Pic : First Regiment Malay Army under British.
Bercerita lagi tentang Arwah Ayah ambo,
Arwah ayah memasuki tentera british sebelum perang dunia ke2,walau pun tiduk reti baco dan menulis tapi waktu itu nok jadi askar melayu senang jah Arwah ayoh ambo kato janji sihak tubuh badan dan tiada kecacatan .Bereh selalu , masa perang jepun dia telah dihantar ke Johor untuk mengekang kemaraan tentera Jepun keatas Singapura. Namun ayah bernasib baik dia dan seorang kawan nya yang bernama Sulaiman dari Koa Bharu. Telah membuat keputusan melucutan senjata dan menbuang uniform tentera semasa British mula nok kaloh perang . Mereka berdua kembali ke Kelantan dengan berjalan kaki dari sempadan Johor balik ke Kota Bharu.Arwah ayah berkawan rapat dengan Arwah Sulaiman sehingga kematian beliau pada tahun awal 80an,Ambo dae kenal beliau kerana arwah ayah pernah sekali membawa ambo kerumah Pak Cik Sulaiman di Kg Putih, dalam bandar Kota Bharu.
Seiepas itu arwah ayah memasuki polis pula selepas tamat perang. Dia pernah menjadi polis istana Sultan Kelantan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim ,ayah kepada Sultan Yahya petra pada waktu itu.Semua kisah ini adalah dari cerita ayah pada suatu ketika dahulu semasa ambo masih kanak2 semasa dalam sekolah rendah lagi. Ayah menjadi ahli Bekas Persatuan Perajuit cawangan Kelantan sehingga saat kematian beliau pada tahun 2007 lalu. Jasa ayah tidak di lagukan semoga roh ayah ditempatkan dikalangan para ahli syurga Amiim.
Selepas tamat perkhidmatan beliau sebagai polis istana ,beliau merantau lagi mencari kehidupan di selatan Thailand,sebagai penoreh getah sekitar awal tahun 60an.Disana ambo ada Mak saudara dan bapa saudara
yang ambo pernah pergi melawat mereka disekitar tahun 70 an dahulu. Sekarang Arwah Mok Wok dan Arwah Pak Chu Sin bersemadi di alik siam/orang klatte panggil pada masa itu alik barat.Pusara mereka berdua disemadikan di Kg Teluk Bukit dalam daerah Naratiwat.(Kg Kok Tar mok ambo duk sebuk maso tuh) dekat Kg Bendang Padi.
Hok ambo masih ingak lagi ambo ado seorang sepupu lagi duduk beloh Naratiwat kalu tok silap nama dio Halim Bin Husain.Loni terputus hubungan .... Dio warga Thailand dan ambo warga Malaysia.
No comments:
Post a Comment