Pic: Ore Puae Kelantan.
Penceritaan bersambung lagi,
Mek ambo (emak ambo) berasal dari Pasir Puteh Kelantan ,Anok sulong kepada Che Awang Misai Merah Dengan Siti Halimah,Menurut ceita mek ambo datuk nenek dio berasal dari benuo cino, hok blayar mari ke tanoh Melayu mencari penempatan baru singgoh di Pasir Putih dan terus kekal ke anok cucu.Jadi ambo secara tidak langsung ado daroh keturunan Cina . Mek ambo nikoh denge Ayoh ambo maso lepah perang Jepon, Jaso Mek ambo terlalu besar dan kisah pengorbanan dio sanggat luar biaso terhadap kami adik beradik.Kalu ambo nok cerito satu per satu tok chekak nok tulis.Mek ambo berasal dari keluarga senang jugok dahulu sebab tok ambo Che Awang pado maso tuh, maso British lagih doh kerjo sebagai seorang tukang dengan PWD(People Work Department) looni kito panggil JKR.Mek ambo dea sekoloh sapa darjah tigo sekoloh malayu di Sek.Perempuan Pasir Putih dale era awal 50an.Mek ambo buleh menulis dan baco rumi dan jawi.
Lepah kawin dengan Arwah ayoh ambo ,Mek merantau ke seluruh semenanjung Malaysia sampai ke Singapura kerana mengikut Ayah ambo jadi polis lepah perang Jepun.Beliau pernah berada di Kem Kemunting,Perak, Kuala Lumpur dan sebentar di Singapura dan kembali ke Kota Bharu.Selepas itu Ayah ambo berhenti berkhidmat dia menjadi orang awam.
Mek ambo berasal di Kg Dale Kemuting di bandar Pasir Putih,Kelantan.Perkhawinan mudo samo mudo dengan Raja Husin bulih seorang anak yang bernama Raja Baharuddin B Raja Husin lepas itu mereka bercerai.Abang ambo masih lagi ada sekarang tinggal di Kuala Lumpur, kerana berkhawin dengan orang negeri (Negeri 9).Waris waroh ambo alik Mek ambo banyok lagi di sekitar Pasir Putih tuu.
Pok saudara ambo seperti Pok Mudo Fatah duk nego buko restoren Fatah dale bandar Pasir putih,Pak Chu Lie ado duduk dalam Rhu besut, Mok Su Melah ado duduk di Kok Jering, Mok Chik Ani duduk di Tebing Tinggi ,Pasir putih dan Mok Long Kiah duduk di Tok Bali. Anok beranok warih waroh lain banyok duduk di Kg Temilar dan Pulau Sa di Pasir Putih jugak.
Ps: Arwah Tok Sedaro Ambo Mok Teh Aji dan Arwah Pak Do Mail meninggal di Kg Temilar.
Masa kecik dulu Mek ambo rajin duk bawak gi rumoh dio , semua ini telah tinggal kenangan kerana kebanyakannya selepas kematian orang tua masing2 bawak hal masing2 .Senang cerito putuh warih doh....Blago palo bahu pong tok kenal mu aku doh.Zaman dah banyak berubah...ini disebabkan dari tuntutan kehidupan yang semakin mencabar.
No comments:
Post a Comment