Saturday, November 6, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (17)

Penceritaan Lagi..
                            Ambo dan semuk sebenaynya terlalu rindu pada kehidupan lalu zaman ambo membesar di kubang kerian.Ambo rindu pada suasana kehidupan lampau .Izin kan Ambo bercerita lagi suasana pekan Kubang Kerian pada tahun 70an dan 80an.Kerana tiada rakaman gambar untuk di pamirkan Ambo hany mampu terangkan dalam tulisan sahaja.
         Pekan Kubang Kerian pada Tahun 70an dan 80an hanyalah terdiri dari bangunan deretan kedai kayu sahaja tiada bangunan batu lagi, tertumpu di sekitar round about utama yang terletak di lokasi Traffic light  utman sekarang. Round about tersebut membahagikan kepada jalan Jalan ke Wakaf Stan, Jalan Ke Pasir Putih ,jalan Ke Sabak dan berpunca dari Jalan dari Arah Kota Bharu. Disekitar round about itu lah kedai2 lama berada.Pada masa itu Kedai ikan Kubang Kerian terdiri dari satu bangunan batu lama yang masih ada lagi sekarang. Dihadapan kedai ikan pula terdapat bangunan kayu panjang di tepi jalan menghala ke Wakaf Stan.Di situlah Ambo ingat Ada terdapat kedai runcit Cina Mek Melor,kedai Gunting Pok Soh,Kedai baiki basikal Pok Din (waris Ambo) dan kedai Kopi Pok Ya.Berhadapannya  disederang sebelah sana terdapat satu lagi bangunan kayu disitu terletak Kedai Buku Nawi dan gudang beli getah skrap Pok San dan di seberang menghala jalan demit terdapat Kedai Kopi Hamid aka tukang jemelih lembu /jual daging.
De satu sudut lain dari jalan utama Kota Bharu pula terdapat satu lagi bangunan kayu yang masih lagi kekal sekarang disitu terdapat sebuah kedai jahit cina,sebuah lagi kedai gunting Kedai gunting Pak Taha , kedai baiki basikal milik China Knecik,kedai runcit Cina Bachik kemudian wakil pos pekan kubang Kerian dan Masjud lama Kubang Kerian yang sekarang masih ada lagi ditapak asal dikenali sekarang sebagai Masjid Kenali.Sepepas itu terdapat kawasan sawmill Mohamed Dahan Sdn Bhd di mana arwah atah Ambo bekerja. berhadapan sawmill itu ada lagi sebual Sawmill Pok Kob/Yaakub Sawmill.Susur jalan menghala ke arah Pasir Putih pula terdapat sebuah kilang padi yang sekarang suhah tiada lagi ,kedua2 sawmill tersebut sudah pindah ke lokasi lain pada persekitaran tahun 90an.itulah gambaran pekan Kubang Kerian waktu ambo masih di sekolah rendah sekitar tahun 1973 hingga tahun 1979. Terdapat satu Sekolah Rendah SKKK dan sebuah sekolah menengah (sek Tingkatan)SMKK dipekan Kubang Kerian pada waktu itu yang terletak dekat baloh raja dan dihadapan sekolah menengah ada Net Bas/ stor bas SKMK di bina disekitar tahun 80an.Dibelakang kawasan stor bas SKMK derdapat padangdan sawah yang amat luas masa itu orang kampung Ambo panggil Padang Kenali sekarang dah tak nampak padanf atau sawah dah yang nampak hanya taman perumahan yang padat.Dibelakang Net Bas SKMK lah terdapat satu Tempat di mana Kubang Kerian mendapat nama mengikut cerita Arwah ayah Ambo ,masa Ambo kecil2 masih terdapat lagi sebuah kubang dan sebatang pohon Kerian besar tumbuh didalam kubang itu, asal dari situlah mama Kubang Kerian Diperolehi...Waallahhuallam.
      Kawasan HUSM yang ada sekarang pada tahun &0an adalah kawasan kebun dan kampung Atah Nokkok kenapa nama itu disebut Ambo pon tak tahu yang ambo tahu Ayahdan orang kampong Ambo panggil begitu dikawasan itu juga terdapat sebuah paya besar dan luas di panggil Paya Demit.Selepas kawasan HUSM terdapat kampung orang panggil masa itu KG Darat sekarang tiada lagi...
Di kampung itu lah bapa saudara Ambo tinggal Arwah Wak Daud (di Kg Darat) dan Arwah Pok Loh.(di Attah Nokkok).Seberang jalan bersebelahan tapak HUSM sekarang terdapat sebuah Kilang membuat Bata tanah liat.Masa itu terdapat banyak Gook (furnace) orang kampung panggil kilang tu GOOK BATA Kubang Kerian ,kilang tu juga dah tiada tutup si sekitar tahun 80an.
  Satu lagi monument yang utama di pekan Kubang Kerian pada waktu itu adalah Tangki Air terletak di arah jalan ke Wakaf Stan ,tangki air umum Kubang Kerian .di belakang kawasan tangki air itu terdapat kawasan perkuburan Kubur Tok Kenali.
 Itu lah pekan Kubang Kerian serba sedikit sekitar 70an dan 80 an.




Ps: Kemana pergi waris/keturunan Pok Mud Timun,Salleh Chu Teh,Wok Nab Wak Daud,Pok Leh Kuba,Daud Seramo,Pok Mat Kambing,Pok Loh Pok Ketah (pengusaha laksa tradisi),Wok Leh Wok Peh(pengusaha laksa tradisi),Pok Mat Buto,Pak Chu Awang Tunggal,Pok Mat Bond,Pok Mat Jambul,Pak Chu Pin Atah Nokkok ,orang dulu penuh dengan nama glamour yang unik.Sekadar beberapa nama yang terkenal masih di ingati.....Yusoh Tok Dak...Mok Su Timoh Latah,

No comments:

Post a Comment