                
Bismillah....Dengan Nama Allah ,kisah pengembaraan semutandme.blogspot bermula di sebuah kampung yang bernama Kubang Kerian.di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga aka Negeri Cik Siti Wan Kembang aka Kelantan DarulNaim.
Ambo mula dapat mengingat peristiwa pada  umur seawal 6 tahun,peristiwa yang jelas ialah Ambo di besarkan di satu sudut dunia ini oleh ayah dan ibu, pada ketika itu seingat ambo keluarga kami berjumlah 5 orang.Ambo anak yang ketiga, kami sekeluarga menumpang kehidupan di atas tanah kebun orang. Tuan punya tanah yang baik hati tersebut bernama Arwah Cikgu Mat, kebunnya terletak bersebelahan dengan Istana Air Mata di Kubang Kerian. Kampung yang disebut sebagai Kg Belukar, suasana pada ketika itu terlalu jauh keadaannya dari apa yang ada sekarang, disekitarnya adalah kawasan sawah yang luas sayup mata memandang dan tanah kebun yang dipenuhi dengan semak dan samun.Kampung itu hanya terdiri dari beberapa kelompok rumah sahaja yang ambo masih ingat ialah rumah Arwah Wak Leh Kuba,Arwah Pok Pa Pok Laba , Arwah Wok Nab Wok Daud dan beberapa buah keluarga lagi.Seingat Ambo, kami tinggal diKg Belukar sehingga Ambo mula mengijak kaki ke darjah Satu dalam masa itu Arwah ayah sedang membina rumah sendiri di Kg Pulong yang terletak bersebelahan Kg Belukar, kearah matahari jatuh(alik jattuh).
  Mengambarkan kembali keadaan kampung di sekitar tahun 70an ,sekitar tapak istana Negeri Kubang Kerian sekarang dahulunya adalah satu kawasan sawah dan penempatan penduduk yang jarang. Didalam kawasan istana tersebut terdapat beberapa buah paya yang sekarang sudah hilang tidak berkesan lagi ,nama2 paya yang masih ambo ingati ialah paya Kubang Halban,tempat Ambo duk berkubang ,orang tuo2 kato dalam paya tu ada terdapat batu hampar/baru yang besar dan Paya Budak yang kesemua ini terletak dalam kawasan Istana Negeri aka Istana Air Mata Air atau Istana Negeri Kubang Kerian.Kampung terhampir dengan Kg Belukar seperti Wakaf Tok Duko (Wakaf Paduka) tempat Madrasah Al-Rahmah Kenali sekarang dan berhampiran juga dengan Pondok Tok Kenali.
 Bila Ambo balik kekampung sekali sekala selalu jugak melalui kawasan Kg Belukar@alik naik terasa roh kehidupan menjadi sayu. Sebab hak mano duk jupo tu semonya Ambo dok kenal sore buto.Rumah batu skeliling pening buruk baru.
     PS: Gambar Budok sebelah Ambo : Mat Yunan Bin Mat Yusof.Tinggal di kampung Ambo sebagai anak angkat kepada seorang perempuan tua yang tiada anak.Selepas mak angkat nya meninggal dunia dia membawa diri entah kemana kerana tiada waris di sini.(semuk)

No comments:

Post a Comment