Monday, December 20, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (58)

DAM 9789 dan WES4029
Penceritaan Ambo dan Semuk bersambung lagi....

Penceritaan kali ini sekitar di Kg Baru,Kerteh setelah berpindah dari Kg Fikri  ,Cukai pada awal tahun 2006.
Tinggal menyewa di Taman Wafa,Kg Baru Kerteh kerana Ambo bertukar tempat kerja lagi ke OGT dari KSB.Semasa di sini banyak juga kenangan berlaku yang tidak boleh Ambo lupakan seperti pada pertengahan tahun2006 teman sekampung yang rapat dengan Ambo dari kanak-kanak lagi iaitu dua pupu Ambo telah meninggal dunia secara mengejut di Kg Pulong.Arwah Imi (Suhaimi Hamid) telah pergi untuk selamanya menghadap Ilahi.Meninggalkan 4 anak perempuan dan seorang balu.ambo sempat menatap wajah terakhir beliau sebelum dikafankan.Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.Amiin...

Didi,Ashraf dan Najiy.
Semasa di Taman Wafa anak ke 4 Ambo Najiy berkawan sangat rapat dengan dua beradik ini iaitu Didi dan Ashraf kerana mereka agak sebaya.Rumah mereka hanya berselang dua pintu sahaja dari rumah yang Ambo tinggal tmenyewa.Boleh dikatakan saban pagi dan petang mereka bertiga bermain bersama-sama.
Kadang-kadang mereka makan dan minum bersama kerana enggan balik kerumah.Mereka bertiga sungguh baik dan rapat sekali.
Pada tahun itu juga kematian mengejut kawan setugas Arwah Buniyamin Sulaiman kerana pelanggaran kereta dan lori rokok di Kg Labuhan,Kerteh.Hari itu Ambo sedang off selepas shif malam tamat.Pada tengahhari dalam pukul 1330Hrs terima panggilan dari Office OGT, kerani mengatakan Bunyamin kemalangan parah di Kg Labuhan semasa keluar untuk makan tengahari.Ambo sempat melawat dan melihat wajah arwah buat kali terakhir di bilik mayat Hospital Kemamam (Bandar Cukai) pada petang hari itu.Seorang lagi kawan sekerja yang amat rapat dengan Ambo pergi meninggalkan kehidupan Ambo menghadap Illahi.

PS: Kenangan bersama kedua Arwah Sahabat baik ini tetap segar dalam ingatan Ambo.Buat Arwah Imi yang menjadi kawan dari kecil sehingga kematian beliau semasa di Kg Pulong,Kubang Kerian.
Buat Arwah Ben yang menjadi kawan dan rakan sekerja di Pelantar Duyung dan Bekok C.Kenangan bersama Ben yangpaling manis ialah Ronda satu malaysia pada tahun1995 dengan CHARADE AURA 1.0
Ambo (DR6867) dalam kenangan.

No comments:

Post a Comment