Tuesday, December 21, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (62)

Semangat Padi 














Padi Ringan dan Padi Berat
Padi Bukit dan padi huma


Nyanyian padi; Tuai padi antara masak
                        Esok jangan layu-layuan
                        Intai kami antara nampak
                        Esok jangan rindu-rinduan.

Tanaman padi sawah secara tradisional pada tahun70an dahulu yang Ambo pernah mengalaminya sendiri semasa Emak menjadi penanam padi sementara di Kubang Kerian di sekitar tahun 1973- 1979.
Pengalaman ini Ambo kutip semasa dari zaman kanak-kanak lagi,kerana membesar dikalangan anak kampung.
Era Padi Huma atau Padi Tuggal atau Padi Bukit
Era Penanaman Padi Huma atau Padi tuggal di Kampung Ambo pada sekitar tahun awal 70an dahulu.
Secara ringkas Ambo bercarita apa yang masih Ambo ingat lagi tentang padi tuggal atau padi huma.
Orang kampung masa itu akan menggunakan sebatang kayu panjang tinggi berdiri dewasa sebagai pembuat lubang .Benih padi sebanyak 4-5 biji di taruh atau di tanam didalam lubanga itu.Padi jenis huma ini tidak memerlukan air yang banyak sekadar dari air hujan sudah mencukuseingat pi untuk padi ini tumbuh sehingga berbuah.
Padi tuggal atau padi huma di tanam dan tiada proses anak semai atau alih tapak di perlukan ,padi itu akan
tumbuh dan membesar sehingga mengeluarkan hasil setelah masak.
Hasil padi itu dituai secara manual atau cara ketaman tangan.mereka menggunakan sejenis alat yang di namakan Ketaman Padi .Padi tadi di ikat berserta dengan tangkai nya sekali di panggil Se gemmal padi atau secengkak tangan orang dewasa.

PS: tanaman padi secara tuggal ini berakhir dan tidak lagi diamalkan selepas tahun -tahun awal 1970 an
pangalaman Padi Huma ini Ambo ingat semasa Ambo berumur dalam 7-8 tahun umur selepas itu tiada lagi Ambo tengok penanaman padi secara ini.Pada ketika itu jagung juga di tanam secara puggal atau tuggal.

No comments:

Post a Comment