Ambo Menulis bukan Kerana Nama Dan Semuk menjadi inspirasi Ambo Kerana Sifatnya Yang Hampir Sama dengan manusia.Berkomunikasi,Berkelompok,Gigih,Rajin,Kuat Bekerja ,Bergotong-royong,Taat dan Cakna pada Komuniti Nya.Marilah teladani sifat kaum Semuk.Kita semua ada memiliki Ciri-ciri yang mulia ini.Kita dan Semuk adalah Hamba NYA.
Thursday, February 10, 2011
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (82)
Penceritaan Semut dan Ambo Lagiii...
Pada 5 Hari yang lepas Ambo mengunjungi lagi Toko Buku DBP di pekan Paka untuk kali ini Ambo menghabiskan masa selama 3 jam untuk membelek dan menyelongkar rak-rak buku di situ.Banyak sungguh buku-buku keluaran dari penulis Angkatan 50 (ASAS50) keluaran dan cetakan tahun 70-80an dari DBP.
Kali ini Ambo memilih koleksi antologi cerpen pilihan 1966-1970 bertajuk Hadiah.Didalamnya terdapat cerpen karangan nama-nama besar seperti Abdullah Hussain,Anas K. Hadimaja,Aziz Jahpin,Azizi Abdullah,Kadijah Hashim.S.Othman Kelantan,Rejab F.I danNoorjaya.Buku kedua pilihan Ambo adalah antologi cerpen hadiah sastera 1970 bertajuk Dalam Perjalanan kali ini menampilkan penulis terbaik seperti Anwar Ridhwan,Arena Wati,Fatimah Busu,Ali Majod,Shahnon Ahmad dan Zahari Afandi,buku pilihan kali ini dari Abdullah Tahir yang bertajuk Sang Tahanan yang mengandungi siri cerpen tulisan beliau .Ambo sempat mengenali penulis Abdullah Tahir semasa dia berada di Kubang Kerian di sekitar tahun akhir 70an dan awal 80an.Sebelum beliau keluar dari negeri Kelantan dan mengajar di merata tempat di Semenanjung.
Pilihan ke empat pula antologi cerpen Muslim Burmat penulis dari negara Brunai Darussalam yang amat terkenal yang bertajuk Pohon-pohon Terbuang yang di cetak dan dikeluarkan oleh Pustaka Nasional Pte.Ltd Singapura pada tahun 1989.
Pemilik Toko Kedai Buku Wan Ariffin Sdn.Bhd seorang yang peramah dan baik dia banyak membantu dan memberi penjelasan tentang ramai contoh -contoh penulis terkenal di Malaysia tahuntahun 60an-80an.Dia bercerita dia sudah menjadi pengedar buku-buku dari DBP selama lebih dari 36 tahun.Banyak koleksi buku keluaran lama didalam simpanan beliau.
PS: Beliau menambah lagi buku koleksi lama ini akan di lelong dengan harga murah pada satu masa yang sesuai nanti selepas kedai nya yang baru akan di buka di Dungun selepas selesai pembinaan bandunan baru bagi mengantikan bangunan kayu yang telah di robohkan.Insyaaalah Ambo akan berkunjung lagi kesana pula untuk pencarian koleksi buku-buku keluaran tahun 60an -80an.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment