Friday, November 12, 2010

ambo dan semuk- Ulamak Nusantara Tok Kenali

Arwah Tok Kenali
 Tidak sah jika tidak bercerita pasal Tok Kenali ( Hj Awang Muhammad Yusof Kenali) 1868-1933.Tokoh ini adalah anak jati Negeri Serambi Mekah.
Tok Kenali adalah ulama kesayangan masyarakat dari dalam mahu pun dari luar Kelantan.Beliau dilahirkan diKampung Kenali , Kubang Kerian pada tahun 1868.Nama sebenar beliau ialah Muhammad Yusof Bin Ahmad dengan nama timbangan sebagai Awang. Beliau dilahirkan semasa pemerintahan Sultan Muhamad ke-2 yang terkenal sebagai Sultan Muhammad Mulut merah.
Beliau mula menuntut ilmu seawal umur 10 tahun dengan guru2 ugama di sekitar Kota Bharu.Beliau berangkat ke Mekah untuk menuntut ilmu agama pada tahun 1886,setahun selepas kemangkatan Sultan Mulut Merah.
Masjid Besar Kota Bharu dibina semasa pemerintahan beliau yang asalnya dari binaan kayu.
Dikota Mekah Tok Kenali berguru dengan seorang Ulamak terkenal berasal dari Patani iaitu ASy-Syaikh Ahmad.Beliau berada disana selama 20 tahun.Beliau kembali ke Kelantan pada tahun 1908 selepas berada begitu lama di Mekah kerana menuntut ilmu.Ketika itu Kelantan telah diperintah oleh Sultan Muhammad ke 4.
Pada zaman Tok kenalilah tertubuhnya Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan pada 1915.tertubuhnya Madrasah Al-Muhamahadiah 1918 dan pelancaran majalah Pengasuh pada 1918 juga.Selepas selama 25 tahun berbakti kepada masyarakat pada tanggal 19 November 1933, ulamak yang di sayangi telah kembali ke rahmahtullah. Beliau meninggalkan seramai 4 orang putera yang kemudiannya pewaris ilmu dan tugas pendidik dan dakwah di Kelantan.
Anak beliau iadalah 1.Tuan Guru HJ.Ahmad (1909-1979)@ Tok Bakok.
                               2.Tuan Guru HJ. Muhammad Saliih (1911-1984)
                               3.Tuan Hj Mahamuud.
                               4.Tuan Hj.Abdullah Zawawi.

 Wasiat Tok Kenali mengenai syarat memperolehi ilmu pengetahuan adalah melalui 5 cara.
1.Mesti mencarinya sendiri.
2.Mempelajari ilmu di pusatnya.-Makkah dan Madinah.
3.Bersabar mengulangi tempat belajar.
4.Banyak menggunakan pemerhatian
5.Mempelajari ilmu melalui kitab-kitab besar.

Tulisan beliau petikan dari majalah Pengasuh:
Tiada hari bagi kita
Jika kita tidak bergerak pada hari ini
Cubalah anak ku tilit cerah mentari
Kelebihan orang yang telah mendapat kemenangan
Kerana amalan yang kebajikan
Dan pandangan kelam orang yang jatuh
Kerana amalan kejahatan
Disitulah Pengasuh Bertipus membedak
Dengan bedak harapanMudah-mudahan subur se kalian
Dengan darah dan daging
Yang boleh mengkhidmatkan tanah air
Dan menunjukkan kepada raja.

Pengasuh Tahun satu.Bil 1:11 Julai 1918.


Peninggalan Tok Kenali selain ilmu dan jasa beliau adalah Masjid Tok Kenali dan Pondok Tok kenali.Beliau melahirkan ramai anak murid yang terkenal selepas kematian beliau yang menyambung usaha dakwah dan pengajian dalam ilmu ugama,mereka sertebaran ke seluruh nusantara.


PS: Rujukan dari koleksi buku Ambo dan semuk yang bertajuk Pusaka Tok Kenali dan Tokoh-Tokoh Ulamak Semenanjung Melayu(1).

No comments:

Post a Comment