Thursday, December 9, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (46)

Pantai Kemasik,

Ambo dan Semuk Bercerita lagi kali ini pasal pantai di Tegganu

Ambo bermula kehidupan di Terengganu bermula dari tahun 1983/84 di Sekolah Teknik Terengganu.
Selepas itu di Institute Petroleum Petronas di Batu Rakit. 1989-1990 di Kg Pagar Besi.
Berulang alik dari Kerteh ke Kota Bharu 1991-2005.
Berpindah ke Kg Fikri,Geliga Kemaman pada tahun 2005.
Berpindah tinggal di Kerteh 2006.

Dalam tempoh yang sebegitu banyak pengalaman dan pengetahuan telah di kumpul dan di kutip tentang kehidupan Ambo di Negeri Penyu ini.
Bercerita dengan Daerah pertama Besut,Ambo dilahirkan di Kg Jabi Besut pada 18 Nov 1967 atau 1386 H.

Besut
Dipercayai berasal dari nama ketua orang asli yang bernama BESUT.
Besut adalah daerah yang tidak asing bagi negeri Kelantan kerana pertalian darah dan loghrat percakapan yang sama.Corak kehidupan seharian mereka tidak banyak beza dengan masyatakat Kelantan.
Jetreh adalah bandar utama didaerah ini dan Kg Raja adalah tempat pentadbiran daerah.
Besut di ambil dari nama seorang ketua orang pangan zaman dahulu yang bernama Besut.
Tempat yang menarik di daerah ini ialah Pantai Kuala Besut,Pulau Perehentian .Bukit Keluang dan pesisir pantai nya yang cantik.Pantai yang bersempadan dengan negeri Kelantan adalah Pantai Balam Rhu.
 Pulau terbaik di perairan nya seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang,Lang Kecil dan Lang Tengah.

Setiu
Diambil dari nama Tok Setiu dari pahlawan Bugis yang lari dari pemerintahan Belanda penempatan asa dia di daerah ini ialah di satu ukit yang dinamakan Bukit Setiu.
Satu lagi daerah yang memiliki pantai yang cantik dan menarik seperti Pantai Semangkok ,Rhu 10 ,Pantai Merang dan sebahagian dari Pantai Batu Rakit.

Kuala Terengganu

Perkataan ini dipercayai dari sebutan pedagang cina yang memanggil pelabuhan tempat mereka berdagang di pesisir pantai ketika itu dengan perkataan TENG YA Nung.Dalam sejarah Majapahit terdapat dua pelabuhan utama di negeri in iaitu Primula = Kuala Terengganu dan Kole = Kemamana atau Paka nama lamanya Kaka.
Pusat pentadbran negeri dan terletaknya banyak tempat yang menarik seperti pantai Tok Jembal di belakang Air Port,Pantai Seberang Takir,Pantai Batu Buruk dan pantai Chendering.

Marang
Asal nama Marang dipercayai dari gabungan dua ikon yang terkenal di masa lampau iaitu MA berasal dari nama peniaga cina yang terkenal di kuala sungai dimana dia berniaga hasil laut, RANG adalah dari perkataan rang tempat peniaga cina itu menjemur hasil laut yang amat banyak di sekitar kediamannya. Lama kelamaan penduduk menjadi biasa menyebut MA-RANG dari situlah timbul perkataan Marang. Al-Kisah adanya.
Memiliki pantai yang cantik dan panjang yang menganjur dari sempadan daerah Kuala Terengganu sehingga ke sempadan daerah Dungun.
Terdapat pulau yang menarik di daerah ini iaitu Pulau Kapas.

Dungun

Asal daerah ini diberi nama oleh penduduk yang membuka kawasan penempata disini dari daerah Pagar Ruyung Sumatera,Indonesia yang dikatakan menamakan tempat itu dari pokok Dungun yang ada tumbuh disekitar tapak kawasan penerokaan itu.

Pokok Dungun asal nama Daerah Dungun.


Satu lagi daerah yang memiliki pantai yang terbaik di Malaysia seperti Rantau Abang tempat pendaratan penyu belimbing di tahun2 80an dahulu.Pantai Teluk Lipat di bandar Dungun,Pantai Tanjung Jara  dan Kuala Dungun.Daerah ini juga terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Tenggol.
Bukit Besi adalah satu lagi nama terkenal di dalam daerah ini kerana Lombong Bijih Besi.

Kemaman
Asal perkataan Kemaman  dipercayai dari perkataan KERA dan tumbuhan MAMAN yang banyak tumbuh di satukawasan semasa pembukaan tempat ini oleh Lebai Saris ,kera melihat kecerdikan dan keberanian sekumpulan kera disitu.Lebai Saris memanggil ia sebagai Kera Maman.Lama kelamaan timbullah perkataan KEMAMAN. Wallah Huaalam Kisahnya daerah ini diberi nama.
Daerah ini adalad daerah terakhir bagi negeri Terengganu yang memiliki pantai yang tercantik dan pasir nya halus dan putih.Bermula dari Pantai di Kerteh,Pantai Kemasik,Pantai Teluk Gadung di Kijal, Telaga Simpul di kijal dan pantai Mak nik di Geliga last sekali pantai Chendur bersempadan dengan daerah Kuantan Pahang.


Daerah yang tidak mempunyai pantai di Terengganu adalah Kuala Berang dan Ulu Terengganu.(Ajil).

1 comment: